Wednesday, July 1, 2009

GEMILANG TANPA DADAH


belia Malaysia maju mengorak langkah
membina masa depan
berkerlipan bak permata berkilauan
menggalas amanah
memikul tanggungjawab
membawa sejuta harapan
demi bangsa Malaysia , rakyat pertiwi

hapuskan sejarah hitam
lenyapkan derita terpendam
sembuhkan luka bernanah
kembalikanlah maruah agama

oh , belia Malaysia
jangan didekati najis kehinaan
pinggirkan ia dari kehidupan
hindarkan sengsara dalam epilog kisahmu
jangan langsung dan sesekali
kezaliman merangkuli tubuh sihatmu
merakus rosak minda cerdasmu

ayuh mari semua
martabatkan kembali kehidupan
di pentas persadanya
putikkan semula bunga kedamaian
tumbuhkan kembali ranting keamanan
kelak hidup kan bahagia
cemerlanglah kita tanpa dadah

buktikan dengan semangat waja
kita belia Malaysia
hidup cemerlang tanpa dadah
gemilang di jalan keredhaan



notes:
1.tgh korek2 folder kat laptop terjumpa plak nukilan ni. aku wat masa tahun 2006 dl. tolong seorang kawan.
2.lirik nasyid ni digunakan utk pertandingan.alhamdulillah, dapat tmpt ke-2.
3.malangnye smpai skrg x berpeluang lagi utk dgr melodi lagu nye mcm mane.huhu..[kepada yg berkenaan sila tunaikan janji anda 3 tahun yg lampau ya]

4.cam budak2 kan nukilan ni.hehe..layan je la.

No comments: