salam alaik..
saya masih menghitung hari menanti detik hari tersebut. semoga ALLAH permudahkan urusan saya dan mereka bersama dalam menempuhinya.insyaallah.ameen. :)
kali ni, suka saya untuk berkongsi sesuatu yang pernah saya perolehi suatu tika dahulu. saya mulakan dengan lafaz kalimah dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang..
dan
saya mohon maaf kiranya saya bukanlah manusia yang layak untuk berkongsi tentang perkara ni, cuma merasa tanggungjawab untuk menyampaikan nya.insyaallah.mudah-mudahan mesej saya berkesampaian. :)
manual hidup..apa tu? pada saya bila sebut manual ni tentulah sesuatu yang da ada peraturan-peraturan yang digariskan atau pon piawaian-piawaian sebagai panduan untuk orang lain. setuju tak?
contohnya..kalo kata kita beli i-phone kan (konon-kononnya kegilaan zaman masa kini), kalo tak ada manual cara penggunaan macam mana kita nak tahu cara nak call orang lain? button mana nak kena touch? apa cara kita nak charge battery? dan sebagainya..
samalah macam hidup kita ni kan. kita perlukan manual untuk tahu apa perkara yang boleh kita buat dan apa perkara yang kita tak sepatutnya lakukan. dan manual hidup yang paling lengkap diberikan kepada kita oleh ALLAH SWT..adalah Al-Quran nul karim. lengkap segala perincian tentang hukum alam kehidupan manusia di dalamnya.
sesungguhnya memang al-Quran itu diturunkan sebagai panduan hidup manusia. maka mengapa kita terlalu sombong untuk tidak merujuknya? berbaloikah jika al-Quran itu semata dijadikan sebagai barang perhiasan dalam rumah atau sekadar diletakkan di bawah bantal konon dipercayai untuk menghalau syaitan dan jin? nauzubillah.. (sambil saya sendiri memperingati diri sendiri)
saya percaya, seburuk-buruk mana pun kita, tetap kita akan pegang al-Quran itu bukan? kerana kita semua ini, insyaallah, punya fikrah islamiah yang mencarikan ketenangan dan kedamaian dalam hidup..maka al-Quran itu merupakan salah satu sumber ketenangan yang boleh diperolehi..selain solat dan sebagainya.
persoalannya di sini, sejauh manakah kita faham isi kandungan al-Quran tersebut? kalo kita dapat manual cara-cara penggunaan mesin basuh dalam bahasa inggeris, ada sesetengah perkataan teknikal yang tidak kita fahami, pasti kita kan buka kamus atau sekurang-kurangnya kita tanya orang lain, setuju? maka, bagaimana perlakuan kita dengan al-Quran pula?
jujur saya katakan, sehingga saya berusia 19 tahun, saya tak pernah fikir dan tahu apa kepentingan untuk tahu isi kandungan kitab suci ini. pada saya, saya belajar sebelum tu, apa yang saya hafal adalah untuk saya curahkan dan muntahkan di atas kertas peperiksaan..shame on me! :( namun alhamdulillah, ALLAH beri saya peluang untuk kenal apa itu tafsir al-Quran.
mula-mula memang rasa kekok untuk belajar, tapi hati selalu rasa berbunga-bunga bila dapat ayat-ayat ALLAH yang menusuk tajam ke ulu hati. contoh, ayat favourite saya, surah al-baqarah, 216. dan banyak lagi ayat-ayat dan insiden-insiden yang ALLAH timpakan pada saya untuk lebih belajar manualNYA. alhamdulillah, saya punya sahabat-sahabat yang selalu mendorong dan menaikkan semangat saya dalam memahami agama syumul ini. bila saya jatuh, mereka pimpin saya kembali, mereka tak tinggalkan saya. moga ALLAH merahmati segala amal kebaikan mereka.
seperkara lagi, jika diperhatikan di pasaran sekarang, sudah ada pelbagai rupa dan warna tafsir al-Quran yang boleh didapati. ada yang macam buku, dairi..warna biru, pink, coklat dan sebagainya. saya ada pengalaman bersama seseorang yang saya kenali, yang dibukakan hati pada dirinya untuk memahami isi ayatNYA, lalu saya teman dia pergi mencari tafsir. dia beli tafsir dairi warna pink, katanya lebih semangat sebab itu warna favourite katanya. tak kisahlah apa rupa sekali pon, jika itu boleh boost your motivation, then do it. pokok pangkal yang paling penting adalah mempelajari isi ayatNYA (masih lagi memperingati diri sendiri)
dan semenjak lepas tu, saya semakin jatuh hati dengan tafsir. bukan tak ada tafsir di rumah, tapi tak pernah tergerak hati nak buka dan baca satu-satu. mungkin kini sudah tiba masanya. saya selalu ada rasa envy pada mereka yang tahu dan faham bahasa arab dengan baik dan cemerlang, betapa saya juga berharap dapat seperti mereka. saya masih merangkak-rangkak dalam mendalami tafsir kalamullah, namun saya percaya saya tak akan sampai pada kesempurnaan yang saya rasakan sebelum saya bersedia untuk berkongsi tentang ini dengan orang lain. saya khuatir andai masa saya dijemputNYA lebih awal sebelum sempat saya menyampaikan apa yang telah saya perolehi sebelum ini daripada orang lain. semoga bermanfaat untuk semua. wallahualam ~~ :)
TAHU + FAHAM = AMAL!mari pakat ramai-ramai
berusaha
demi cahayaNYA yang abadi
insyaallah
ameen
:)
nota : saya akui kefahaman yang dicari tidak datang bergolek dalam hidup saya. adakalanya ia memakan masa, saya pohon usah lelah membantu saya dan moga ALLAH sentiasa merahmati kita. ameen.