Friday, November 27, 2009

SEMANGAT KECIL

ketika pulang ke kampung tempoh hari, saya bertemu dengan adik saudara yang kini berusia 3 tahun setengah. petah berbicara, sudah boleh membaca dan menulis herot-herot dan keletahnya sentiasa menceriakan.

alkisahnya ketika sibuk melayan keletah adik kecil yang bernama aisyah ini, saya belek buku tulisnya dan sesuatu di situ yang buat saya terpana. di muka surat hadapan di tulis nama, umur dan cita-cita. cita-cita adik aisyah saya adalah untuk menjadi seorang cikgu.

saya tanya pada aisyah. "aisyah nak jadi cikgu?" (intonasi selari spt kanak2)

aisyah jawab. "aiicahh nak jadi tekkgu, aiccahh nak jaddi macamm kakakk"

perasaan saya? terharu sangat. anak kecil yang duduk di kampung sudah tahu apa itu cita-cita. mungkin orang kata, alaa budak-budak lagi tu. tapi pada saya yang begelar pendidik, ini adalah sesuatu yang istimewa. jadi, lihat saja, betapa penting penekanan pendidikan kepada anak-anak kecil dalam membentuk jati diri mereka.

semangat aisyah membuatkan dia tak pernah jemu untuk belajar membaca dan menulis. anak kampung yang bercita-cita besar. saya jua anak kampung suatu dahulu, kini dan selamanya.

seharian suntuk semasa saya pulang tempoh hari, aisyah membuntuti saya ke mana saja. owh adek aisyah. semoga aisyah menjadi insani dan muslimah yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. ameen. ^_^

No comments: