selalu bila kita mahukan sesuatu pasti kita akan berusaha kan? dan usaha ni pula akan ada macam-macam cara bertujuan untuk capai apa yang kita da sasarkan.setuju tak?
well, petang tadi masa saya sedang berbual-bual dengan seorang sahabat, terlintas satu kisah lama yang lalunya saya kupaskan dekat sini. :)
masa saya darjah 1, cikgu bahasa inggeris saya beri kerja rumah untuk diselesaikan. tugasannya adalah untuk melukis beberapa jenis pengangkutan yang boleh didapati di sekitar saya seperti bas, motor dan kereta. salah satu yang saya lukiskan adalah beca. atau juga dalam bahasa inggeris nya adalah trishaw.
sampai sekarang saya masih ingat, betapa semangat kerdil sewaktu darjah 1 tu, saya buka kamus bergambar nak tiru lukis trishaw tapi saya tak boleh dan tak tahu bagaimana. jika diikutkan dari segi teori pendidikan, ini semua boleh dikatakan faktor daripada development of fine motor skills saya masih belom sempurna untuk kanak-kanak berusia 7 tahun. jadi, kerja-kerja melukis yang kelihatan rumit seperti itu adalah mencabar.
lalu, dengan muka comel-comel gitu, saya pergi mendapatkan abuya yang sedang menonton tv. saya tunjuk dekat abuya buku kerja rumah saya dan mohon pertolongan untuk lukis gambar trishaw. sebagai seorang bapa yang sentiasa prihatin pada anak-anak, abuya lalu mencapai buku saya dan mula melukis sebuah trishaw dengan sungguh cantiknya. (dalam hati saya dah berbunga-bunga masa ni, sebab saya rasa bangga trishaw saya nanti lebih cantik daripada kawan-kawan saya yang lain. walaupon bukan saya lukis sendiri..huhu)
selesai melukis, abuya hulurkan buku saya dan abuya tanya, "sekarang kakak da taw macam mana trishaw ni?" saya anggukkan kepala dan tersenyum lalu cakap terima kasih pada abuya. memang happy happy terhappy sangat la. lepas tu abuya kata "bagus!" serentak itu abuya ambil pemadam getah dan mula padam lukisan trishaw yang da abuya lukiskan tadi. dan saya? pasti lah terkejut alam di tepi tu.
abuya senyum dan kemudian berkata, "ok, sekarang kakak lukis sendiri macam tadi. tak cantik pon tak apa, yang penting kakak buat kerja ni sendiri."
huhu.. masa tu rasa nak nangis pon ada. kenapa lah abuya buat macam ni? abuya tak sayang kakak ke? rasa nak memberontak, tapi tak kan la kan. dengan rasa sayu hati si anak kecil berusia 7 tahun (belum 7 pon rasanya masa tu) saya lukis semula trishaw saya dengan herot nya.
bila da besar sekarang baru saya fikir apa rational nya abuya ajar saya macam tu. abuya mahu saya berusaha sendiri. tidak semua benda akan datang dengan sendirinya dalam hidup kita. sepanjang saya hidup hingga saat ini, baik abuya mahupun umi sering mahu saya dan adik-adik untuk berusaha untuk apa yang kami mahukan. mereka pasti kan beri galakan.
dengan cara ini kami akan lebih mengerti apa itu erti kehidupan. dan sekali gus menghargai setiap sesuatu yang kami miliki. insyaallah. :)
kadang-kadang saya tak faham dengan manusia yang always take something for granted. mungkin saya juga salah seorang dari manusia tu. dan sebab itu saya selalu kena ingatkan semula diri sendiri untuk lebih tahu menghargai dan berusaha kuasa dua. ALLAH sendiri menjanjikan tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka yang mengubahnya sendiri. bukan begitu kawan-kawan?
it is true to be said that, tidak semua benda yang kita harapkan menjadi kenyataan, tetapi, benar juga bahawa bukan satu kesalahan untuk kita terus berusaha mencari dan membina kehidupan yang abadi buat tautan jambatan di akhirat sana. :)
1 comment:
i lyke!
Post a Comment