Friday, November 27, 2009

PROJEK SUSHI

sebelom pulang aritu, ini lah projek sy dan ecah. buat mengisi masa selepas habes semester jua untuk meraikan tetamu yang datang dari new zealand. here goes the recipe :

bahan-bahan
nasi : beras short/medium grain atau beras khas sushi dimasak macam biasa, sudah dimasak diletak gula dan garam secukup rasa dan dibiarkan sejuk (pastikan ia sejuk ya) kemudian sebelum diuli, dicampur dengan cuka secukup rasa (nasi akan menjadi lekit ketika ini)

telur : 2 biji telur + 2 sudu tepung + 2 sudu gula + 1 sudu kecil garam (dipukul kembang dan digoreng, digulung dan dipotong panjang-panjang)

bahan-bahan lain : seaweed, crab stick, timun dipotong panjang, mayonise, tikar buluh khas untuk membalut sushi.

cara-cara:
1. letakkan sekeping seaweed di atas tikar buluh td.
2. ratakan nasi dengan ketebalan yang tak-tebal-tak-nipis-sangat. tinggalkan lebihan seaweed yang tak ditutupi nasi dalam 3cm (batip, 2009) buat gulungan.
3. ratakan dengan lapisan nipis mayonise
4. susun timun, telur dan crab stick
5. gulung sushi anda tadi, dan pada lebihan seaweed td basahkan sedikit dengan air untuk merapatkan gulungan. gulung bagi padat2 ye.
6. potong dan boleh selamat dimakan.

da ada sume bahan dan tahu cara ni, boleh la dibuat sushi td. lebih jimat, yakin selamat dan sihat. gambar kemudian saya upload ye sebab ini guna pc org laen.hee.

No comments: