Monday, November 2, 2009

BIAR BETUL

eh..biar betul, arini da 2 november. rasa macam tak percaya pula.

biar betul arini da hari isnin. rasa-rasa macam weekends lagi.

biar betul saya da habis belajar dua semester di sini..
dan lagi dua semester to go. huhu


pejam celik, celik pejam. memang rasa macam tak percaya. tapi ni la hakikatnya. kawan baik saya kat malaysia tu, cik doktor farah kita da bising-bising da ade plan ape untuk saya bila balik malaysia nanti.yippee..iye2 je la farah. mudah-mudahan ada izinNYA untuk semua itu.weee..x sabar nye rase. :)

hari ni, disebabkan rasa keterbosanan yang terlampau melampau (melampau pon tak macam ni) maka saya dengan gaya tak de kerje lagi senang hati gendang gendut tali kecapi, berjalan-jalan riang hati di city. bersama seorang saudari, di waktu petang yang berseri. hehe. lepas da jalan-jalan tu sume, kami pon berehat lah sekejap dekat botanical garden near to our university campus tu. menghirup udara angin petang orang kata.

lalu macam biasa, satu persatu refleksi diri terjadi. bersama teman di sisi. (hari ni mood berkata-kata asyik nak rhyme je) huhu.

satu perkara yang saya dapat hari ini, hidup kita ni macam roda. ada masa di atas dan ada masa di bawah. dan tak selamanya kita akan kekal pada satu-satu posisi tu untuk selama-lamanya. ALLAH itu Maha Adil bukan. adakala manusia ni berkeluh kesah dengan kehidupan, saya pon mungkin tak terlepas dari semua tu.

tapi bila fikir-fikir balik, kenapa ALLAH datangkan semua tu untuk kita ya? pasti punya sebab. dan tak kan lah ALLAH nak dera kita suka hati. kadang-kadang kita rasa tak puas hati kenapa kita. kenapa bukan orang lain. selalu saya pujuk hati itu lah tandanya ALLAH sayangkan kita. kalo DIA tak sayang kita mungkin DIA tinggalkan kita macam tu sahaja tanpa sebarang bimbingan, terumbang ambing dalam kesesatan. nauzubillah..

satu perkara lagi yang selalu buat saya terfikir, kadang-kadang kita datang merayu padaNYA bila dalam keadaan susah. menangis berjela berbaldi-baldi banyaknya. tapi bila kita senang dan gembira..di mana kita? (peringatan untuk diri saya sendiri)..memang saya sendiri mengakui nak mendidik hati menjadi ikhlas tu amat hebat cabarannya. rasa macam kena basuh dengan clorox pon ada kan. sakit kadang-kadang dan kesakitan ni la yang membangkitkan diri kita kembali.

saya rasa cukup dulu lah saya bercakap panjang-panjang ni. nanti ade masa saya sambung laen. insyaallah.

p/s: dekat LCCT ada ape ye? ^-^

1 comment:

fhmn111 said...

hehe..ala biat, bagi chance arr aku jadi s/u ko..hahaha..insyaAllah plan akan dilaksanakan..kita hanya merancang..kan2?..
huhu..bto2..hidup kite macam roda..peringatan bukan hanya utk anda..tapi buat semua..hehe