Thursday, June 16, 2011

APPETON IMAN

Musim cuti macam ni lah ada banyaknya masa nak bersembang dengan keluarga. Macam-macam halnya yang dipersembangkan. Terlalu banyak. Dan saya ni pula bila tengok anak-anak jiran teringatlah pada zaman hingusan dulu. Serentak tu, mulut pon laju je tanya umi macam mana kami ni adik-beradik masa kecil dulu sambil belek album gambar?

Satu cerita yang sampai sekarang masih segar di ingatan adalah betapa payahnya umi dan abuya saya nak bagi kami makan. (baca: kami semua kurus kekeringan waktu kecil bukan sebab tak da makanan tapi sebab TAK NAK makan, terok kan?) Macam-macam usaha parents usahakan supaya saya dan adik-adik makan. Makan style aeroplane nak mendarat, sambil tengok TV, makan bersuap macam sultan dan sultanah pon ada, sambil panjat naik turun tangga, paling dasyat saya ingat umi tunggu kami bawah pokok dengan sepinggan nasi sampai kami turun bawah makan. Dapat makan sesuap nasi lepas tu panjat lagi. Ish terok betul anak siapa la ni. Haha. Terima kasih ya Allah dikurniakan ibu bapa yang sangat penyabar kepada kami ini. Alhamdulillah.

Sampai la kepada usaha parents belikan Appeton. Kami makan macam makan gula-gula. Rasa syok je makan. Pada permulaannya macam tak de kesan. Lama-kelamaan dah mula nampak selera kami naik lah sedikit demi sedikit. Kemudian, masuk asrama Alhamdulillah boleh survived mahu makan sendiri. Dan hasilnya adalah sekarang.. jeng jeng jeng. (off record)

Jadi, nampak tak sekarang macam mana Appeton bertindak sebagai pembuka selera dan pemangkin untuk “budak-budak kurus kering nampak tulang macam mayat hidup ni” suka untuk makan atau ada selera makan?

Samalah macam jiwa hamba kita ni. Kita perlukan Appeton Iman dalam daily lives kita untuk menyuburkan iman kita yang denyutannya kadang-kadang macam nyawa-nyawa ikan. Isk isk isk.. kita tak boleh nak harap iman kita akan stabil je setiap masa kan? Dan seperkara lagi iman itu kan tak dapat diwarisi? (background music : Raihan – Iman Tak Dapat Diwarisi). Makanya sebagai makhlukNya yang special dan dikurniakan akal kita kenalah fikir apa cara mengikut selera masing-masing atau bahasa lainnya, Appeton jenis yang macam mana kita perlukan untuk meningkatkan tahap denyutan iman kita. Untuk sharing kali ni suka untuk dikongsikan beberapa jenis Appeton yang diyakini best tanpa ragu dan syak lagi.

  1. Penambahbaikan dalam penghayatan amalan fardu sehari-harian (termasuk berusaha melazimi solat di awal waktu serta berjemaah : di masjid/surau terutamanya bagi lelaki
  2. Perbanyakkan amalan sunat (eg: solat sunat rawatib, sedekah, etc)
  3. Sentiasa bertaubat hatta beristighfar sekali pon
  4. Jadikan setiap pekerjaan dan gerak geri sebagai ibadah keranaNya
  5. Tilawah dan tadabur kalamNya setiap hari
  6. Usahakan untuk qiamullail =)
  7. Berpuasa sunat (bagi chance la perut nak rehat)
  8. Menghadiri majlis-majlis ilmu
  9. Pelbagaikan bacaan buku dan tambahkan ilmu pengetahuan (dunia wa akhirat)
  10. Berkongsi pengetahuan dengan rakan dan keluarga
  11. Sentiasa memaafkan orang lain dan mohon maaf pada kesalahan diri kita

And the list goes on...

Sebelum pilih mana satu Appeton Iman yang nak ‘makan’ (note: boleh ‘makan’ semua), ni saya share hanya satu secret ingredient (background: Kung Fu Panda Movie) kepada Appeton ni adalah untuk ...

ISTIQOMAH dalam setiap satu perlaksanaannya. It is important to always remember that Allah SWT menyukai amalan yang sedikit tetapi berterusan. Inshaallah. Tak mengapa mula sedikit demi sedikit, lama kelamaan akan bertambah dan inshaallah kemanisan mujahadahnya akan lebih terasa.

Semoga Appeton dapat sama-sama membantu kita menjadi hambaNya yang lebih taat dan tunduk patuh pada perintahNya inshaallah. Ameen.

[Insan kerdil yg perlu mengingati diri sendiri]

No comments: