hari pertama ke sekolah!
let pics do the talking lah!
(.^_____^.)
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang..
memperkenalkan buku kesayangan terbaru yang akan ditatap
senantiasa siang dan malam
buku rekod persediaan mengajar
tiap-tiap hari kena usung ke sekolah
kena bagi guru pembimbing semak
dan setiap Jumaat kena hantar kepada Guru Besar
jadi, bukan hanya kerja murid saja yang disemak ya,
kerja guru juga sentiasa disemak,
jadi siapa kata kerja cikgu ni senang?
seawal pagi sudah melapor diri berbekalkan surat pengenalan diri yang dibekalkan pensyarah. alhamdulillah everything runs smoothly. dah boleh tahu apa expectation Guru Besar dan GPK. memang tak da boleh main-main. alhamdulillah, thank you Allah for sending these people untuk kami. =)
aktiviti pagi dimulakan dengan perhimpunan. comel sungguh anugerah Allah ini. semuanya nampak suci je. terasa beban di atas bahu menjadi ringan memandang wajah innocent students saya. huhu. inshaallah akan mengajar Year 5. students adalah lebih TINGGI daripada teacher! how? huhu. no problemo kata umi saya, "biar badan pendek, akal mesti mahu panjang!" huhu. akan diingat selalu itu umi ku. dekat perhimpunan perlu memperkenalkan diri kepada seantero sekolah. tiba-tiba students bersorak bila saya kenalkan nama. rupanya ada student yang nama sama. terimbau kenangan diri sendiri dekat sekolah dulu bila ada cikgu sama. haha. and now the history repeats itself. moga dapat kusentuh hati anak itu inshaallah. =)
seterusnya membuat tour sendirian berhad ke sekitar sekolah. tersangat amatlah kecil. satu darjah hanya ada satu kelas. maximum students adalah 22. dan inshaallah students saya nanti hanya 16 orang. =) uniknya sekolah ni, sekolah saya di tingkat 4 bangunan yang tuan-tuan dan puan-puan nampak. tingkat bawah sampai tingkat 3 pula adalah SK Jalan Kuantan 2. huhu. nampak gayanya akan exercise lah saya setiap hari naik panjat turun tangga daripada jam 7 pagi sampai jam 3 petang selewatnya. ;)
dan ini adalah tempat bertapa saya. teaching aids, workbooks dan students' books atas meja saya pemberian guru pembimbing. dalam gambar ni baru nampak 1/4 barang saja. ada banyak lagi barang. esok teacher adawiyah nak bawa troli lah senang. huhu.
banyak lagi pengalaman hari pertama, tapi sekarang perlu berhenti daripada segala kerja di laman sesawang ni (excited nak guna term ni, baru belajar beberapa minggu lepas. hehe). alhamdulillah satu yang paling saya rasa comel happened masa dalam kelas when observing cooperating teacher teaching his Year 3 classroom, bila ada student said seperti berikut,
"Kau boleh tolong orang kongsi kamus ni sama-sama, kau yang dapat pahala"
owh dear, that's so sweet of you. teachers dekat belakang dah tersenyum. moga hati nurani suci mu kan terus mekar dengan segala kebaikan inshaallah.
menanti hari esok untuk sesuatu yang lebih istimewa. alhamdulillah. =)
p/s: terima kasih sudi share tips mengajar.
No comments:
Post a Comment