alhamdulillah alhamdulillah..
Allah Maha Baik! =)
semalam hari tak berapa best, hari ni Allah bagi hadiah best! best sangat sampai tak tahu nak kata apa melainkan alhamdulillah. =)
masa dalam perjalanan ke Gombak tadi, terjadilah perbualan seperti di bawah :
I : Bayangkan kak long, setiap langkahan kita ni sampai ke Gombak nanti Allah reward bagi pahala dengan pekerjaan yang kita nak buat ni jap lagi.
R : Ha ah kan. bayangkan pahala tu gedebuk gedebuk jatuh sekarang depan mata. excited kan? banyak sangat boleh kutip macam ni.. (sambil gaya mengutip dengan penuh keterujaan)
I & R tersenyum sengih-sengih dengan bahagia.
R : Macam game Mario pula. Kutip yang kat atas tu. Naik lompat-lompat macam kita buat ni.
I : Ha ah. Jalan straight je Mario tu kutip duit tu semua. Dia jatuh ke bawah dia lompat balik naik, jatuh lompat balik. Nanti dapat semangat ke apa ke tu, dia jadi besar naik lompat lagi tinggi.
R : Nanti nampak musuh, dia buat fire fire dush dush macam ni bagi mati. Lepas tu dia lompat lompat lagi collect points. Woah! Super Mario betul lah.
I & R terbayang senyum-senyum. Syoknya kan dalam mengejar redha Allah tu. senantiasa merasa kasih sayangNya yang luas. Saat tersungkur kejap, cepat-cepat bangkit semula. Mesti bangkit kerana destinasi kita belum tiba, di AKHIRAT SANA! inshaallah.
Meski tak nampak reward tu datang gedebuk depan mata, tapi hati yakin padaNya inshaallah kerana itulah namanya beriman dengan sebenar-benar iman dan keyakinan hanya pada Allah. inshaallah. Dan paling penting adalah ...
Moga kita berusaha kuat menjadi hamba yang diredhaiNya. =)
(memotivasikan diri sendiri yang dhaif dan penuh dengan kelemahan)
bersyukur dan bahagia dikurniakan insan-insan di sekeliling yang senantiasa memotivasikan jiwa dan mengingatkan diri dengan seruan kata cintaNya. alhamdulillah.
"Islam itu adalah hak semuanya"
"..paling penting usaha untuk
fahami dan usaha amalkan Islam yang syumul itu"
"Tidak datang kekuatan itu melainkan daripada Allah"
(sharing bersama ukhti I & M)
(.^________^.)
No comments:
Post a Comment