Antara aktiviti wajib saya bila balik bercuti adalah keluar makan dengan family. cuti kali ni satu family pergi makan RFC (Radix Fried Chicken) dekat Sungai Petani. kenapa pilih RFC? sebab ianya produk syarikat orang Islam kita bawah syarikat HPA. Kualiti kesedapannya setanding mana-mana fast food dan diyakini halal inshaallah.
Lagi satu yang best bila gi sini, tempatnya luas. Anak-anak kecil siap boleh lari-lari lagi dalam ni, dan ada playground juga dalam ni. (tempat lain saya tak pasti la pula) juga siap ada surau dekat tingkat atas. Tandas bersih. Workers semuanya inshaallah menutup aurat.
Salah satu lagi faktor kenapa saya pilih RFC sebab terikot-ikot dengan perangai 'cerewet' masa dekat Australia dulu dalam memilih makanan. dekat sana memang agak particular dalam pilih makanan. siap bawa kod halal lagi pergi mana-mana especially masa beli groceries dekat stores. Masa tu lah belajar peri pentingnya make sure makanan yang masuk dalam perut itu adalah yang terbaik kerana setiap satunya akan menjadi darah daging kita. Kan nanti kena soal dengan Allah? haa..
Juga peri pentingnya dalam setiap pekerjaan kita, pon kena amanah dan bertanggungjawab. Sebab setiap satunya akan dipersoalkan.
Ok lah, masa lunch pon da dekat. Seruan dapur dah memanggil-manggil, maka marilah kita menyahut seruannya. Final say, carilah yang halal! =) Sokonglah perjuangan orang kita.
p/s: kepada yang nak memulakan kembali sesi persekolahan dan yang dah habis tempoh bercuti, selamat belajar dan selamat bekerja. saya sambung cuti satu minggu lagi. Jangan jeles. :P Moga Allah redha dalam setiap pekerjaan kita. Reset niat lillahitaala selalu. =)
No comments:
Post a Comment