Friday, July 1, 2011

PENGALAMAN MENYEKOLAHKAN

mula-mula teacher nak senyum (.^____^.)

alhamdulillah alhamdulillah

survived for a week di sekolah. macam-macam kerenah yang dapat jumpa dan macam-macam pengalaman yang dapat dikutip sedikit demi sedikit.

saya nak mula cerita daripada mana pon tak tahu. untuk cik di Pahang sana harap bersabar menanti cik di KL update ye. sangat sibuk sekarang. huhu.

jika ditanya tentang sekolah, entry lepas dah update kan. jadi sekarang mari kita bercerita tentang suasana HIDUP di sekolah itu pula.

SUASANA KERJA
alhamdulillah daripada segi suasana guru-gurunya, saya rasa sangat bertuah mendapat guru-guru yang banyak membantu. rata-rata sahabat guru saya ni (rasa pelik jap bila mention macam tu) adalah guru-guru berpengalaman. yang dah berbelas malahan puluhan tahun mengajar. tabik toing toing kepada mereka kerana semangat keguruan mereka sentiasa membara. ;) satu yang saya perhatikan adalah guru-guru dekat sekolah ni sentiasa kelihatan muda kerana mereka senantiasa bersama kalangan muda mungkin. young at heart lah orang kata. [tapi kenapa saya rasa cikgu practical macam kami ni, asyik berkerut je muka. haha. mungkin sebab berfikir terlebih kot]

note: mula merasakan apa yang sering dicanang ujian pekerjaan dalam kita mendidik iman. tarbiyah dzatiyah kena sentiasa digilap untuk sustain dalam iman yang sejahtera. moga hati kuat inshaallah.

SUASANA MENGAJAR
alhamdulillah juga sehingga tahap sekarang ni, masih boleh manage students. pesan sahabat guru dekat bilik guru, "awak tunggu la siket masa lagi, nanti nampak lah true colours mereka tu." huhu. cuak juga dengar statement macam tu. setakat ni saya cuba implement segala aktiviti yang saya tahu yang hanya sedikit cuma untuk divertkan mereka daripada suasana belajar exam-oriented. alhamdulillah they love it. cuma saya masih lagi rasa perlu untuk buat something more challenging to these students. any idea do please share eh? ;)

satu pengalaman yang cukup menterujakan saya, early this morning masa saya langkah masuk kelas, tak sempat nak bagi salam, this one little girl yang selalu dikhabarkan guru-guru sebagai bermasalah dan suka tidur, stood up in front of me dan serahkan exercise book dia.

"teacher, this..my..homework.." and she smiled.

saya? terharu kot. dan rasa bersalah ada juga. dia tunjuk effort untuk belajar English. dan itu sudah cukup untuk saya di peringkat permulaan ni. minat untuk belajar akan membungakan semangat dan mendalamkan kefahaman terhadap sesuatu yang dipelajari dengan izinNya. inshaallah.

tak putus-putus rasa Allah Maha Baik. satu persatu dibantu. semuanya terjadi dengan izinNya alhamdulillah. :)

CABARAN SAYA
masakan tidak ada cabaran dalam setiap apa yang kita buatkan? cabaran saya berbalik kepada students saya kembali. masalah paling besar yang saya perhatikan antara mereka berpunca daripada masalah ibu bapa di rumah.

Ibu bapa yang bercerai, Ibu bapa yang tidak duduk sebumbung, Ibu atau ayah yang tidak tahu di mana berada dan..

sejumlah anak murid yang datang daripada RTK - Rumah Titian Kasih (anak yatim).

leret mata mereka cukup sayu semacam ada sesuatu yang dipendam. air muka mereka selalu mengundang resah di hati saya. tuntutan mengajar yang melebihi tuntutan mendidik sentiasa merencatkan niat hati nak kenal mereka. saya masih lagi belajar mencari cara terbaik untuk membantu mereka. setakat satu minggu ni, yang boleh saya buat untuk mereka, jika mereka datang nak salam, nak say hye hye bye bye, saya tak kisah. asal saja itu buat mereka rasa ada family figure dalam hidup mereka and feel appreciated. :)

HIDUP SAYA
seawal jam 6 pagi dah siap semua. dalam 6.30 dah bertolak ke sekolah. inshaallah paling lewat setakat ni pukul 5 ptg sampai lah semula ke hostel. balik siapkan lagi kerja untuk esok. tengah malam baru rehat. macam robot! dengan supervisor yang gemar datang mengejut. huhu. alhamdulillah hikmahnya kerja sentiasa dipastikan siap.

.:. ada yang tanya kenapa saya menulis semua ni?
jawapan saya supaya saya sendiri belajar sesuatu dan yang membaca juga belajar sesuatu. bahawa tugas guru ini besar. amanah yang digalas bukan hanya setakat secubit garam tapi lebih daripada tu. dengan adanya kesefahaman dan awareness kalangan kita barulah sistem pendidikan negara boleh digerakkan ke hadapan lagi inshaallah.

yang penting mendidik hati-hati anak suci ni menjadi soleh dengan keyakinan berserah diri hanya padaNya. bukan Justin, AF, Siti atau sebagainya.

mohon doanya daripada semua! (cik Pahang sila senyum. huhu). bangun pagi setiap hari dengan minda bersedia untuk belajar sesuatu yang baru lagi.

mode : balik Perak lepas berlari. hehe.

No comments: