Segala puji bagi Allah yang meruangkan kelapangan waktu dan minda untuk menghabiskan bacaan kali ni. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Al-kisahnya, semalam keluar untuk lunch bersama dua Titans, Izzah dan Nadiah, (high school friends). Sementara menunggu dua orang wanita berkerjaya ni break for their lunch hour, maka mata pon mula duduk tak diam memandangkan deretan buku yang dijual dekat lobi tu. Sekali terpandang buku ni. Teringat masa dekat Bumi Kangaroo dulu, seseorang pernah cadangkan saya baca buku ni dengan sebuah lagi tulisan pengarang yang sama, Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman. Sudah Allah merancang inilah masanya (sebabkan break daripada mengajar selama seminggu) dengan berfikir dua kali, terus sambar selepas merasa puas hati dengan komentar yang ada pada kulit buku ni. Alhamdulillah sekali lagi, dapat diskaun pula. Memanglah Allah nak saya baca.
Pulang daripada lunch bersama dua orang Titans dan pastinya pelbagai topik kedewasaan diperbualkan serta melihatkan perubahan teman-teman seorang demi seorang, hati saya jadi tak sabar nak mula membaca buku istimewa ni. Maka ditarik dan diselak helaian pertama seraya melafazkan ...
Bismillahirrahmanirrahim..
Subhanaallah. Subhanaallah. Subhanaallah.
Bergenang air di pepenjuru mata. Allah mahu memujuk saya. Allah mahu menaikkan kembali semangat saya. Allah Maha Baik. Allah Maha Pengasih.
Sedari muka surat pertama terasa kisah yang ingin disampaikan oleh Prof Kamil begitu dekat dengan hati. Entah mengapa, pasti sekali itulah izin Ilahi. Pembacaan terbantut sebentar dek tuntutan lain yang datang dan perlu diutamakan terlebih dahulu. Malamnya sambung membaca lagi, sehelai demi sehelai dan masa terus berputar tanpa saya sedari jam dah menginjak ke awal pagi. Tuntasnya buku ini superb! Menarik kembali jiwa saya, membasuh dan mencuci dengan kisah-kisah yang ringkas tetapi sangat bermakna dalam perjalanan seorang hamba yang jahil dan hina namun berhati besar mengharapkan keampunan dan keredhaan Pencipta.
Saya menjadi teruja untuk berkongsi beberapa hal dalam buku ni yang pada saya cukup menarik dan menginsafkan.
ALLAH Maha Baik pada hambaNya
Betul! Sangat tak tipu. Bayangkan Prof Kamil hanya tahu mengenal huruf al-Quran di saat usianya sudah mencecah 40 tahun, di saat dia sudah merasa putus asa, di saat dia dijemput sebagai tetamu Allah di Tanah Suci. Bercucuran air mata dia mengadu dan mengharap pada Allah, didatangkan dan dihadiahkan nikmat tak terkira padanya apabila dia berpeluang belajar mengenal al-Quran dengan seorang hafiz dan alhamdulillah akhirnya dia berjaya mengkhatamkan pembacaan di Tanah Suci! Dan banyak lagi kisah betapa Allah memperlihatkan kebesaran dan kasih sayangNya kepada seorang hamba yang kembali menyerahkan pengharapan kepada yang selayaknya. Allah benar-benar Maha Baik kepada Prof Kamil. Setiap satu liku perjalanan hidupnya dilalui dengan rahmat kasih sayangNya.
Terasa saat ini sangat relevan hidup hamba untuk "mengemis pada Allah".
Tiada apa yang mampu kita genggam tanpa izinNya. mintalah dan mengadulah pada Yang Hak.
Menyoroti kisah perjalanan sendiri, sungguh saya tidak menafikan peranan serta peri pentingnya berdoa kepada Allah. Berdoalah dalam penuh kerendahan hati dan khusyuk, inshaallah tak kan pernah kita kecewa. (menangis lagi)
Jiwa Pendidik Jiwa Pemimpin
Tabik spring berpantulan saya berikan pada Prof Kamil atas kesedaran dan tekad semangatnya ingin memakmurkan bumi UiTM Johor dengan rahmat kasih Ilahi. Seruan demi seruan dikongsikan bersama sekalian penduduk di situ. Diajaknya mereka bersolat jemaah bersama di masjid, dikembalikan rasa kasih Maha Pencipta dan dikukuhkan keyakinan kepada para staff dan para pelajarnya untuk kembali mengharap pada Allah. Pendekatan yang diberikan menggunakan kuasa yang dia pegang dalam kesedaran diri adalah seorang khalifah, dia memanfaatkan sebaiknya. Sungguh saya kagum dengan usaha murni dirinya ini! Bukan mudah tapi ia menjadi mudah dengan berkat rahmat Ilahi serta ketekunan dan keazaman yang padu.
Bukan sekadar mendidik anak murid mahupun staff, malah ahli keluarnya terlebih dahulu dicorakkan. Berjujuran air mata membaca kisahnya dengan anak-anak.
Malahan dakwahnya terus disampaikan buat para pemandunya. Bagaimana ketegasan dirinya mahu dihantar ke masjid setiap kali outstation buatkan saya tercengang. Mashaallah andai saja semua CEO, pengarah dan orang-orang yang mentadbir negara ini begitu, inshaallah makmur negara dalam syariat Ilahi. Sekali lagi hati menjadi terobek memikirkan posisi diri sendiri sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab kepada pembinaan ratusan malahan ribuan jiwa yang perlu mengenal siapa Pencipta mereka. Ya Allah Kau berikanlah kekuatan buat diri kami ini. Sungguh aku tidak punya apa, malah segala ilmu ini adalah milikMu jua. Pada keizinan untuk aku berada dalam dunia ini, Kau izinkanlah aku untuk melakukan yang terbaik buat anak didikku.
Terasa kali ini, sangat relevan seruan "Islah Nafsak Wad'u Ghairak" - Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain. Tidak perlu menjadi seorang ustaz atau ustazah, tidak perlu punya forum sendiri di kaca TV malah tidak perlu dipanggil untuk beri ceramah - kita memangnya perlu memperbaiki diri sendiri dan mengajak orang lain, orang-orang yang kita kasihi untuk sama-sama mencari cinta Ilahi. Tidak susah andai mahu, itu yang ditampilkan oleh Prof Kamil. Diri sendiri dahulu, aliran gelombangnya pastikan mengalir pada yang sekeliling dengan izinNya jua. inshaallah. (menangis lagi pada kelemahan diri)
Kerendahan hati seorang Professor
Memangnya saya tidak mengenali siapa Prof Kamil. Tidak secara peribadi atau tidak secara maya atau apa saja medium sebelum ini. Saya hanya tahu tentang dirinya bila seseorang mencadangakan buku ini kepada saya setahun yang lalu. Namun, membaca setiap satu kisah yang dicoretkan Prof dapat dirasakan betapa kerendahan hati yang dimilikinya cukup mulus. Memang sikap bongkak riak itu mengekori pada setiap usaha kebaikannya, tapi cepat-cepat lafaz keampunan dituturkan di bibir mohon ampunan daripada Ilahi. Membaca bukunya umpama bercakap dengannya daripada hati. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana mengajarkan diri ini sesuatu. (senyum dalam sendu)
Cakap dan amal
Satu elemen penting yang diterapkan dalam kisah buku ini. Jika kita rujuk pada surah as-saff, 61 ayat 2-3, diperlihatkan betapa Allah tidak suka pada perbuatan yang tidak dikerjakan. Dush dush tertampar lagi diri ini. Banyak sungguh pengajaran yang diterapkan dalam buku ini. Mahu membumikan cakap dan amal itu satu mujahadah, kerana manusia ini sifatnya lupa. Itu lemahnya manusia. atau itu lemahnya saya. Mulut hidup, hati mati. Ayuh bangkitkan dan suburkan dan segarkan kembali hati-hati yang mengharapkan redhaNya. usaha usaha usaha..
Perjuangan isteri
Entah mengapa, saya tertarik untuk mencoretkan sekali perjuangan isteri Prof, Roza. Membacakan kisahnya saya melihat betapa isteri Prof seorang yang sangat penyabar dan tulus hatinya mahukan suami lebih taat pada perintah Ilahi. Saya terkesan bagaimana dia memujuk Prof untuk menggunakan nikmat mudah bangun malam untuk bertahajjud dan memohon ampunan dan taubat kepadaNya. Juga sangat terkesan bagaimana dia boleh bangun dan menyediakan juadah sahur saat suami tercinta ingin keluar iktikaf di masjid kala Ramadhan menjelma. Tabik spring berkala sekali lagi saya berikan.
Sungguh saat ini saya tertampar lagi dengan ayat. "Orang lelaki itu pemimpin bagi wanita"
Ar-rijal qawammun a'lan nisak. (4: 34)
Beruntungnya baitul duat yang dibina yang sering mekar dengan mawaddah dan sakinah serta rahmah daripada Ilahi.
Terasa sangat panjang pula entry kali ni. Mode excited teruja nak share. Senang cerita baca sendiri pon tak da ruginya ya inshaallah. =)
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah pada segala kebaikan Mu mengizinkan diri kerdil hina ini untuk menghirup semangat baru. Moga dapat sustain dan dibawa ke Ramadhan yang dirindui inshaallah. Kenikmatan dan kelazatan iman itu sungguh manis!
Bahagia (.^____^.) Alhamdulillah. menantikan keizinan untuk Travelog Haji pula. Kisah-kisah Haji membuatkan hati bertambah lagi rindu untuk ke sana. Moga Allah izin. mohon dengan harapan benar. ameen.
Moga Allah kurniakan kebaikan
buat yang mencadangakan buku ini. ameen.
No comments:
Post a Comment