Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah. Allah Maha Baik. :)
Terjadinya sesuatu perkara itu tanpa sia-sia sebaliknya pasti saja ada benda baru yang dapat dipelajari.
Alhamdulillah terjadinya sesuatu recently, perbincangan tentang suatu perkara yang berat saya fikirkan (dah lama sebenarnya), kerana saya memandang isunya supaya saya tidak hanya menjadikan usaha perjuangan ini sebagai taqlid (ikutan) tetapi atas dasar kesedaran dan kefahaman yang jelas dan berprinsip inshaallah.
Atas terjadinya perbincangan ini membuatkan saya sedar banyak lagi perlu belajar, kaji dan fahami. Mohon benar kefahaman dan kecerahan hati untuk semua ini. Benarlah seperti kata seorang kakak, "awak boleh terima sesuatu perkara di saat hati awak sebenarnya dah sedia, dan ketika itu hanya Allah jua lah yang tahu samada awak sudah sedia atau tak.." Dan saat terjadinya kefahaman itu, semakin berat tanggungjawab yang terpikul di pundak.
Islam ini tidak dapat diceraikan daripada mana-mana bahagian pon. Jika tercariknya a piece of cake from keseluruhannya makanya akan jadi tak lengkap dah. Contoh, pabila dikatakan hidup kita sebagai ummat terakhir ditinggalkan dengan quran dan sunnah, maka kita kena berpegang dengan itu. Dan dalam sunnah sendiri telah rangkum setiap aspek kehidupan seperti kenegeraan, munakahat-rumahtangga, muamalat, kehakiman dan banyak lagi. dan tak boleh kita nak carik-carikkan sunnah dan quran kerana ia takkan menjadi syumul nanti. Mungkin saya kena perincikan explanation ni dengan lebih molek sekiranya ada yang tak memahami. Moga Allah pelihara inshaallah.
Paling penting juga supaya jiwa hamba ini sedar sesuatu itu digerakkan dan diusahakan not to impress others (human beings) sebaliknya adalah kerana Allah semata. senantiasa kena tajdid (reset dan perbaharui) niat supaya matlamat itu lebih lurus. :)
Sampai sini saja dulu catatan waris Syahidatul Wahida buat kali ni. Kembali ke dalam gua. :)
menantinya kekasih yang bakal
kunjung tiba next week.
Allahuma balighna Ramadhan.
=)
soalan: apakah sudah sedia terlaksana projek-projek kematian kita
sebelum dipanggil Allah nanti?
kenapa saya bersyukur terjadinya perbincangan ini? kerana curiosity tahap dragonball telah terlerai sedikit demi sedikit dan kini semakin faham saya apa yang Allah mahu dalam hidup seorang hamba dan apa seorang hamba perlu persembahkan. meski begitu saya mengakui masih bayak lagi saya kena gali dan pelajari. perjalanan yang diatur kini lebih terarah dan bermisi. alhamdulillah. terima kasih kerana bersabar menerima semua persoalan saya. :)
Aseef pada mana-mana kekhilafan kata-kata saya. Bangun dengan iman, bangun dengan semangat, bangun dengan ILMU.
No comments:
Post a Comment