Dua hari rasanya macam lama pula tak ke sekolah. Asyik teringat dekat anak didik je pula. Hehe. Sementara boleh fikir ni, mari kita fikirkan ye. Inshaallah. Dalam duk tengah merancang tu, terlintas satu hal yang sebenarnya saya encounter dalam classroom sejak lebih kurang 2 minggu mengajar, iaitu group works activity yang melibatkan students lelaki dan perempuan.
Daripada pemerhatian saya, bila saya gunakan numbering system atau apa saja cara yang lain to group my students and when it involves boys and girls in a group, students saya akan secara automatic duduk macam antara Kutub Utara dengan Kutub Selatan. Seorang cakap dari sebelah utara, seorang cakap dari sebelah selatan. Nah, tertampar saya dengan kelemahan sendiri!
Fitrah anak didik yang merasa malu pada lain jantinanya. Mengapa tidak saya sedar itu sejak hari pertama masuk ke sekolah? Dan itulah fitrah yang sepatutnya saya pupuk sampai mereka keluar sekolah sebagai bekalan menghadapi ‘dunia sebenar’ yang penuh dengan tipu daya dan sampah!
Saya juga pernah di tempat mereka (sekolah rendah), pengalaman saya pon lebih kurang mereka juga. Boleh bertolak-tolak tak nak group sekali dengan kawan lelaki. Tak nak main cop tiang dengan kawan lelaki. Kalau boleh, tak nak main apa-apa yang sekumpulan atau segelanggang dengan kawan lelaki. Paling dasyat, tak nak pakai atau pinjam pensel kawan lelaki sebab haram, tak boleh sentuh. Bila ingat balik boleh tergelak pon ada. Hehe. Tapi itulah yang sewajarnya. Kita (yang berlainan jantina) berhubung atas tiga tuntutan : Pendidikan, Perdagangan, Kesihatan.
Tapi semakin dimamah usia ni, saya sedar dalam dunia yang penuh dengan fitnah, hasad dan dengki, sifat malu antara berlawanan jantina itu semakin terhakis. Kenapa ya? Kerana kononnya dunia sekarang dah moden? Atau tak bertamadun kah kalau tiada rasa malu tu? Mungkin juga ada yang fikir yang nak cerewet sangat kenapa, relax sudah la kan?
Haa.. habis tu hukum Tuhan nak letak mana? Tak moden kalau menjaga pergaulan lelaki perempuan? Tak bertamadun kalau tak boleh duduk lepak kat mamak sekali? Melampau sungguh kita sebagai hamba jika diri mendabik mempersoalkan hukumNya! Pastilah Allah Maha Mengetahui kenapa adanya adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan.
Kenapa wanita kena menutup aurat?
Kenapa wanita kena menjaga suara dan tidak melunakkan ia?
Kenapa wanita juga turut sama perlu menundukkan pandangan?
Jom kita patah balik pada kisah para isteri Nabi dulu. Mereka berhubungan dengan dipisahkan tirai. Cukup teliti dan terjaga. Sila refer surah Al-Ahzab, 33: Ayat 53.
Dan kaum lelaki juga perlulah memainkan peranan juga. Dah Allah khabarkan dengan kerasnya untuk tundukkan pandangan kalian, maka peliharalah. Inshaallah Allah pasti kan bersama dengan hambaNya yang benar berusaha mencari redhaNya. Yakinlah dengan iman yang benar dan pasti!
Alhamdulillah Alhamdulillah, lepas dah tertampar dengan kelemahan sendiri, last Friday saya cuba implement untuk groupkan anak didik tersayang secara berasingan. Lebih efficient dan mereka tersangat enjoy dengan activity yang disediakan. Moga dapat untuk kita terus mendidik mereka dan memekarkan hati mereka dalam fitrah beragama dengan izinNya jua inshaallah. Alhamdulillah pada tarbiyah Ilahi yang diberi secara langsung dan terus ini...
dan ia terus menampar lagi membuat saya berfikir akan diri sendiri yang masih dalam mujahadah dan perlu untuk lebih mujahadah untuk lebih menjaga pergaulan pada yang tidak hak. Moga kekuatan Allah sentiasa bersama saya dan anda dan kita semua Inshaallah!
Saya menulis kerana saya sedar untuk memperbaiki diri sendiri dan kerana saya peduli sama awak.
No comments:
Post a Comment