Thursday, July 28, 2011

TRAVELOG DAKWAH

Segala puji bagi Allah yang meruangkan kelapangan waktu dan minda untuk menghabiskan bacaan kali ni. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Al-kisahnya, semalam keluar untuk lunch bersama dua Titans, Izzah dan Nadiah, (high school friends). Sementara menunggu dua orang wanita berkerjaya ni break for their lunch hour, maka mata pon mula duduk tak diam memandangkan deretan buku yang dijual dekat lobi tu. Sekali terpandang buku ni. Teringat masa dekat Bumi Kangaroo dulu, seseorang pernah cadangkan saya baca buku ni dengan sebuah lagi tulisan pengarang yang sama, Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman. Sudah Allah merancang inilah masanya (sebabkan break daripada mengajar selama seminggu) dengan berfikir dua kali, terus sambar selepas merasa puas hati dengan komentar yang ada pada kulit buku ni. Alhamdulillah sekali lagi, dapat diskaun pula. Memanglah Allah nak saya baca.

Pulang daripada lunch bersama dua orang Titans dan pastinya pelbagai topik kedewasaan diperbualkan serta melihatkan perubahan teman-teman seorang demi seorang, hati saya jadi tak sabar nak mula membaca buku istimewa ni. Maka ditarik dan diselak helaian pertama seraya melafazkan ...

Bismillahirrahmanirrahim..

Subhanaallah. Subhanaallah. Subhanaallah.

Bergenang air di pepenjuru mata. Allah mahu memujuk saya. Allah mahu menaikkan kembali semangat saya. Allah Maha Baik. Allah Maha Pengasih.

Sedari muka surat pertama terasa kisah yang ingin disampaikan oleh Prof Kamil begitu dekat dengan hati. Entah mengapa, pasti sekali itulah izin Ilahi. Pembacaan terbantut sebentar dek tuntutan lain yang datang dan perlu diutamakan terlebih dahulu. Malamnya sambung membaca lagi, sehelai demi sehelai dan masa terus berputar tanpa saya sedari jam dah menginjak ke awal pagi. Tuntasnya buku ini superb! Menarik kembali jiwa saya, membasuh dan mencuci dengan kisah-kisah yang ringkas tetapi sangat bermakna dalam perjalanan seorang hamba yang jahil dan hina namun berhati besar mengharapkan keampunan dan keredhaan Pencipta.

Saya menjadi teruja untuk berkongsi beberapa hal dalam buku ni yang pada saya cukup menarik dan menginsafkan.

ALLAH Maha Baik pada hambaNya

Betul! Sangat tak tipu. Bayangkan Prof Kamil hanya tahu mengenal huruf al-Quran di saat usianya sudah mencecah 40 tahun, di saat dia sudah merasa putus asa, di saat dia dijemput sebagai tetamu Allah di Tanah Suci. Bercucuran air mata dia mengadu dan mengharap pada Allah, didatangkan dan dihadiahkan nikmat tak terkira padanya apabila dia berpeluang belajar mengenal al-Quran dengan seorang hafiz dan alhamdulillah akhirnya dia berjaya mengkhatamkan pembacaan di Tanah Suci! Dan banyak lagi kisah betapa Allah memperlihatkan kebesaran dan kasih sayangNya kepada seorang hamba yang kembali menyerahkan pengharapan kepada yang selayaknya. Allah benar-benar Maha Baik kepada Prof Kamil. Setiap satu liku perjalanan hidupnya dilalui dengan rahmat kasih sayangNya.

Terasa saat ini sangat relevan hidup hamba untuk "mengemis pada Allah".

Tiada apa yang mampu kita genggam tanpa izinNya. mintalah dan mengadulah pada Yang Hak.

Menyoroti kisah perjalanan sendiri, sungguh saya tidak menafikan peranan serta peri pentingnya berdoa kepada Allah. Berdoalah dalam penuh kerendahan hati dan khusyuk, inshaallah tak kan pernah kita kecewa. (menangis lagi)


Jiwa Pendidik Jiwa Pemimpin

Tabik spring berpantulan saya berikan pada Prof Kamil atas kesedaran dan tekad semangatnya ingin memakmurkan bumi UiTM Johor dengan rahmat kasih Ilahi. Seruan demi seruan dikongsikan bersama sekalian penduduk di situ. Diajaknya mereka bersolat jemaah bersama di masjid, dikembalikan rasa kasih Maha Pencipta dan dikukuhkan keyakinan kepada para staff dan para pelajarnya untuk kembali mengharap pada Allah. Pendekatan yang diberikan menggunakan kuasa yang dia pegang dalam kesedaran diri adalah seorang khalifah, dia memanfaatkan sebaiknya. Sungguh saya kagum dengan usaha murni dirinya ini! Bukan mudah tapi ia menjadi mudah dengan berkat rahmat Ilahi serta ketekunan dan keazaman yang padu.

Bukan sekadar mendidik anak murid mahupun staff, malah ahli keluarnya terlebih dahulu dicorakkan. Berjujuran air mata membaca kisahnya dengan anak-anak.

Malahan dakwahnya terus disampaikan buat para pemandunya. Bagaimana ketegasan dirinya mahu dihantar ke masjid setiap kali outstation buatkan saya tercengang. Mashaallah andai saja semua CEO, pengarah dan orang-orang yang mentadbir negara ini begitu, inshaallah makmur negara dalam syariat Ilahi. Sekali lagi hati menjadi terobek memikirkan posisi diri sendiri sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab kepada pembinaan ratusan malahan ribuan jiwa yang perlu mengenal siapa Pencipta mereka. Ya Allah Kau berikanlah kekuatan buat diri kami ini. Sungguh aku tidak punya apa, malah segala ilmu ini adalah milikMu jua. Pada keizinan untuk aku berada dalam dunia ini, Kau izinkanlah aku untuk melakukan yang terbaik buat anak didikku.

Terasa kali ini, sangat relevan seruan "Islah Nafsak Wad'u Ghairak" - Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain. Tidak perlu menjadi seorang ustaz atau ustazah, tidak perlu punya forum sendiri di kaca TV malah tidak perlu dipanggil untuk beri ceramah - kita memangnya perlu memperbaiki diri sendiri dan mengajak orang lain, orang-orang yang kita kasihi untuk sama-sama mencari cinta Ilahi. Tidak susah andai mahu, itu yang ditampilkan oleh Prof Kamil. Diri sendiri dahulu, aliran gelombangnya pastikan mengalir pada yang sekeliling dengan izinNya jua. inshaallah. (menangis lagi pada kelemahan diri)

Kerendahan hati seorang Professor

Memangnya saya tidak mengenali siapa Prof Kamil. Tidak secara peribadi atau tidak secara maya atau apa saja medium sebelum ini. Saya hanya tahu tentang dirinya bila seseorang mencadangakan buku ini kepada saya setahun yang lalu. Namun, membaca setiap satu kisah yang dicoretkan Prof dapat dirasakan betapa kerendahan hati yang dimilikinya cukup mulus. Memang sikap bongkak riak itu mengekori pada setiap usaha kebaikannya, tapi cepat-cepat lafaz keampunan dituturkan di bibir mohon ampunan daripada Ilahi. Membaca bukunya umpama bercakap dengannya daripada hati. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana mengajarkan diri ini sesuatu. (senyum dalam sendu)

Cakap dan amal

Satu elemen penting yang diterapkan dalam kisah buku ini. Jika kita rujuk pada surah as-saff, 61 ayat 2-3, diperlihatkan betapa Allah tidak suka pada perbuatan yang tidak dikerjakan. Dush dush tertampar lagi diri ini. Banyak sungguh pengajaran yang diterapkan dalam buku ini. Mahu membumikan cakap dan amal itu satu mujahadah, kerana manusia ini sifatnya lupa. Itu lemahnya manusia. atau itu lemahnya saya. Mulut hidup, hati mati. Ayuh bangkitkan dan suburkan dan segarkan kembali hati-hati yang mengharapkan redhaNya. usaha usaha usaha..

Perjuangan isteri

Entah mengapa, saya tertarik untuk mencoretkan sekali perjuangan isteri Prof, Roza. Membacakan kisahnya saya melihat betapa isteri Prof seorang yang sangat penyabar dan tulus hatinya mahukan suami lebih taat pada perintah Ilahi. Saya terkesan bagaimana dia memujuk Prof untuk menggunakan nikmat mudah bangun malam untuk bertahajjud dan memohon ampunan dan taubat kepadaNya. Juga sangat terkesan bagaimana dia boleh bangun dan menyediakan juadah sahur saat suami tercinta ingin keluar iktikaf di masjid kala Ramadhan menjelma. Tabik spring berkala sekali lagi saya berikan.

Sungguh saat ini saya tertampar lagi dengan ayat. "Orang lelaki itu pemimpin bagi wanita"
Ar-rijal qawammun a'lan nisak. (4: 34)

Beruntungnya baitul duat yang dibina yang sering mekar dengan mawaddah dan sakinah serta rahmah daripada Ilahi.

Terasa sangat panjang pula entry kali ni. Mode excited teruja nak share. Senang cerita baca sendiri pon tak da ruginya ya inshaallah. =)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah pada segala kebaikan Mu mengizinkan diri kerdil hina ini untuk menghirup semangat baru. Moga dapat sustain dan dibawa ke Ramadhan yang dirindui inshaallah. Kenikmatan dan kelazatan iman itu sungguh manis!

Bahagia (.^____^.) Alhamdulillah. menantikan keizinan untuk Travelog Haji pula. Kisah-kisah Haji membuatkan hati bertambah lagi rindu untuk ke sana. Moga Allah izin. mohon dengan harapan benar. ameen.

Moga Allah kurniakan kebaikan
buat yang mencadangakan buku ini. ameen.

Tuesday, July 26, 2011

KETENANGAN MALAM

apungan diri dalam cetek tingginya air
sambil mendongak menongkat dagu
sambil menendang mengocak kaki
sambil merenung sinar terang bulan
dalam kepekatan suram malam
itu satu ketenangan
itu satu kepuasan


"sesungguhnya pada penciptaan siang dan malam,
terdapat tanda-tanda kebesaran ciptaanNya,
pada jiwa yang mahu berfikir."
(quran)

alhamdulillah.
happy.
=)

Monday, July 25, 2011

ALHAMDULILLAH =)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Allah Maha Baik. :)

Terjadinya sesuatu perkara itu tanpa sia-sia sebaliknya pasti saja ada benda baru yang dapat dipelajari.

Alhamdulillah terjadinya sesuatu recently, perbincangan tentang suatu perkara yang berat saya fikirkan (dah lama sebenarnya), kerana saya memandang isunya supaya saya tidak hanya menjadikan usaha perjuangan ini sebagai taqlid (ikutan) tetapi atas dasar kesedaran dan kefahaman yang jelas dan berprinsip inshaallah.

Atas terjadinya perbincangan ini membuatkan saya sedar banyak lagi perlu belajar, kaji dan fahami. Mohon benar kefahaman dan kecerahan hati untuk semua ini. Benarlah seperti kata seorang kakak, "awak boleh terima sesuatu perkara di saat hati awak sebenarnya dah sedia, dan ketika itu hanya Allah jua lah yang tahu samada awak sudah sedia atau tak.." Dan saat terjadinya kefahaman itu, semakin berat tanggungjawab yang terpikul di pundak.

Islam ini tidak dapat diceraikan daripada mana-mana bahagian pon. Jika tercariknya a piece of cake from keseluruhannya makanya akan jadi tak lengkap dah. Contoh, pabila dikatakan hidup kita sebagai ummat terakhir ditinggalkan dengan quran dan sunnah, maka kita kena berpegang dengan itu. Dan dalam sunnah sendiri telah rangkum setiap aspek kehidupan seperti kenegeraan, munakahat-rumahtangga, muamalat, kehakiman dan banyak lagi. dan tak boleh kita nak carik-carikkan sunnah dan quran kerana ia takkan menjadi syumul nanti. Mungkin saya kena perincikan explanation ni dengan lebih molek sekiranya ada yang tak memahami. Moga Allah pelihara inshaallah.

Paling penting juga supaya jiwa hamba ini sedar sesuatu itu digerakkan dan diusahakan not to impress others (human beings) sebaliknya adalah kerana Allah semata. senantiasa kena tajdid (reset dan perbaharui) niat supaya matlamat itu lebih lurus. :)

Sampai sini saja dulu catatan waris Syahidatul Wahida buat kali ni. Kembali ke dalam gua. :)

menantinya kekasih yang bakal
kunjung tiba next week.
Allahuma balighna Ramadhan.
=)

soalan: apakah sudah sedia terlaksana projek-projek kematian kita
sebelum dipanggil Allah nanti?

kenapa saya bersyukur terjadinya perbincangan ini? kerana curiosity tahap dragonball telah terlerai sedikit demi sedikit dan kini semakin faham saya apa yang Allah mahu dalam hidup seorang hamba dan apa seorang hamba perlu persembahkan. meski begitu saya mengakui masih bayak lagi saya kena gali dan pelajari. perjalanan yang diatur kini lebih terarah dan bermisi. alhamdulillah. terima kasih kerana bersabar menerima semua persoalan saya. :)

Aseef pada mana-mana kekhilafan kata-kata saya. Bangun dengan iman, bangun dengan semangat, bangun dengan ILMU.

Tuesday, July 19, 2011

REMEMBER ALLAH =)


You can always tell when Allah remembers you,
Just remember Allah, that's all you have to do,
All you have to do to have Allah remembers you,
Is just remember Allah!

(bait lagu yang duk berputar di dalam fikiran sekarang ini)

true!

Siapalah kita ni jika tak nak ingat Allah
nak hirup udara oksigen pon Allah bagi
nak jalan pon Allah gerakkan urat saraf
nak makan pon Allah bagi kita rezeki
hatta nak tidur pon atas izin Allah jua
dan pelbagai lagi gerak laku yang jadi
hanya dengan izin Maha Kuasa

makanya nak jadi hamba yang sombong juga?

sayangilah diri kita
sayangilah iman kita
suburkan ia demi akhirat yang pasti
semaikan ia demi menggapai redha Ilahi

ye kawan-kawan?

=)

kita ini milik Allah
dan bila-bila pon akan kembali padaNya
kerana kematian itu adalah pasti!

sedia sedia sedia
ingatilah Allah
dalam setiap
niat dan laku kita
inshaallah

=)

Monday, July 18, 2011

A HAPPY FRUSTRATION


mencuri masa dalam kesibukan masa
thinking about this
a happy frustration
thank you Allah!
:)

I am nothing without You!
keep me safe dear Allah.
hold me right to Your Love
the Almighty.


Sunday, July 17, 2011

BARU SAYA FAHAM


baru saya faham
kenapa senpai-senpai
selalu pesan dan ingatkan
practicum agak memberatkan dan stressful

9 more weeks to go!

"Bersabarlah! dan tiadalah kesabaranmu itu
melainkan dengan pertolongan Allah!"
(16: 127)

La hawla wala quwwata illa billah

Saya boleh sebab saya ada Allah!

-3 observations in a raw next week!
-conducting activity for the English Day
-being a judge for Minggu PS
-training students for a competition
-and the list goes on..

owh, didn't I mention earlier about my parents coming
to the town these two days?

yup, they were here.
dan sudah balik pon.
alhamdulillah sudah selamat sampai ke rumah sana.
alhamdulillah al-'adiyyat saya sudah selamat juga di sini.

sangat rasa berat mahu lepaskan parents saya
entah kenapa kerana saya rasa
hati mereka sangat berat juga melepaskan saya

dear umi and abuya,
kakak knows, THANK YOU would never be enough
to repay all your kindness and sacrifices
membesarkan anak mu ini
dan melindungi serta memelihara anak gadis mu

my only prayer each time and every time
may Allah bless both of you
herein and hereafter
and till we meet in Jannah soon
inshaallah.

do please accept my forgiveness for all my wrongdoings

(Y_Y)

:sakit rumah menjelma:


tajuk entry dengan cerita macam tak berapa nak link lawa kan?
redah saja lah. sob sob sob

Friday, July 15, 2011

=)

‎"If you never felt pain or experienced problems,
how would you know I’m the Healer?
If you never made a mistake,
how would you know I’m the Forgiver?
If you were never hurt,
how would you know I am the Comforter?
If your life was perfect, then why would you need Me?"
[Hadith Qudsi]


eagerly waiting for her beloved parents
to arrive in KL tomorrow!
Pardon me for any 'senget' post on my fb wall.
.
Allahumayasir walatua'sir Ya Kareem.
=)

Sunday, July 10, 2011

MALU ANAK DIDIK

Dua hari rasanya macam lama pula tak ke sekolah. Asyik teringat dekat anak didik je pula. Hehe. Sementara boleh fikir ni, mari kita fikirkan ye. Inshaallah. Dalam duk tengah merancang tu, terlintas satu hal yang sebenarnya saya encounter dalam classroom sejak lebih kurang 2 minggu mengajar, iaitu group works activity yang melibatkan students lelaki dan perempuan.

Daripada pemerhatian saya, bila saya gunakan numbering system atau apa saja cara yang lain to group my students and when it involves boys and girls in a group, students saya akan secara automatic duduk macam antara Kutub Utara dengan Kutub Selatan. Seorang cakap dari sebelah utara, seorang cakap dari sebelah selatan. Nah, tertampar saya dengan kelemahan sendiri!

Fitrah anak didik yang merasa malu pada lain jantinanya. Mengapa tidak saya sedar itu sejak hari pertama masuk ke sekolah? Dan itulah fitrah yang sepatutnya saya pupuk sampai mereka keluar sekolah sebagai bekalan menghadapi ‘dunia sebenar’ yang penuh dengan tipu daya dan sampah!

Saya juga pernah di tempat mereka (sekolah rendah), pengalaman saya pon lebih kurang mereka juga. Boleh bertolak-tolak tak nak group sekali dengan kawan lelaki. Tak nak main cop tiang dengan kawan lelaki. Kalau boleh, tak nak main apa-apa yang sekumpulan atau segelanggang dengan kawan lelaki. Paling dasyat, tak nak pakai atau pinjam pensel kawan lelaki sebab haram, tak boleh sentuh. Bila ingat balik boleh tergelak pon ada. Hehe. Tapi itulah yang sewajarnya. Kita (yang berlainan jantina) berhubung atas tiga tuntutan : Pendidikan, Perdagangan, Kesihatan.

Tapi semakin dimamah usia ni, saya sedar dalam dunia yang penuh dengan fitnah, hasad dan dengki, sifat malu antara berlawanan jantina itu semakin terhakis. Kenapa ya? Kerana kononnya dunia sekarang dah moden? Atau tak bertamadun kah kalau tiada rasa malu tu? Mungkin juga ada yang fikir yang nak cerewet sangat kenapa, relax sudah la kan?

Haa.. habis tu hukum Tuhan nak letak mana? Tak moden kalau menjaga pergaulan lelaki perempuan? Tak bertamadun kalau tak boleh duduk lepak kat mamak sekali? Melampau sungguh kita sebagai hamba jika diri mendabik mempersoalkan hukumNya! Pastilah Allah Maha Mengetahui kenapa adanya adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Kenapa wanita kena menutup aurat?

Kenapa wanita kena menjaga suara dan tidak melunakkan ia?

Kenapa wanita juga turut sama perlu menundukkan pandangan?

Jom kita patah balik pada kisah para isteri Nabi dulu. Mereka berhubungan dengan dipisahkan tirai. Cukup teliti dan terjaga. Sila refer surah Al-Ahzab, 33: Ayat 53.

Dan kaum lelaki juga perlulah memainkan peranan juga. Dah Allah khabarkan dengan kerasnya untuk tundukkan pandangan kalian, maka peliharalah. Inshaallah Allah pasti kan bersama dengan hambaNya yang benar berusaha mencari redhaNya. Yakinlah dengan iman yang benar dan pasti!

Alhamdulillah Alhamdulillah, lepas dah tertampar dengan kelemahan sendiri, last Friday saya cuba implement untuk groupkan anak didik tersayang secara berasingan. Lebih efficient dan mereka tersangat enjoy dengan activity yang disediakan. Moga dapat untuk kita terus mendidik mereka dan memekarkan hati mereka dalam fitrah beragama dengan izinNya jua inshaallah. Alhamdulillah pada tarbiyah Ilahi yang diberi secara langsung dan terus ini...

dan ia terus menampar lagi membuat saya berfikir akan diri sendiri yang masih dalam mujahadah dan perlu untuk lebih mujahadah untuk lebih menjaga pergaulan pada yang tidak hak. Moga kekuatan Allah sentiasa bersama saya dan anda dan kita semua Inshaallah!

Saya menulis kerana saya sedar untuk memperbaiki diri sendiri dan kerana saya peduli sama awak.

Saturday, July 9, 2011

A SMILE FOR THE DAY =)


Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
Sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak mampu lagi bertahan,
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
Hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan,
dan berpeganglah kepada Allah
Walau DIA tak kelihatan.

Bukti kasihNya, kita wujud di dunia pinjaman.



Sharing from a sister of mine. Alhamdulillah. Uhibbuki fillah ya ukhti. =)

Friday, July 8, 2011

SANG MURABBI

Alhamdulillah ada hikmah dariNya saya tak dapat keluar ke mana-mana hujung minggu ni. Berjaya juga mengkhatamkan cerita Sang Murabbi ni dalam membangkitkan spirit yang samar. =)

In general saya rasa gembira dan tersentuh amat melihat cerita ni. Banyak sangat points dalam cerita ni yang kena tertampar pada diri sendiri.

Ke mana hala tuju saya sendiri sebagai seorang pendidik?
Ke mana halanya niat saya dan perjuangan saya?
Ke mana dirinya saya ini dalam jiwa seorang hamba, juga tanggungjawab sebagai seorang anggota ahli keluarga?

Semuanya terangkum dalam cerita ini. Dan juga banyaknya episod-episod dalam cerita ni yang dapat relate dengan kisah saya sepanjang berada dalam dunia d&t ini. Alhamdulillah, setiap satunya terasa manis belaka. =)

Bagaimana suatu ketika dulu terpaksa senyap-senyap untuk liqa' ditampilkan dalam cerita ini, begitulah juga kami dulu. Bagaimana menghadapi pandangan skeptical sesetengah pihak. Namun demi sebuah matlamat pasti yang dicari di penghujung jalan, hati ini tetap ditegarkan untuk terus melangkah. Dan dalam perjalanan itu, ada tikanya kaki tersalah melangkah, diri luka terkena duri di kiri kanan jalan dan kemudiannya tersungkur jatuh. Mengambil detik beberapa ketika untuk bangkit kembali. Semuanya tarbiyah Ilahi dalam menguji dan melatih jiwa-jiwa hamba untuk menjadi kuat. (Al-Ankabut, 29: 2) Namun tiap kali kebangkitan itu berjaya, itulah detiknya merasa kelazatan nikmat Islam dan Iman. alhamdulillah. =)

Ada 2 points yang saya rasa menarik untuk share daripada kisah Sang Murabbi yang ditampilkan ni :-

Pada ketegaran perjuangan Sang Murabbi untuk menzahirkan syahadah yang dilafazkan dirinya serta mengangkat risalahNya kepada sekalian orang di sekeliling dirinya.
Pada hemahnya diri beliau approach setiap kalangan lapisan masyarakat.
Pada keutamaan meletakkan dirinya dalam menangani masalah ummat saat ini.
Pada kekaliberan diri beliau sebagai seorang pemimpin yang sedar akan dirinya seorang hamba.
Pada taatnya diri beliau dalam menggembirakan hati seorang ibu, kasih yang dibawa hingga ke syurga.
Pada kelembutan dan kebertanggungjawabannya diri beliau kepada isteri dan keluarga yang dikasihi.

Dan terlalu banyak rasanya points yang mungkin ada saya terlepas pandang.

Seterusnya suka untuk saya menyentuh kepada karakter pendamping tercinta Sang Murabbi pula.

Pada lembutnya diri menjadi perhiasan terindah seorang Raja Hati.
Pada sabarnya diri menemani perjuangan aqidah pendampingnya, seorang Raja Hati.
Pada kuatnya diri dan tabah hati mendidik anak-anak dikasihi tanpa ada rasa rungutan apa.
Pada taatnya diri mengharungi onak dan duri bersama-sama mengemudi bahtera bersama Raja Hatinya.


Secara jujurnya, saya merasakan terlalu banyaknya ruang dalam diri yang menuntut untuk diperbaiki di atas jalan ini. Moga kekuatan yang hanya datangnya daripada Allah bisa menemani saya dan dia hingga saat nyawa dijemput pulang menghadap Sang Pencipta. Moga dengan kekuatan yang ada bisa melakarkan sebuah kehidupan diredhaiNya dalam mendidik hati anak didik tersayang, inshaallah. =)

Sampai saja sini dulu. Aseef sekiranya ayat nukilannya macam kepeningan sedikit.

Last sharing untuk hari ni yang disambar daripada orang lain.

Bila si burung membawa setitis air utk diletakkan di atas api bakaran Ibrahim a.s. menjawab,
"Ini adalah usahaku utk memadamkan api ini,"Ibrahnya,bukan hasilnya yang Allah lihat bila kita ditimpa sesuatu masalah,tetapi usaha kita,fikir kita,titis peluh kita utk selesaikannya..kerna punyai hak utk selesaikannya teramatlah senang bagi Allah tetapi Dia mahu melihat usaha kita..

(Berjalan keluar mencari rezeki kala Kuala Lumpur dihimpit sesaknya manusia.
Moga Allah pelihara inshaallah)

Wednesday, July 6, 2011

(^_^)

tiba-tiba teacher gatal tangan buat ni
masa tengah siapkan lesson plan.
ish ish ish nak kena rotan teacher ni.

sekarang teacher lebih suka memerhati
banyak benda teacher perhati
dan teacher sedar teacher sendiri ada pemerhati dan diperhati

teacher yakin dan pasti
ia berlaku bukan secara kebetulan,
tetapi ia berlaku secara BETUL!
yakin kepadaNya.

menanti masa untuk "memuntahkan"
apa yang dirasakan perlu.

mohon maaf pada beberapa pihak
pabila ada beberapa persoalan tidak dapat
untuk teacher jawab

yang paling pasti
life must go on people!
turning over a new leaf.
inshaallah
pray for each other

(.^_________^.)



p/s: syukran for the latest meaningful and purposeful entry.
sambung ber-lesson plan.

Friday, July 1, 2011

DIALOG ANAK MURID =)

sambil menunggu bus untuk pulang ke kampung halaman, terasa laju je jari nak tules dialog anak murid yang mencuit dan mengubat hati.

"teacher, kenapa teacher tak ajar kelas kami?"

"teacher, saya pemalu, saya nak cakap Bahasa Melayu."

"teacher, jom main ni."

"teacher, nak salam."

"teacher, I like that you wear."

"teacher, what is an adjective?"

"teacher, nanti kita jumpa lagi ye?"

"teacher, kenapa teacher ajar bahasa Inggeris. kenapa teacher tak ajar pendidikan Islam?"

"teacher, teacher dah kahwin belum?"

"teacher, can I sit here?" (next to you)

dan segala dialog berputar-putar dalam kotak ingatan saya. haish, lagi 11 weeks to go. entah apa la lagi dialog yang akan saya dapat.

hari ni ada 2 peristiwa yang saya tak boleh lupa. pertamanya masa lari (saya jaga checkpoint je pon. huhu) ada this one little boy, while running, he was shouting, "Ittaqullah! Ittaqullah!" (bertaqwalah kamu kepada Allah) dengan semangatnya. Terpana sekejap teacher dekat situ tapi tak sempat nak cam muka siapa. huhu. rasa best sangat ada anak murid begitu.

yang kedua, masa tengah jaga main batu seremban, ada pula anak murid darjah 2 datang peluk dari belakang, "teacher, teacher, saya nak main juga.". aduhai, anak muridku. pandai buat teacher tersenyum. =) alhamdulillah ya Allah.

more to come. belajar dan terus belajar untuk mengajar dan mendidik.

the heart of education is to educate the heart. =)


ada lagi sejam nak tunggu bus. huhu. bus owh bus~ ;)

PENGALAMAN MENYEKOLAHKAN

mula-mula teacher nak senyum (.^____^.)

alhamdulillah alhamdulillah

survived for a week di sekolah. macam-macam kerenah yang dapat jumpa dan macam-macam pengalaman yang dapat dikutip sedikit demi sedikit.

saya nak mula cerita daripada mana pon tak tahu. untuk cik di Pahang sana harap bersabar menanti cik di KL update ye. sangat sibuk sekarang. huhu.

jika ditanya tentang sekolah, entry lepas dah update kan. jadi sekarang mari kita bercerita tentang suasana HIDUP di sekolah itu pula.

SUASANA KERJA
alhamdulillah daripada segi suasana guru-gurunya, saya rasa sangat bertuah mendapat guru-guru yang banyak membantu. rata-rata sahabat guru saya ni (rasa pelik jap bila mention macam tu) adalah guru-guru berpengalaman. yang dah berbelas malahan puluhan tahun mengajar. tabik toing toing kepada mereka kerana semangat keguruan mereka sentiasa membara. ;) satu yang saya perhatikan adalah guru-guru dekat sekolah ni sentiasa kelihatan muda kerana mereka senantiasa bersama kalangan muda mungkin. young at heart lah orang kata. [tapi kenapa saya rasa cikgu practical macam kami ni, asyik berkerut je muka. haha. mungkin sebab berfikir terlebih kot]

note: mula merasakan apa yang sering dicanang ujian pekerjaan dalam kita mendidik iman. tarbiyah dzatiyah kena sentiasa digilap untuk sustain dalam iman yang sejahtera. moga hati kuat inshaallah.

SUASANA MENGAJAR
alhamdulillah juga sehingga tahap sekarang ni, masih boleh manage students. pesan sahabat guru dekat bilik guru, "awak tunggu la siket masa lagi, nanti nampak lah true colours mereka tu." huhu. cuak juga dengar statement macam tu. setakat ni saya cuba implement segala aktiviti yang saya tahu yang hanya sedikit cuma untuk divertkan mereka daripada suasana belajar exam-oriented. alhamdulillah they love it. cuma saya masih lagi rasa perlu untuk buat something more challenging to these students. any idea do please share eh? ;)

satu pengalaman yang cukup menterujakan saya, early this morning masa saya langkah masuk kelas, tak sempat nak bagi salam, this one little girl yang selalu dikhabarkan guru-guru sebagai bermasalah dan suka tidur, stood up in front of me dan serahkan exercise book dia.

"teacher, this..my..homework.." and she smiled.

saya? terharu kot. dan rasa bersalah ada juga. dia tunjuk effort untuk belajar English. dan itu sudah cukup untuk saya di peringkat permulaan ni. minat untuk belajar akan membungakan semangat dan mendalamkan kefahaman terhadap sesuatu yang dipelajari dengan izinNya. inshaallah.

tak putus-putus rasa Allah Maha Baik. satu persatu dibantu. semuanya terjadi dengan izinNya alhamdulillah. :)

CABARAN SAYA
masakan tidak ada cabaran dalam setiap apa yang kita buatkan? cabaran saya berbalik kepada students saya kembali. masalah paling besar yang saya perhatikan antara mereka berpunca daripada masalah ibu bapa di rumah.

Ibu bapa yang bercerai, Ibu bapa yang tidak duduk sebumbung, Ibu atau ayah yang tidak tahu di mana berada dan..

sejumlah anak murid yang datang daripada RTK - Rumah Titian Kasih (anak yatim).

leret mata mereka cukup sayu semacam ada sesuatu yang dipendam. air muka mereka selalu mengundang resah di hati saya. tuntutan mengajar yang melebihi tuntutan mendidik sentiasa merencatkan niat hati nak kenal mereka. saya masih lagi belajar mencari cara terbaik untuk membantu mereka. setakat satu minggu ni, yang boleh saya buat untuk mereka, jika mereka datang nak salam, nak say hye hye bye bye, saya tak kisah. asal saja itu buat mereka rasa ada family figure dalam hidup mereka and feel appreciated. :)

HIDUP SAYA
seawal jam 6 pagi dah siap semua. dalam 6.30 dah bertolak ke sekolah. inshaallah paling lewat setakat ni pukul 5 ptg sampai lah semula ke hostel. balik siapkan lagi kerja untuk esok. tengah malam baru rehat. macam robot! dengan supervisor yang gemar datang mengejut. huhu. alhamdulillah hikmahnya kerja sentiasa dipastikan siap.

.:. ada yang tanya kenapa saya menulis semua ni?
jawapan saya supaya saya sendiri belajar sesuatu dan yang membaca juga belajar sesuatu. bahawa tugas guru ini besar. amanah yang digalas bukan hanya setakat secubit garam tapi lebih daripada tu. dengan adanya kesefahaman dan awareness kalangan kita barulah sistem pendidikan negara boleh digerakkan ke hadapan lagi inshaallah.

yang penting mendidik hati-hati anak suci ni menjadi soleh dengan keyakinan berserah diri hanya padaNya. bukan Justin, AF, Siti atau sebagainya.

mohon doanya daripada semua! (cik Pahang sila senyum. huhu). bangun pagi setiap hari dengan minda bersedia untuk belajar sesuatu yang baru lagi.

mode : balik Perak lepas berlari. hehe.