Tuesday, June 30, 2009

PALUAN KOMPANG

'bunga, kelopak, bunga, kelopak, bunga, kelopak'..terimbau semula kenangan masa zaman sekolah rendah dulu dalam kelas muzik. aku dan kawan2 belajar main kompang. best nye masa zaman ni. bergelak ketawa, saling menyakat antara satu sama laen. (da la aku ni budak nakal dl..huhu)..hidup bnyk main shj. x payah nak susah fikir bnyk benda. tp itu 12 tahun yg lampau. zaman berhingus, baju pon umi yg basuhkan. (of course dgn bantuan kecanggihan mesin basuh)..tp nak katenye, masa tu kite semua x taw pon ape itu istilah runsing masalah. setuju x? ;)

sekarang kita semua da besar. da punya banyak tanggungjawab dan komitmen. da kena handle mcm2 masalah. kena deal ngn mcm2 orang. dan yg pasti perspektif kite terhadap dunia da berbeza berbanding 12 tahun dl. nk pikir kan stadi. nk pikir kan masa depan. nk pikir kan dunia selepas dunia. (haa..faham x?)..dan topic plng best nk buat orang berangan pikir adalah topic ttg perkahwinan.. 0_o ehem2..

minggu lepas aku dikejutkan dengan perkahwinan seorang sahabat waktu matrix, asyu dengan suami beliau, nasaruddin nama nye. (mereka x pernah mengenali masa matrix, jumpe pon mase taaruf dan pertunangan..sweet sgt cerite mereka..tp x dpt dikongsikan lg wat ms ni, sbb blom dpt full version)..x lame sblom tu aku dikhabarkan dengan berita perkahwinan senior kolej, kak baiyah dengan bakal suami, incik afzal, yg akan diijabkabulkan pd 4 july ni.sama2 kite doakan muga semuanye berjalan lancar.insyaALLAH..sebelumnya pule ade lg berite2 perkahwinan yg smpai ke pendengaran aku. kawan2 waktu sekolah. juga kakak2 sepupuku yg sudah pon selamat menjadi isteri orang kini. tahniah utk semua nye yg telah selamat membina masjid dan muga menjadi isteri2 yg solehah, pendamping setia dan pemangkin semangat buat para suami..juga semoga ikatan yg terbina berkekalan hingga akhir nyawa..biar sampai syurga.ameen. :)

bile ckp ttg isu kahwin..mule la sorang2 nk tersenyum simpul. yg dibayangkan semua nye indah2. manis2 belaka. tp sedar kah kita bahawa perkahwinan ini menuntut komitmen yg tinggi drpd kita apabila dua hati diikat dlm keredhaan ILAHI. dengan ikatan yg cukup suci dan halal berlandaskan perhubungan antara suami dan isteri. macam2 onak dan ranjau yg digambarkan olh orang tua2 kita dlm menempuh alam perkahwinan.tp tahukah kita ape kepentingan atau faedah yg digariskan dlm islam ttg perkahwinan ini?..aku bukan pakar nk cerita ttg ni. cume bnyk membaca shj. (ye la kan, dr sekarang kena siapkan diri ngn bekalan ilmu. x kan nk tunggu smpai tangan da dihias inai br nk buka buku perkahwinan kan..hehe..aku exaggerate je.)..ok la, xnk buang masa..jom kite baca artikel ni.


(isi yg disampaikan dlm bntuk santai tp penuh dgn ilmu yg bermanfaat serta ada kupasan isu2 yg berlegar dlm masyarakat kite bile berbicara ttg isu perkahwinan)


disebabkan aku ni belom bnyk ilmu bab ni.maafkan slh silap kalo ade tersalah bicara.ni semua hanya sekadar perkongsian shj.dan membuatkan kita merenung ttg masa hadapan..hari ini kite berseronok, tp masa depan perlu juga untuk difikir2kan..

yesterday was a history, tomorrow is a mystery, today is a gift..therefore, value our time while we can.insyaALLAH.

"ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yg bertaqwa.ameen"
(al-furqan, 25:74)

love is NOT about finding the right person, but creating a right relationship..it is NOT about how much love you have in the beginning but how much love you build till the END.. (.^^)(^^,)


sekian sj utk coretan kali ni. :)

notes:
1. utk artikel 'ku tunggu jandamu' yg dishare ni, aku da mnx izin pd penulis, tp wktu artikel ni aku tules blom dpt approval lg.insyaALLAH.mudah2 an dpt.
2.gmbr cincin ni x de kaetan antara hidup dan mati..hehe..aku da ade sendiri aku punye cincin pemberian insan2 tersayang.syukran ya ALLAH. *wink2*

3.aku dimaklumkan oleh asyu (pengantin br kita) bahawa suami beliau, incik nasaruddin telah selesai menules buku bertajuk , "KENAPAKAH MENIKAH AWAL"..hanya menanti utk diterbitkan katanya.asyu mohon didoakan muga ianya berjaya.insyaALLAH asyu. ;)

KEK BATIK SIMPLE

bahan-bahan ( 1 loyang )

  • 1 packet milo (packet yg plg kecil)
  • 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
  • 1 buku buttercup
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji telur ayam
  • serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
  • 1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)

cara-cara

  1. masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
  2. cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
  3. kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
  4. bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
  5. then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
  6. pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba

(source : myresipi.com)

aku da cuba da resipi ni.sedap.hehe.tp gmbr sblh ni
bukan la gambar kek yg aku buat ye.
tibe2 angin kus2 dtg nk share resipi.terima je la kan.
:)


KERINDUAN


tibe2 hati digamit kerinduan yg amat2 sangat..kepingin mahu jadi tetamu yang Maha Esa ke Makkah..insyaALLAH..muga disahut doa ku ini dan muga diberi peluang dan kesempatan untuk menjadi tetamuNYA di bumi suci itu bersama2 ibu bapa dan keluarga tercinta. ada seorang sister yg skrg ni blaja kat UK, da dianugerahkan peluang menjadi tetamu ke Makkah br2 ini..seronoknya rasa..dan ada siket hembusan angin cemburu yg positif di situ.supaya aku lebih berusaha, bnyk kan kerja, dapat cepat2 ke sana. masa muda pergi kan lebih bagus, ye x?mudah2an..insyaALLAH. ;)

"ya Allah, moga Kau mudahkan urusan ku dan kedua ibu bapa ku serta keluarga jua buat mereka utk turut sama menjadi tetamu Mu di bumi suci Makkah..dan muga dipermudahkan semua urusan ibadah kami jua muga ianya diterima. Lapangkanlah dada kami dan mudahkan jua saat kematiaan kami kelak. Ameen."

:)

BISIK HATI

tiada satu pun yang sempurna atas muka bumi ini..dari sebesar2 gunung, seluas2 lautan, setinggi2 langit hinggalah sekecil2 zarah kuman..begitu juga manusia.aku jua manusia.x pernah lepas daripada kelalaian dan melakukan kesilapan.adakala apa yg aku pandang itu sudah cukup molek, tp sbnrnya blom molek benor.akhirnya terjadilah suatu yang dinamakan penyesalan.tp x boleh nak menyesal, sbb itulah caranya ALLAH mengajar kita utk lebih teliti dan peka dalam memandang kehidupan ini..tiap kali hati rasa berat dan terduga dengan ujian NYA..sering sj ayat2 ni yg akan jadi pendamping setia.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakan dan dia mendapat siksa dari kejahatan yg diperbuatnya."
(al-baqarah: 286)

"Boleh jadi kamu menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(al-baqarah: 216)

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesunggunya bersama kesulitan ada kemudahan."
(al-insyirah: 5&6)


semoga ayat2 ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan2 ku yg buntu. adakala aku sendiri lupa.tp aku ada kawan2 yg mengingatkan aku dengan ayat2 ini.alhamdulillah ya ALLAH dalam tiap kesenangan dan kesusahan ku..mudahkan kehidupan kami semua.ameen. ;)

Sunday, June 14, 2009

JASAD


ada telinga..

kita dengar, dengar mana yang betol dan mana yg salah..

ada mata..
kita lihat, lihat mana yang boleh dan mana yg x boleh..

ada hidung..
kita hidu dan bernafas..tp jangan kita hidu benda yg x boleh dihidu..

ada mulut..
kita bercakap utk kebaikan..x tahu nak cakap ape?kita diam dan istighfar..

ada tangan..
kita buat kerja..kerja yang mendatangkan keredhaan drpdNYA..
jgn kita mencari pekerjaan yg mengundang kemurkaanNYA

ada kaki..
kita berjalan, pergi ke tempat2 yg punya kebesaran ILAHI..usah kita heret kaki ke lembah kehinaan..

ada badan..
kita kasi badan sihat, supaya senang utk beribadah..jgn kita zalim diri sendiri..

ada akal..
kita berfikir ttg alam,ttg hidup..jangan kita dera pemikiran kita..

ada jasad yg sempurna..
kerjakan ia ke arah kebaikan tanda kesyukuran kurniaanNYA pd kita..

kerana setiap satunya akan berbicara di akhirat kelak..wallahualam. :)

Saturday, June 13, 2009

MASANYA TIBA

lemah lembut tutur kata dan jernih pandangan yg acap kali aku terima daripada seorang insan yg sangat aku sayangi dan kagumi dengan ketokohan nya dan aku kira punya karisma yg tersendiri..kata2nya x pernah kasar.penuh madah dan berhemah..semua orang pon senang nak berbicara dengan insan istimewa ni.

hj khalid bin abdul hamid..aku senang panggil beliau sebagai tokwan.tokwan juga seorang bekas guru.kira2 aku sekarang mewarisi darah pendidik dr keturunan mungkin..hehe..moyang aku, abdul hamid pon seorang cikgu juga.umi aku juga cikgu..aku juga bakal cikgu..tp siket tukar..jadi teacher. :D tp, yg istimewa ttg tokwan aku, beliau memberi kan aku satu pandangan tersendiri ttg profession perguruan ni.menjadi cikgu, bukan semata mengajar subjek yg dipertanggungjawabkan.tapi..cikgu perlu MENDIDIK.

good teachers teach,
superior teachers inspire,

great teachers motivate.


dan aku kira tokwan aku adalah seorang great teacher..tokwan punya banyak ilmu dan beliau cintakan ilmu pengetahuan.kalo balik kampung aku x pernah lekang nak baca buku koleksi tokwan.mcm2 genre ada..tebal,nipis..bahasa melayu,bahasa inggeris,tulesan jawi..semua aku baca.ada banyak sangat rak buku dlm umah tokwan aku.umah yg simple tp mendamaikan dan menenangkan.tokwan juga pentingkan ilmu keagamaan..penting kena tahu baca al-quran.aku bukan cucu yg tinggal bersama2 tokwan..tp aku pernah merasa diajar tokwan ttg hukum tajwid petang2 bawah rumah.tokwan x pernah marah.tokwan cakap baek2..tokwan minta ulang semula mana yg salah...aku senang sekali mengaji dengan tokwan (walao kadang2 ada juga kecut hati sbnrnya..huhu..ye la, belajar ngan org tua ni feeling nye laen siket)..lagi satu yg aku ingat smpai sekarang..penggunaan bahasa melayu yg betol..kadang2 aku kata, "gila cantik la"..tokwan.."kakak,apa yg gila nya?kan cantik sahaja"..dan aku pon tersengih2 macam kerang busuk..hehe.."iye tokwan"..dan kadang2 tokwan betolkan bahasa baku aku.."kite",sepatotnya "kita"..lucu kadang2 rasa..tp tu la yg tokwan bentuk diri aku,jadi senang bila setiap kali aku perlu jadi emcee utk majlis, alhamdulillah kurang masalah nya dalam berbahasa baku (maksudnya ada juga kadang2 tersasul)

mengaji al-quran dan qiam..tokwan selalu mengaji..aku masih terbayang2 lagi.petang2 selepas waktu zuhur, sebelum masuk asar..tokwan duduk dekat sofa smbl baca quran..tokwan akan baca semampu daya beliau.tp kadang2 tokwan terlelap..dan aku ngan nakalnya maen acah2 kat tokwan ngan cousins yg laen (nakal kan kami?)..tp kalo tokwan jaga, tokwan x mara..tokwan senyum,pandang dengan kasih sayang..kmudian tokwan sambung semula baca quran sampai masok asar..tokwan bangun dan solat.

pagi2, jam 4 atau 5 (aku mamai2)..selalu dengar da bunyi orang kat bilik mandi.x lama selepas tu, akan dengar alunan bacaan surah2 yg tokwan bacakan mengimamkan qiamulail dengan tok timah (isteri tokwan merangkap nenek aku)..aku sedar kadang2 tu.tp usia mentah sgt,hati rasa cam nak ikot tokwan solat qiam..tp liat nya dan x paham apa penting qiam masa tu.pernah sekali tu, aku keluar bilik dan pura2 lalu depan bilik tokwan nak ke bilik air kononnya..nampak tokwan tengah syahdu khusyuk berdoa..dan tokwan menangis berdoa pd ALLAH..lembutnya hati tokwan.tp da lama aku x dpt dengar suara tokwan.

_______________________________________________________

2008- da lama da aku tahu tokwan ade penyakit kencing manis..(sebab tu senyuman tokwan sangat manis kot. :D )..tp tahun ni, badan tokwan mula susut.dan jadi sangat kurus.nak dibandingkan sebelumnya yg sangat berisi dan sihat.huhu..tp tokwan jaga diri towan elok2..tokwan makan oat..tokwan makan ubat..makan ubat ni, makan ubat tu..tok pon jaga tokwan baek2..

dipendekkan cerita,akhernya waktu aku pulang bercuti semester, umi minta aku bersedia pulang ke kampung.tokwan masok hospital..ok.aku pon bersiap seadanya..kami tiba dekat kampong setelah 2 jam perjalanan..dan teros ke hospital.aku tngk ramai sangat orang menziarah tokwan..dan tokwan hanya senyum..senyum dan senyum..melayan mesra orang yg datang ziarah beliau (gaya macam waktu tengah sihat)..aku nak pergi salam tokwan.tp aku sebak tgk tokwan.aku tgk dr jauh.orang ramai, orang2 tua pula tu..so,aku bagi laluan pada mereka.dan sebelom tamat waktu melawat, aku sempat pergi salam tokwan petang tu.dan tokwan cium pipi aku macam selalu..aku cakap pada tokwan,esok aku akan datang lagi.tokwan angguk..dan pakngah menemani tokwan malam itu.

esok aku datang lagi..masih lagi ramai yg datang menziarah tokwan.aku duduk dekat katil sebelah katil tokwan.dan aku memerhati..tokwan x penat senyum..dan bila masuk waktu solat,tokwan minta utk diwudu' kan sbb tokwan nak solat..owh tokwan,kental sungguh hatimu sentiasa mengingatiNYA x kira masa.tok pon ada dekat situ jaga tokwan.tok suapkan tokwan makanan.tokwan senyum pada tok..mereka romantik dengan cara mereka.dan aku kagum.tokwan sayang pada tok..aku pulang dan esoknya aku datang lagi sebab malam itu aku tunggu tokwan seketika di wad.

malam tu, selepas pakngah mandikan tokwan dan tokwan selesai solat magrib.tokwan bersandar di katil smbl menutup mata.tokwan kata nak rehat..aku tengok tokwan damai.tp aku x banyak cakap..sekadar banyak memerhati..umi ada bersama aku waktu tu.kemaskan barang2 tokwan dan buat apa2 yg patot.smbl tokwan berehat, aku duduk di sofa dan melihat buletin utama..tiba2."akak,kuatkan sedikit suara tv tu.tokwan nak dengar"..aku pandang umi.umi pandang aku..kami kata pada tokwan x boleh,sebab nnt akan ganggu pesaket yg laen dlm wad itu.tokwan angguk dan senyum..owh,tokwan rasa tokwan seperti di rumah.tokwan2..dan tokwan senyum lagi.

kemudian nya,tokwan dibenarkan pulang ke rumah sebab paras gula dalam badan da stabil..sampai depan rumah, tokwan bisik pada tok. "rumah kita nampak laen"..tok diam..kami yg laen gembira sbb nampak tokwan semakin pulih dan semakin ceria.tokwan da makin lalu makan dan nampak semangat sedikit.tp tokwan hanya baring dan duduk atas katil sahaja.dan anak2 uruskan tokwan..aku kadang2 menyebuk juga duduk dekat tokwan.tgk tokwan kena cucuk insulin oleh makcik zah (nurse menyewa umah tokwan kat belakang)..kadang2 aku becok juga tanya itu..tanya ini..al-maklum cita2 doktor x jadi..huhu..dan tokwan senyum..tokwan tekun melayan setiap tetamu yg datang rumah menziarah..

malam itu, masuk waktu maghrib..pakngah wudu'kan tokwan.kemudian aku tahan bahu dan belakang tokwan sementara tokwan solat..tapi..tokwan solat da lebih tiga rakaat.aku pandang pakngah..pakngah kata x apa.tokwan mahu solat..kuat sungguh tokwan.. (org muda sndr blm tentu akan tunaikan solat walaupon br demam)..hati aku x sedap.tp aku senyum juga depan tokwan.aku tolong umi bagi tokwan minum..tokwan minum banyak sangat air..tokwan kata haus.dan aku tolong isikan air zamzam utk tokwan minum..tokwan berpeluh banyak..basah baju tokwan..tokwan nak berehat.aku keluar dr bilik.dan kebetulan pakndak,makndak dan maksu (family umi) dtg ziarah.jadi aku melayan mereka.

dlm jam 10 mlm lbh..aku nmpk riak muka pakngah laen bila keluar dr bilik tokwan..aku selak pintu bilik tokwan aku masok..dan aku tengok muka tok.tok nampak laen..hati aku yg x sedap mula jadi semakin x sedap..dan selepas tu suasana rumah senyap..semua fokus pada tokwan.pakngah dan abuya panggil2 tokwan..sahut nama tokwan..pngl 'ayah'..tapi x ade sahutan..diam..tp tokwan masih ada nafas..kami khuatir tokwan sesak nafas atau barangkali tokwan mungkin jatuh koma.jadi kami telefon ambulans,tp kami minta ambulans jangan bunyikan siren kerana x mahu menggangu jiran2..aku sempat message pd dia, "tokwan nazak, tolong doakan"..dan dia meminta aku bersabar dan kuatkan semangat.aku tahan jiwa dan hati.x lama lepas tu ambulans sampai..

saat doktor tgk tokwan..aku bertapak keluar dr blk dan tgk tokwan dr luar..aku nmpk nafas tokwan lemah.aku nmpak kaki tokwan semakin memucat dan memutih.x mcm selalu..dada tokwan beralun lemah..kemudian, attendant ambulans angkat tokwan masuk ambulans.dan mereka terpaksa bunyikan sirens..umi,abuya dan pakngah semua ke hospital naek kereta..anak2 angkat tokwan (aku x ingat nama) ikot sekali belakang ambulans..aku dan makngah tinggal menjaga tokwan.aku pelok tok..pelok sekemas2 nya..airmata tok bergelinangan.tok pegang pintu saat ambulans keluar dari titi rumah kami.tp tok x cakap apa2..tok diam.tok masuk dan tok dekat sofa dalam bilik tok..aku duduk bawah,pandang pada tok.aku tahu tok gelisah..aku pon gelisah.tp aku x boleh tunjuk lemah depan tok.aku cucu sulung.aku mesti kuat. (masa ni, cucu lelaki yg ada hanya angah- anak ke2 pakngah, yg laen2 x ada sebab belajar)..angah pon da ikot pegi hospital..jadi kami dekat umah sentiasa menanti.dan jiran2 mula telefon umah bertanya kan keadaan.mereka tahu tokwan x sehat.jiran2 senang dengan tokwan sbb tokwan mesra dan baek dengan semua orang.makcik zah dr umah belakang pon ada datang masa ni sama2 menemani tok dan kasi semangat..aku?hati aku waktu tu da x taw nak cite ape..tp aku semaksima mungkin diam.x nanges..selawat banyak2..tokwan pesan selawat banyak2 dan ingat ALLAH selalu.

masa berlalu..da jam lebih 12 malam. (masa ambulans dtg td da jam 11 lbh nak dekat 12)..kami di rumah masih setia menanti..x lama lepas tu telefon rumah bunyi.aku bangun..dengar suara pakngah..pakngah sedu.pakngah tanya "siapa yg ckp ni?kakak ke?"..aku kata ye.pakngah minta aku panggil kan makngah..aku pngl makngah.makngah pegang tangan aku..dan x lama lepas tu makngah smbk teresak2.."x abg,x abg,innalillah"..makin kuat makngah pegang aku.makngah letak tepon.makngah pelok aku..tokwan da selamat kembali kepada penciptaNYA..aku menangis dalam pelukan makngah..betol2 menanges dan sangat2 rasa kehilangan waktu tu..tok..!tok!..aku dengar suara tok dlm bilik.cepat2 aku seka airmata..aku masuk bilik.tok pandang aku.tok bangun dan terus cabut cincin perkahwinan tok dan tokwan, lalu tok terus simpan dalam laci meja solek.tok menanges..tok da hilang kekasih hati..peneman hidup tok selama 52 tahun telah pergi meninggalkan tok selamanya, yg abadi..dan kami hilang seorang tokwan yg sangat kami sayangi..suasana rumah diam.senyap.

pakngah bagitahu, saat tokwan disorong masuk ke unit kecemasan.itulah hembusan nafas terakhir tokwan..dlm ketenangan.dan tiada meronta2 kesakitan.dalam kedamaian..alhamdulillah.tokwan pergi setenang2 nya..tp tetap tokwan telah meninggalkan kami semua.

sebelum ambulans sampai rumah, aku ambil kunci kereta tokwan dalam laci meja solek.aku turun ke halaman bawah.dan aku hidupkan enjin kereta honda putih tokwan..dengan perlahan dan hati2 aku pandu kereta tokwan ke rumah tokwan yg disewa kpd makcik zah di belakang..masa tengah memandu ni 1001 kenangan berputar macam filem kat otak aku..terbayang aku saat aku pandu kereta tokwan ni, dan tokwan senyum melebar, cucu perempuan tokwan bawa tokwan jalan2 naek kereta dalam kampung..owh,indahnya hari itu.dan tokwan ketawa melihat aku memandu..tp itu da menjadi kenangan..dan aku parking kereta tokwan baek2.selepas itu,aku naek semula ke atas rumah dan mendapatkan tok.

x lama selepas itu, ambulans datang semula ke rumah membawa pulang jenazah tokwan yg kami sayangi..sebelum itu, aku dan makngah termasok semua yg ada (pakndak,makndak,maksu,makcik zah) kemas ruang tamu.kami angkat katil tokwan dan letakkan di ruang tamu.jenazah tokwan dibaringkan di atas katil saat akhir sebelum tokwan pergi.dan malam itu, kami membuat persiapan utk urusan pengebumian jenazah tokwan.abuya dan pakngah,berbincang dan menguruskan segalanya..tok memandang suami yg dicintai telah pergi buat selamanya.

kami minta tok baring dan berehat..tok turuti.tp x lama selepas tu,saat jam berdetik 4 pagi,tok bangun dan berjalan ke ruang tamu tempat kami duduk..tok duduk sebelah katil tokwan..dan tok teman jenazah tokwan..ada yg berada di ruang tamu membacakan yaasin..aku pula ligat menghubungi saudara-mara yg aku kenali utk memaklumkan pemergian tokwan.terutama pada adek2 tokwan yg tinggal di kuala lumpur sana.x dapat telefon, aku tinggalkan sms..sempat juga aku tinggal kan sms pd dia.."tokwan da pergi.al-fatihah"..

aku sedar satu perkara lagi ttg tokwan.malam tu,aku menghubungi sanak saudara berpandukan pada buku catatan arwah tokwan..tokwan semasa hayatnya sangat mengambil berat perihal saudara mara..segala nombor telefon dan alamat saudara mara semua tokwan catitkan dlm buku itu.malah, tokwan ada buku yg mencatitkan susur galur keturunan keluarga besar kami..aku semakin kagum dengan tokwan..tokwan mementingkan persaudaraan. (sekarang abuya pegang buku tokwan, dan abuya dalam usaha menyimpan data2 tersebut dalam soft copy supaya dpt dikongsi bersama dengan yg laen.abuya pernah tunjuk kan pada aku carta keluarga itu..jujur,aku pening dan masih mencari ruang carta keluarga kami sebab ahlinya cukup ramai)

esoknya, pagi jumaat. 22 ogos 2008..rumah tokwan mula dibanjiri manusia dari pelosok tempat.(dua orang cucu lelaki tokwan dewasa yg belajar - nazirul dan syafiq juga selamat tiba pagi itu setelah dihubungi pd malamnya dengan selamat utk sama2 menguruskan jenazah tokwan..cuma adek aku yg ke3,syazwan x dpt pulang sbb dia di kedah dan tiada siapa yg mampu utk mengambil dia pulang)..semua nya yg datang kenal tokwan.anak murid tokwan.kawan tokwan.anak angkat tokwan.saudara mara tokwan.teman seperjuangan tokwan..rumah penuh sampai ke bawah.walau pon sebenarnya rumah tokwan da mmg besar..tp tetap masih x cukup nak menampung kedatangan semua yg datang pd pagi itu..masing2 yg datang mengucapkan takziah pada keluarga kami.

saat tokwan dimandikan dan dikapankan..semuanya berjalan lancar dan tenang..semua anak2 dan cucu2 lelaki menguruskan sendiri jenazah tokwan..selembut2nya..sehinggalah saat2 sebelum kapan ditutup dan ahli keluarga diberi penghormatan terakhir utk mencium jenazah..hati aku sebak.sepanjang pagi aku kena jaga tok.aku sentiasa dekat tepi tok..tok senyum dan mengalir air matanya bila ada yg datang dan memeluk serta mengucapkan takziah.tok kata.."xpe,ini ujian kesabaran utk kita semua"..tok tenang dlm kesedihan.

kami semua tengok wajah tokwan buat kali terakhir dan selamanya..selepas ini x boleh tengok da..tokwan tenang.tokwan senyum..kelihatan seperti satu kelegaan di wajah tokwan.ujian tokwan di atas dunia telah tamat..semua yg ada syahdu melihat ketenangan wajah arwah tokwan dlm balutan kain kafannya..seorang demi seorang ahli keluarga cium dahi tokwan.sehinggalah tiba saatnya aku mencium dahi tokwan..suatu tika dahulu,tokwan lah yg akan pegang pipi dan dagu lalu menguncup lembut dahi aku..tapi hari itu,aku pegang dagu tokwan dan aku cium dahi dan kedua-dua belah pipi tokwan..sejuk..aku sebak lagi.aku tahan.

kemudiannya..solat jenazah diadakan di rumah juga..disebabkan orang yg dtng menziarahi terlalu ramai, solat jenazah dilaksanakan sebanyak 3 kali bagi memberi peluang utk semua nya.ada juga orang2 perempuan yg turut sama menjadi makmum solat jenazah utk tokwan..sungguh, tokwan memberi kenangan utk ramai orang..

masanya tiba..van yg membawa jenazah tokwan mula meninggalkan perkarangan rumah perlahan demi perlahan.dan saat itu hujan renyai2 yg penuh ketenangan mulai turun..seperti mengiringi pemergian tokwan..rata2 kaum lelaki yg ada ketika itu semua ikot sama ke kubur untuk mengebumikan..aku masih di rumah.di sisi tok..tok pegang jendela melihat jasad suami tercinta buat kali terakhir pergi buat selamanya.tok genggam erat tiang jendela dengan linangan air mata..separuh hatinya telah pergi.tok redha..tok x bising2,x melalak2,x meraung2..tok juga tenang..mungkin ini didikan tokwan untuk tok.tok pon baek..aku semakin kagum pada tokwan yg memimpin isterinya menjadi seorang yg redha.

dan inilah harinya..JUMAAT, 22 OGOS 2008..tokwan pegi meninggalkan dunia yg fana untuk selamanya..meninggalkan kami di atas dunia ini dengan segala bekalan ilmu yg telah disediakan sebelumnya..semoga ALLAH mencucuri rahmat dan kasih utk tokwan dan menempatkan tokwan kalangan golongan yg beriman dan soleh..ameenn.

sehingga berminggu2 tokwan pergi meninggalkan kami, aku masih x tahu siapa sebenarnya tokwan yg aku kenali..hinggalah makuda menghubungi dan meminta aku membaca artikel ini di internet.. (bukan unsur politik yg cuba aku kongsikan di sini, cuma sekadar berkongsi ketokohan tokwan yg aku kenali)..yg sebenarnya aku x tahu..tokwan sungguh punya ketokohan dan karisma beliau tersendiri dalam perjuangan kehidupannya.

aku sudah x mampu menules panjang..sebak yg ditanggung di dada setiap kali mengingatkan tokwan.ini yang mampu aku kongsikan..belum lg cerita arwah tokwan jamaluddin dan opah ramlah aku lagi..mereka juga insan2 yg istimewa dlm hidup aku..dan mereka pergi meninggalkan kenangan dlm hidup aku..yg abadi..sesungguhnya ya ALLAH..aku bersyukur padamu menganugerahkan insan2 sebaek mereka dalam hidup ku ini..alhamdulillah..ok.utk entry laen aku cerita pula ttg tokwan din dan opah ye..terima kasih kerana sudi membaca. :)







senyuman manis tokwan pergi bersama jasad tokwan di abadikan dlm bumi sana..tapi..kenangan dan ajaran bersama tokwan x akan pernah luput dan akan dikenang sentiasa..al-fatihah.

Friday, June 12, 2009

RIANG RIA HATI CERIA





ade beberapa sebab aku upload video ni :)

1. adek ini sungguh comey. :)
2.
lagu ini bikin hati jadi riang sentiasa.
3.mesej lagu ni bila diteliti, ade unsur yg ingin disampaikan iaitu USAHA, TAWAKAL, YAKIN DIRI. (ni melalui interpretasi aku sendiri)

NEWCASTLE DAN SEORANG LELAKI

09042009 (khamis, 10pm)
usai saje abes bacaan yassin malam tu, kami (aku,ecah dan hani) mengatur langkah ke airport.mlm tu kami rancang tido dekat airport sbb flight ke newcastle esok pagi nye jam 6 pg.takot2 mata x terjaga, lambat n etc..sbb tu kami wat keputusan mcm tu.pas salam2 and kissing2 ngan housemates maka aku pon mengheretkan beg (bersama bekalan makanan yg disediakan oleh housemates kesayangan aku, sangat terharu waktu ni, 1st time org sediakan bekal nak travel..meaning selaen dr umi aku..hehe) dan naek taxi bersama seorang lelaki yg asalnya india..mungkin..pakistan..mungkin..bangladesh..(x taw mana satu, sini driver kebanyakan bangsa asing)..ok.dlm taxi kami mula sembang2 mcm2 isu.ckp berbahasa melayu dan semestinya driver ini x paham.nak sembang ngan dia pon x taw nak sembang ape.hehe..

sampai dekat airport brisbane, kami mula cari2 port nak meletakkan barang dan jasad serta beristirehat sebelum waktu flight tiba.malam ni ramai sangat org.org yg baru turun dr flight atau org yg menunggu kedatangan seseorang..sbb waktu ni easter break selama seminggu.jadi, waktu ni ramai yg amek kesempatan utk blk mengunjungi sanak saudara dan teman taulan.huhu..setahu aku easter break ni mcm ala2 sambutan hari raya kita kat malaysia.bezanya ni ala2 sambutan perayaan tahun baru mereka.kehidupan baru..mmg masa duduk kat airpot ni rasa cam tgh tgk suasana kat puduraya atau jalan duta time raya aidilfitri..anak2 turun flight dptkan parents msng2..pelok2,kissing2 dan tanya khabar..dan aku kat situ menjadi pemerhati setia sambil melayan mood ingat kat kampung.huhu..

masa mula berginjak dari satu jam ke satu jam..dan airport da mula lenggang.ramai yg da balik dan org yg ada kat airport mcm aku dan kawan2 ni, ada yg da tidur smntara tunggu nak depart.kami bertiga pula, duduk bersila (adat kebiasaan orang melayu kita) smbl mulut laju berbicara dari satu isu ke satu isu..itu lah..ini lah..yg itu lahh..yg ini lahh..tapi semuanya insyaALLAH membawa manafaat. :) smbl diselangi gelak ketawa bila teringat dan mengimbau kembali pengalaman2 kami sebelum ni.hehe..dr jauh aku perasan seorang lelaki, berbaju merah berseluar jeans, rambutnya panjang kemas terikat satu seperti tertarik dengan kehadiran dan kekecohan kami (masih dlm keadaan terkawal kecohnya ya) berbicara..juga tertarik dengan kehadiran tiga orang manusia yg berhijab..mungkin. :)

satu tapak..satu tapak..dan akhirnya lelaki ni betol2 da terpacak depan kami..dia mula menyapa.."hi, malaysians?"..kami berpandangan antara satu sama laen.."yes"..dia angguk2 lagi smbl pegang dagu nya.kemudian dia pon mula bersembang2 dan mula membuka topik satu persatu..dan aku alih bahasakan ia kepada bahasa melayu di sini. :)

lelaki : kamu nun?
aku : (muka kebluran)..x,no..kami muslim.(smbl pandang pd hani dan kmudian hani pon mengiakan nya)
lelaki : im sorry..r u nun?
ecah : oww..no, we are not nun.. (lalu ecah pon bgtahu kami maksud lelaki ni, nun, pertubuhan sisters di australia ni..dan kami..oww..tu la, laen kali dgr btoi2..hehe)

lelaki : kenapa kamu pakai hijab ini? (@ tudung)
ecah : sebab tuhan kami suruh.
lelaki : (muka kebluran sungguh)..
aku : sebenarnya ini adalah perintah dalam agama kami.dan utk menjadi seorang pengikut yg baik dan setia terhadap agamanya..kami mesti mengikut perintah yg da disuruh kepada kami.
lelaki: ow...muka puas hati. (dia puas, sbb dia rasa logik)

lelaki : kenapa kamu x pakai purdah mcm org arab?
kami : kami x diwajibkan memakai purdah..ianya adalah optional dan utk masyarakat bangsa arab itu adalah budaya mereka.jd, mereka perlu value adat dan budaya mereka.
lelaki: oww..(mengangguk2 lagi kepala)

lelaki : kenapa kamu pakai tudung warna ni, kenapa kamu semua x hanya pakai tudung warna itam? (smbl menunding jari pada tudung2 kami)
kami : oww..x ada peraturan dlm agama kami utk memakai tudung warna apa pun..kami blh pakai warna apa sahaja kami mahu..pink,biru,kuning,merah,ungu dan etc..cuma yg perlu kami jaga rules pemakaiannya (iaitu tudung itu x jarang dan melabuhkan tudung menutupi dada)
lelaki : mata membulat kekaguman lagi..

lelaki : kamu bersentuhan antara lelaki dan perempuan?
kami : tidak..kami x diizinkan bersentuhan antara lelaki dan perempuan selagi kami belum berkahwin..tapi kami diizinkan untuk bersentuhan dengan kaum sejantina kami.. :)
lelaki : ow..(muka kekaguman)

lelaki : agama kamu mmg menyuruh kamu patuh pada perkahwinan yg diatur? (arranged marriage)
kami : oww..x..sebenarnya kami masih punya hak utk memilih siapa bakal pasangan kami.kami akan diperkenalkan dan tahu serba sedikit latar belakang dan jika berkenan dan sesuai kami akan bersetuju..dan tiada siapa yg paksa..perkahwinan itu dgn redha dan tanpa paksaan atau menyusahkan.
lelaki : (tersenyum)

lelaki : dimanakah kedudukan kamu sbgai wanita apabila sudah berkahwin? (peranan suami dan isteri)
kami : kami sbgai wanita apabila berkahwin, mengangkat martabat seorang suami, lelaki..(dan kami ibaratkan pd lelaki ini ttg konsep raja dan permaisuri)..lelaki dan wanita dlm institusi perkahwinan saling menghormati dan tahu tanggungjawab masing2.

lelaki : jadi, kaum wanita x dikasari dan didera dlm islam?
kami : x..kami x dikasari dan x didera.kami punya panduan dlm mendidik wanita..dgn teguran yg hikmah dan akhernya barulah pukulan (dan hanya pd tmpt2 tertentu serta x berniat utk mencederakan)
lelaki : muka lagi terserlah kekaguman..

lelaki : sy sungguh kagum dengan agamu islam kamu. (smbl tertunduk) sy sendiri walaupun seorang penganut kristian, tp sy x mengamalkan dan sy x tahu bnyk ttg kristian..tapi sy benar2 kagum..im impressed wif islam. (mukanya bersungguh2)

banyak lagi yg kami bualkan dgn lelaki yg sungguh terserlah kekaguman dan bnyk pengetahuan yg diinginkan ttg islam.antaranya persoalan kadar penceraian abad ini..dia x setuju dan x suka melihat kan pasangan berkahwin slng bersilih tukar pasangan..x suka tukar,mcm tukar baju..dan akhernya yg akn jadi mangsa adalah anak2.dan sbb itu kata dia..dia x kahwin lagi. (mungkin dia belum tahu dan faham lagi nikmat perkahwinan..wallahualam)

kami juga berbicara ttg anak remaja zaman sekarang..dia tanya kami.."do u smoke?do u take drugs?"...fuyyoo..terbuntang sbntar mata aku..dan dengan tenang kami kata.. "x..kami x ambil semua itu, kerana dlm agama kami, kami x dibenarkan utk menzalimi diri sendiri dengan sesuatu yg blh membawa kepada kebinasaan kami.bila hisap rokok, peluang cerah utk dpt kanser paru2..isap dadah,nikmat sbntar pd dunia,tp kemudian ia boleh membawa kepada kehancuran dan akhirnya kematian."...dia tersenyum bersetuju dengan kenyataan kami.

berbual lagi ttg diri dia.dia sekarang bekerja di brisbane dan keluarganya juga menetap di sini.cuma sebagai lelaki yg da matang dia hidup berdikari (4o tahun dan masih bujang)..dia mengamalkan gaya hidup sehat..dan pengalaman plng lucu..bile tanya nama dia ape..die kate name die _ _ _ _ _ next door..aku.."maaf, ape?".... _ _ _ _ _ next door...(waa..sungguh unik nama die)..dan aku ulang2 sebut nama die smpai dpt.dia pon tekun mengajar sebutan yg btol.silapnya dia x tanya nama kami dan kami pon x bgtahu..kalo x blh tergeliat agaknya lidah dia.hehe.. ( ni hnya smpngan shj) ;p

akhirnya kawan yg dia nntkan pon tiba.dan dia minta izin utk pergi dahulu..sebelum pergi dia sempat berpesan macam2 pd kami.. (lagaknya umpama seorang bapa menasihati tiga org anak perempuannya)..huhu..hati2..hati2..dan hati..dan bla bla bla.. :D pergi je lelaki ni dr tempat kami.
kami berpandangan antara satu sama laen..muka sorang2 semua kagum.kagum dengan lelaki ini.dan kagum dengan pengalaman ini. :)

sesungguhnya lelaki ini punya fikrah seorang manusia yg baek.dan semoga dengan izinNYA jua agar ALLAH membuka kan pintu hatinya dan melorongkan dia supaya lebih mengenali islam selepas ini..ameenn. (mari kita amin kan beramai2)..

dan kepada kami pula, pengalaman ini mmg istimewa..dan kami bermuhasabah..mengendali kan seorang yg bukan muslim harus mengguna logik akal..x boleh nak bagitahu ttg konsep ketuhanan (boleh diselit2, tp hijabnya mungkin tertutup siket utk btol2 faham)..logik akal akan wat dia terpikir..dan setuju..dan kami puas hati dengan jawapan2 yg da kami berikan dan izinNYA jua yg akan memberi pemahaman kepada lelaki ini.

selepas itu, aku pon buka bekal yg disediakan olh housemates ku..huhu..dan satu lg kejutan istimewa selepas lelaki ini..mereka menyediakan bekal ini dengan sungguh istimewa.. (mcm dlm gmbr ni)..mmg aku terkejut dan makan sambil tersenyum2..sayang pd sahabat2 anugerah ilahi ini.moga ALLAH melindungi dan merahmati sahabat ku semua. :)


x lama selepas makan dan sembang2 dan jalan2 di situ..sorang demi sorang mula terlentok pd sesama bahu dan kami mula tidur sblm bangun utk meneruskan perjalanan ke newcastle pd pagi esoknya.tidur dlm senyum yg meleret x sudah. *wink2* :)

SUATU PAGI

pada suatu pagi, dgn suhu nya mencecah 7 celcius..aku menghadap laptop.tekan2 mouse dan papan laptop ni.dr satu blog ke satu blog aku baca.dr satu suratkhabar ke satu surat khabar yg laen aku baca.smpai akhernya aku baca blog diri sendiri.hehe..rasanya jauh langit dan bumi pengisian yg aku share kat sini..(sy budak br belajar)..

pada suatu pagi ini, aku teringat kan kenangan aku kat autumn gathering di newcastle bulan 4 dl.tu first pengalaman aku..travel interstate,travel mencari ilmu,travel yg menemukan aku ngan kawan2 br yg best2, dan akhernya travel aku yg membuka mata pada isu palestin.seriously, bnyk sgt yg aku x taw,yg aku dpt taw bila dtg sini.alhamdulillah ya ALLAH,memberikan aku peluang utk lbh mencintai saudara seiman ku di bumi ini.dan juga yg penting pada suatu pagi itu..aku dihadiahkan ukhuwah yg sgt best. :) nak diceritakan sorang2 kat sini smpai abes elektrik pon x akan abes.huhu..insyaALLAH ade mase aku akan wat entry ttg pngalaman mnarek aku dlm autumn gath ni..antara nya pengalaman deal ngn org non muslim ttg islam kat airport.subhanaallah.mmg menarik.nnt aku coretkan ya. :)

pada suatu pagi, aku teringat pd teman2.yg aku kenal dr kecik, da setengah besar dan bila da besar ni.hehe..mcm2 ragam,mcm2 keletah,mcm2 perangai..tp mereka rakan aku.aku sayang kawan2 aku.kawan diibarat seperti cerminan pd diri kita.kan?kawan2 yg bg kita sokongan, motivasi.kawan2 yg kita cari bila nak maen,kawan2 yg kita cari bila perlukan bahu utk menumpang buang air mata. ;p dan aku seronok dan bersyukur ada kawan2 yg dr pelbagai latarbelakang.ada yg gila2,alim sungguh2 (ni kalo setiap kali jumpa,hati asek terasa mcm kena basuh ngan klorox je..insaf)..separa betoi (ada time normal..hehe)..garang, kawan makan kawan pon ada.tp itu personaliti msg2..dan aku blh katakan aku bahagia.berkawan dgn mereka semua. :)

pada suatu pagi, aku berfikir..aku bakal menjadi pendidik.sudah sediakah aku?..memesong betol daripada cita2 yg aku aim sejak sekolah menengah dl.bila nak ceritakan semula, mmg panjang rasanya kenapa akhernya aku leh terjebak dlm bidang pendidikan ni.dl nak jadi dentist..bila da dapat offer, lepaskan begitu je..insyaALLAH ada yg terhikmah disebaliknya.dan jujurnya mmg hikmah2 itu da mula tersingkap satu persatu sekarang.dan aku semakin mencintai perguruan.aku ingat lagi, pengalaman pegi gathering, ade seorang sister ni nakal siket..suka nyakat2 aku.kata dia,aku mcm seorang cikgu..cara cakap,dan cara membawa diri.hehe..adakah?nak dijadikan cerita sepanjang program tu semua orang panggil aku 'cikgu'..sampai ada yg x tahu nama sebenar aku.hehe..btol la,pg tu aku sedar tugas seorang guru bukan nya ringan..guru menjadi role model dalam masyarakat.belum dpt surat sah perlantikan jawatan,orang da mula menilai keperibadian guru.berat tanggungjawab aku ini.

pada suatu pagi, aku termenung.banyak lagi kerja aku atas dunia yg x selesai. sedangkan kematian itu adalah pasti dan x akan menunggu kita.suatu pagi ini, aku baca blog seorang sahabat ttg pemergian seorang insan.berjujuran air mata aku baca, sbb perginya insan ini dlm iman.masyaALLAH..ada sedikit kejelesan di situ.semoga kita jua berpeluang terpilih utk pergi dlm keadaan yg mulia spt itu.nak tahu cerita lanjut.blh baca entry ini dan juga yang ini, dan ini..sungguh aku x kenal siapa dia.tp pemergian dia macam terkesan sangat.sebab dia saudara seiman aku.

suatu pagi ini,aku mula mengorak,mengatur langkah dan strategi..masa x harus dipersiakan lagi.segala bentuk usaha dan medium yg ada utk memperbaiki diri perlu dijelajahi dan dipelosori.semoga DIA sentiasa mengizinkan aku menjadi penghuni syurga firdausiNYA..moga kalian jua begitu.insyaALLAH...aku sambung lg entry ni suatu hari nnt.mungkin pada suatu malam pula. :D jaga diri dan jaga iman selalu.

Thursday, June 11, 2009

BRISBANE, AUSTRALIA.

(taken from my frenster blog..date: 16022009)

assalamualaikum dan salam dr australia utk sume..

da lame rasenye aku x tules pe2 dkt sini.terlalu sibuk dgn persediaan nak ‘berhijrah’ ke negara org.insyaALLAH..mg ALLAH mempermudahkan segala urusan aku dan kami di bumi asing ni.huhu

rasenye utk coretan kali ni aku x da bnyk benda nak tules..cuma satu benda yg aku rasa setibanya aku dekat australia ni adalah betapa berharga dan bernilainya nikmat islam dan iman yg ada dlm diri kita..setiap khalifah di atas muka bumi ini..alhamdulillah..

dekat sini..aku rasakan tempiasan dan cabaran yg kuat dalam menjaga islam dan iman..mmg tempat br..suasana baru..budaya baru..bisa saja membuatkan manusia tambah2 lagi org muda mcm kita hanyut..lupa sudah pada apa yg x patot dilupakan..subhanaallah..semoga kita semua tergolong dalam kalangan hambaNYA yg sentiasa diteguhkan hati dan iman kepadaNYA shj.ameen..

sejujurnya aku rasa kat sini..apa yg aku belajar dulu ttg refleksi diri atau muhasabah diri ni sgt2 penting.adakalanya apabila kita berjalan,kita rasakan jalan yg kita telusuri itu adalah sebenar2 jalan yg bisa membawa kejayaan kepada kita tetapi…hakikatnya..itulah jalan yg bisa menjahanamkan kita pada masa akan datang.nauzubillah..semoga andai ada waktunya kita ini tersungkur,jangan sesekali mengalah!!bangunlah kembali dan carilah jalanNYA yg diredhai..satu lg pengajaran yg mungkin boleh aku nak share dekat sini..sesungguhnye mmg kita ni bukan manusia sempurna..sentiasa melakukan kecelakaan dan kebinasaan..dosa..maka bertaubatlah kita..dan ALLAH itu Maha Pengampun..DIA menerima ampunan hamba2NYA yg benar2 mahukan jalan cahaya nur itu…jgn pernah sekali terus tersungkur dan x bangun lg.jgn jadi kan diri kita sbgai org2 yg rugi..manfaatkan sepenuhnya masa yg kita punya di atas muka bumi ini..insyaALLAH ingatan utk aku juga.tmbh2 lg dekat bumi asing ni.

sesungguhnya aku sgt2 bersyukur diberikan peluang berada kat sini.aku dapat melihat dunia yg baru.namun tetap aku rasakan dunia yg terasnya adalah islam adalah dunia yg penuh dgn ketenangan dan kedamaian..insyaALLAH.jika kamu juga merasakan nya..aku bersyukur juga punya keluarga yg sentiasa memberikan dorongan dan mengingatkan aku dgn nasihat..alhamdulillah..juga syukur kerana punya teman2 di sini yg sama2 berjalan membantu antara satu sama lain..dan teramat bersyukur punya dirimu yg istimewa..sentiasa mendampingi ku tiap masa..alhamdulillah.syukur ku pd ALLAH atas nikmat anugerah ini. :)



ada bnyk lagi yg aku nak coretkan kat sini.tp mungkin lain kali.insyaALLAH.huhu..akhir kalam doakan perjuangan aku di sini.moga aku dan kita semua terus istiqomah dgn tali peganganNYA..doakan kejayaan ku nnt.take care..jaga MALAYSIA molek2 deh..w’slm.

IBU DAN AYAH

ibu dan ayah..aku x pngl ibu dan ayah..aku pngl umi dan abuya.semua org pelik bile dengar abuya.. "abuya?".."abuya?".."eh abuya?"..hehe..iye abuya.abuya lah bapa ku..dan umi adalah ibu ku.aku x taw kenapa aku tules entry ni.mungkin sbb rase rindu di hati yg terlalu berat dan sarat dan da x tertanggung lagi agaknya pada kedua ibu bapa yg aku sayangi.

umi dan abuya..dua insan yg membawa aku ke 'dunia'..dua insan yg banyak 'mencorakkan' kehidupan aku atas dunia.dua insan yg bnyak membuka mata ku merenung alam..mereka insan yg tidak banyak berkata2..tp cukup dengan sepatah dua kata..membuatkan aku terkedu diam dan berfikir merenung alam. :)

umi adalah insan yg sgt istimewa..terlalu istimewa dlm hidup aku.x mungkin dpt di ganti olh sesiapa pon.walau dengan apa pun.ramai yg kate kami seiras..kdg2 ade yg kate mcm kakak dan adik (dan umi kegembiraan sbb itu bukti umi awet muda..hehe..umi sy mmg comel)..umi insan yg tabah..dan ketabahan umi bnyk mengajar aku.utk terus hidup..kadang2 aku berharap aku dpt jadi setabah umi dan lebih tabah lg dlm hidup ini.umi insan yg kuat semangat..walau diuji, umi x pernah mengalah..umi sabar..umi tekun..umi penyayang..aku tahu..setiap kata2 yg umi berikan, walau umi x kata "umi ckp ni sbb umi syg akak"..tp jauh dlm sudut hati umi, umi sgt syg pd ank tunggal perempuan nye ni.sbb tu umi sntiasa mahu aku waspada dgn kehidupan.dan satu lg umi pesan, biar kita ni miskin harta, tp jgn kita miskin ilmu..sbb ilmu harta plng berharga dlm dunia.yg mengangkat seseorang manusia.umi x pernah penat mendidik aku.segala mcm kata dan tips kehidupan disampaikan..dan plng best bila umi kasi petua anak dara..hehe..walau pon kdg2 aku cm ego x nk dgr, tp sbnr nya sgt2 berterima kasih dgn stiap kata2 umi.yg mana br terkesan dlm hidup aku bila da menginjak usia ni. :p

abuya..ayah aku.insan yg x bnyk berkata.cukup dengan diam dan lirikan mata membuatkan kami adek beradek faham seribu bahasa. :) abuya punya cara tersendiri mendidik anak2..abuya x pernah kata.. "jangan".."buat ni".."buat tu"...seingat aku x.cara abuya halus.dan membuatkan anak2 berfikir kenapa dan mengapa.. (ya, CCTS diperlukan dlm teknik pendidikan abuya..hehe..walaupon kdg2 aku x berfikir kritikal pon)..tp one thing yg aku blh ckp, aku berterima kasih pd abuya sbb mendidik aku dgn cara ni.sbb mungkin smpai bila2 aku x akan fikir dan x akan cari kenapa wajib aku pakai tudung, kenapa aku kena cakap berhemah dan sopan dgn org yg lebih tua dr aku, kenapa aku kena pastikan dapur dan rumah sentiasa, kenapa aku kena bantu umi menguruskan adek2..dan seribu satu lagi kisah.aku jarang punya kesempatan utk bersembang2 dgn abuya. mungkin sbb faktor tuntutan masa kerja abuya.tp aku tahu abuya syg aku.dan adek2..dan aku syg abuya.aku x pandai meluahkan kata2 syg, tp kejayaan dan membuatkan abuya bangga dengan anak perempuan abuya ni adalah bukti syg kami.selain menjadi org berguna.insyaALLAH (aku taw abuya pernah kecewa bila aku tolak satu offer dl, tp aku bersyukur sbb abuya sbnarnya sgt gembira bila aku terima offer smbng belajar ke aussie dan akan jd seorang guru..hehe..sbb susur galur kami berketerunan pendidik,dr moyang lg..walaupon abuya bukan seorang cikgu) :)

aku da x taw nak tules ape.nak mengungkap kan kasih syg pada kedua ibu bapa.setiap anak punya cara tersendiri melahirkan rasa sayang mereka.dan ini cara aku.meski tanpa kata2..tp aku dan mereka tahu, kami slng sayang menyayangi.terima kasih umi dan abuya ats segala perngorbanan dan kehidupan yg diberikan ini.akak gembira menjadi anak incik fakhruddin dan puan faridah. :)


p/s:umi abuya,akak akan usaha kumpul uang mahu pulang malaysia ini hujung tahun.akak mahu usaha sendiri.nnt kita pergi jalan2 ya.rindu sgt..last jumpa face-to-face was 10th february 2009 dkt klia.semoga ALLAH sntiasa merahmati kehidupan umi dan abuya.ameen..