Friday, June 12, 2009

NEWCASTLE DAN SEORANG LELAKI

09042009 (khamis, 10pm)
usai saje abes bacaan yassin malam tu, kami (aku,ecah dan hani) mengatur langkah ke airport.mlm tu kami rancang tido dekat airport sbb flight ke newcastle esok pagi nye jam 6 pg.takot2 mata x terjaga, lambat n etc..sbb tu kami wat keputusan mcm tu.pas salam2 and kissing2 ngan housemates maka aku pon mengheretkan beg (bersama bekalan makanan yg disediakan oleh housemates kesayangan aku, sangat terharu waktu ni, 1st time org sediakan bekal nak travel..meaning selaen dr umi aku..hehe) dan naek taxi bersama seorang lelaki yg asalnya india..mungkin..pakistan..mungkin..bangladesh..(x taw mana satu, sini driver kebanyakan bangsa asing)..ok.dlm taxi kami mula sembang2 mcm2 isu.ckp berbahasa melayu dan semestinya driver ini x paham.nak sembang ngan dia pon x taw nak sembang ape.hehe..

sampai dekat airport brisbane, kami mula cari2 port nak meletakkan barang dan jasad serta beristirehat sebelum waktu flight tiba.malam ni ramai sangat org.org yg baru turun dr flight atau org yg menunggu kedatangan seseorang..sbb waktu ni easter break selama seminggu.jadi, waktu ni ramai yg amek kesempatan utk blk mengunjungi sanak saudara dan teman taulan.huhu..setahu aku easter break ni mcm ala2 sambutan hari raya kita kat malaysia.bezanya ni ala2 sambutan perayaan tahun baru mereka.kehidupan baru..mmg masa duduk kat airpot ni rasa cam tgh tgk suasana kat puduraya atau jalan duta time raya aidilfitri..anak2 turun flight dptkan parents msng2..pelok2,kissing2 dan tanya khabar..dan aku kat situ menjadi pemerhati setia sambil melayan mood ingat kat kampung.huhu..

masa mula berginjak dari satu jam ke satu jam..dan airport da mula lenggang.ramai yg da balik dan org yg ada kat airport mcm aku dan kawan2 ni, ada yg da tidur smntara tunggu nak depart.kami bertiga pula, duduk bersila (adat kebiasaan orang melayu kita) smbl mulut laju berbicara dari satu isu ke satu isu..itu lah..ini lah..yg itu lahh..yg ini lahh..tapi semuanya insyaALLAH membawa manafaat. :) smbl diselangi gelak ketawa bila teringat dan mengimbau kembali pengalaman2 kami sebelum ni.hehe..dr jauh aku perasan seorang lelaki, berbaju merah berseluar jeans, rambutnya panjang kemas terikat satu seperti tertarik dengan kehadiran dan kekecohan kami (masih dlm keadaan terkawal kecohnya ya) berbicara..juga tertarik dengan kehadiran tiga orang manusia yg berhijab..mungkin. :)

satu tapak..satu tapak..dan akhirnya lelaki ni betol2 da terpacak depan kami..dia mula menyapa.."hi, malaysians?"..kami berpandangan antara satu sama laen.."yes"..dia angguk2 lagi smbl pegang dagu nya.kemudian dia pon mula bersembang2 dan mula membuka topik satu persatu..dan aku alih bahasakan ia kepada bahasa melayu di sini. :)

lelaki : kamu nun?
aku : (muka kebluran)..x,no..kami muslim.(smbl pandang pd hani dan kmudian hani pon mengiakan nya)
lelaki : im sorry..r u nun?
ecah : oww..no, we are not nun.. (lalu ecah pon bgtahu kami maksud lelaki ni, nun, pertubuhan sisters di australia ni..dan kami..oww..tu la, laen kali dgr btoi2..hehe)

lelaki : kenapa kamu pakai hijab ini? (@ tudung)
ecah : sebab tuhan kami suruh.
lelaki : (muka kebluran sungguh)..
aku : sebenarnya ini adalah perintah dalam agama kami.dan utk menjadi seorang pengikut yg baik dan setia terhadap agamanya..kami mesti mengikut perintah yg da disuruh kepada kami.
lelaki: ow...muka puas hati. (dia puas, sbb dia rasa logik)

lelaki : kenapa kamu x pakai purdah mcm org arab?
kami : kami x diwajibkan memakai purdah..ianya adalah optional dan utk masyarakat bangsa arab itu adalah budaya mereka.jd, mereka perlu value adat dan budaya mereka.
lelaki: oww..(mengangguk2 lagi kepala)

lelaki : kenapa kamu pakai tudung warna ni, kenapa kamu semua x hanya pakai tudung warna itam? (smbl menunding jari pada tudung2 kami)
kami : oww..x ada peraturan dlm agama kami utk memakai tudung warna apa pun..kami blh pakai warna apa sahaja kami mahu..pink,biru,kuning,merah,ungu dan etc..cuma yg perlu kami jaga rules pemakaiannya (iaitu tudung itu x jarang dan melabuhkan tudung menutupi dada)
lelaki : mata membulat kekaguman lagi..

lelaki : kamu bersentuhan antara lelaki dan perempuan?
kami : tidak..kami x diizinkan bersentuhan antara lelaki dan perempuan selagi kami belum berkahwin..tapi kami diizinkan untuk bersentuhan dengan kaum sejantina kami.. :)
lelaki : ow..(muka kekaguman)

lelaki : agama kamu mmg menyuruh kamu patuh pada perkahwinan yg diatur? (arranged marriage)
kami : oww..x..sebenarnya kami masih punya hak utk memilih siapa bakal pasangan kami.kami akan diperkenalkan dan tahu serba sedikit latar belakang dan jika berkenan dan sesuai kami akan bersetuju..dan tiada siapa yg paksa..perkahwinan itu dgn redha dan tanpa paksaan atau menyusahkan.
lelaki : (tersenyum)

lelaki : dimanakah kedudukan kamu sbgai wanita apabila sudah berkahwin? (peranan suami dan isteri)
kami : kami sbgai wanita apabila berkahwin, mengangkat martabat seorang suami, lelaki..(dan kami ibaratkan pd lelaki ini ttg konsep raja dan permaisuri)..lelaki dan wanita dlm institusi perkahwinan saling menghormati dan tahu tanggungjawab masing2.

lelaki : jadi, kaum wanita x dikasari dan didera dlm islam?
kami : x..kami x dikasari dan x didera.kami punya panduan dlm mendidik wanita..dgn teguran yg hikmah dan akhernya barulah pukulan (dan hanya pd tmpt2 tertentu serta x berniat utk mencederakan)
lelaki : muka lagi terserlah kekaguman..

lelaki : sy sungguh kagum dengan agamu islam kamu. (smbl tertunduk) sy sendiri walaupun seorang penganut kristian, tp sy x mengamalkan dan sy x tahu bnyk ttg kristian..tapi sy benar2 kagum..im impressed wif islam. (mukanya bersungguh2)

banyak lagi yg kami bualkan dgn lelaki yg sungguh terserlah kekaguman dan bnyk pengetahuan yg diinginkan ttg islam.antaranya persoalan kadar penceraian abad ini..dia x setuju dan x suka melihat kan pasangan berkahwin slng bersilih tukar pasangan..x suka tukar,mcm tukar baju..dan akhernya yg akn jadi mangsa adalah anak2.dan sbb itu kata dia..dia x kahwin lagi. (mungkin dia belum tahu dan faham lagi nikmat perkahwinan..wallahualam)

kami juga berbicara ttg anak remaja zaman sekarang..dia tanya kami.."do u smoke?do u take drugs?"...fuyyoo..terbuntang sbntar mata aku..dan dengan tenang kami kata.. "x..kami x ambil semua itu, kerana dlm agama kami, kami x dibenarkan utk menzalimi diri sendiri dengan sesuatu yg blh membawa kepada kebinasaan kami.bila hisap rokok, peluang cerah utk dpt kanser paru2..isap dadah,nikmat sbntar pd dunia,tp kemudian ia boleh membawa kepada kehancuran dan akhirnya kematian."...dia tersenyum bersetuju dengan kenyataan kami.

berbual lagi ttg diri dia.dia sekarang bekerja di brisbane dan keluarganya juga menetap di sini.cuma sebagai lelaki yg da matang dia hidup berdikari (4o tahun dan masih bujang)..dia mengamalkan gaya hidup sehat..dan pengalaman plng lucu..bile tanya nama dia ape..die kate name die _ _ _ _ _ next door..aku.."maaf, ape?".... _ _ _ _ _ next door...(waa..sungguh unik nama die)..dan aku ulang2 sebut nama die smpai dpt.dia pon tekun mengajar sebutan yg btol.silapnya dia x tanya nama kami dan kami pon x bgtahu..kalo x blh tergeliat agaknya lidah dia.hehe.. ( ni hnya smpngan shj) ;p

akhirnya kawan yg dia nntkan pon tiba.dan dia minta izin utk pergi dahulu..sebelum pergi dia sempat berpesan macam2 pd kami.. (lagaknya umpama seorang bapa menasihati tiga org anak perempuannya)..huhu..hati2..hati2..dan hati..dan bla bla bla.. :D pergi je lelaki ni dr tempat kami.
kami berpandangan antara satu sama laen..muka sorang2 semua kagum.kagum dengan lelaki ini.dan kagum dengan pengalaman ini. :)

sesungguhnya lelaki ini punya fikrah seorang manusia yg baek.dan semoga dengan izinNYA jua agar ALLAH membuka kan pintu hatinya dan melorongkan dia supaya lebih mengenali islam selepas ini..ameenn. (mari kita amin kan beramai2)..

dan kepada kami pula, pengalaman ini mmg istimewa..dan kami bermuhasabah..mengendali kan seorang yg bukan muslim harus mengguna logik akal..x boleh nak bagitahu ttg konsep ketuhanan (boleh diselit2, tp hijabnya mungkin tertutup siket utk btol2 faham)..logik akal akan wat dia terpikir..dan setuju..dan kami puas hati dengan jawapan2 yg da kami berikan dan izinNYA jua yg akan memberi pemahaman kepada lelaki ini.

selepas itu, aku pon buka bekal yg disediakan olh housemates ku..huhu..dan satu lg kejutan istimewa selepas lelaki ini..mereka menyediakan bekal ini dengan sungguh istimewa.. (mcm dlm gmbr ni)..mmg aku terkejut dan makan sambil tersenyum2..sayang pd sahabat2 anugerah ilahi ini.moga ALLAH melindungi dan merahmati sahabat ku semua. :)


x lama selepas makan dan sembang2 dan jalan2 di situ..sorang demi sorang mula terlentok pd sesama bahu dan kami mula tidur sblm bangun utk meneruskan perjalanan ke newcastle pd pagi esoknya.tidur dlm senyum yg meleret x sudah. *wink2* :)

No comments: