Tuesday, August 16, 2011

-

izinkan aku untuk meluah rasa pada yang bisu dan setia

tidak kepingin aku dalam suasana tidak membina
tidak kepingin aku dalam suasana tertutup mindanya
tidak kepingin aku dalam suasana lemah tak bermaya

penat
tahu?

nanti dulu
itu bukan aku

bisa saja aku berlalu pergi
bisa saja aku memencilkan diri
bisa saja aku memalingkan hati

semua bisa terjadi jika aku mahu

nanti dulu
itu bukan aku

kerana Dia tidak izinkan
kerana Dia tidak sukakan
kerana Dia tidak gemarkan

hidup perlu visi
hidup perlu misi
hidup perlu berisi

destinasi akhir aku pasti
moga kamu juga pasti

lemah itu memang aku
kerana aku manusia

tapi tidak selamanya aku ingin lemah

tidak selamanya aku ingin dalam suasana ini
tidak selamanya aku ingin dalam perasaan ini
tidak selamanya aku ingin terperuknya jiwa ini

aku tahu sayang Tuhan bersama
maka untuk itu aku kesatkan genangan di mata
maka untuk itu aku bingkas untuk bangun berwaja
maka untuk itu aku mula atur kembali perjalanan bertenaga

kerana di sana nantinya
suatu yang aku damba
doakan!

juga untuk kamu

terima kasih buat yang bisu dan setia
kini aku pergi seketika
kembali nanti mestinya

No comments: