Sunday, August 14, 2011

HAMPIR KE JUBLI PERAK

Hari yang dilalui sama saja. Mungkin dek fokus yang tak berbelah bahagi kononya (kononnya lah) dengan kerja yang menimbun tertimbun bertimbun.

Dek kerja bertimbun terlupa tarikh. Boleh jadikan alasan? Tiba-tiba ada kawan ingatkan esoknya hari lahir tuan badan tapi boleh juga lupa sebab tidur (Ok, this is a ritual I guess for those who are staying in the hostel to have such celebration - minimal of cutting a cake at least). Bangun tengah pagi dengan berturutan SMS diterima

dan SMS PERTAMA adalah daripada Umi Ratu Hati Ku!!!!! Woah, touching. Umi was not sleeping and she was actually sms-ing at 12 am! Thank you Ummi if you are reading this which I doubt you won't. ;)

Terima kasih Umi berperang dan berkorban nyawa melahirkan anak mu. Nak jadi anak yang solehah. Doakan Umi. :)

Dan pagi semalam, breakfast (read : SAHUR la people) adalah kek coklat Secret Recipe. Mashaallah! Rezeki di pagi hari.

Timbunan doa diterima. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Timbunan nasihat diberikan. Alhamdulillah Alhamdulillah.
Timbunan peringatan dikongsikan. Alhamdulillah Alhamdulillah.

Pada usia yang hampir menjangkau ke angka Jubli Perak (ehem, belum lagi ye tuan puan), Alhamdulillah kesyukuran di panjatkan pada yang Maha Memberi, Maha Mengasihi. Peluang untuk taubat masih terbuka. Namun belum pasti entah kan sampai esok akan tiba.

Moga makin hari makin matang dengan iman dan berkembang dengan taqwa. Ameen.

Perkongsian kali ini, tak kira berapa jumlah angka usia anda, terus terus teruskanlah memohon kedua orang tua anda mendoakan anda, kerana doa mereka terutama ibu, sangat makbul Inshaallah. yakin!

Maka manakah lagi nikmat TuhanMu ingin kau dustakan? (ar-Rahman)
Tiada lagi kerana nikmatMu terlalu luas ya Allah hingga terasa lemas aku dalamnya dan moga dijauhkan diri ini daripada kufur nikmat. Nauzubillah.

Strengthen your faith and Iman people~!

(.^___^.)

No comments: