Sunday, August 28, 2011

JOM SEMAK =)

apa khabar akhir Ramadhan?
yang sudah tersangat akhir.

=(

=)

kali ni nak share
hasil sembang pagi
dan lebih kepada Q&A session

READY?
Let's begin now.

Ok, ada berapa juzuk dalam al-Quran?
30!
good Alhamdulillah.

Next, ada berapa surah pula dalam al-Quran?
114!
well done Alhamdulillah.

Now, ada berapa kalimah basmallah di permulaan
surah-surah dalam al-Quran?
Bismillahirrahmanirrahim?
Yes. Yang dibaca sebelum memulakan bacaan surah-surah.
114 of course!
Ahaa~ Anda pasti? Perlu talian hayat?
Ya!

Tetttt.. Nope!
That's not the answer we are looking for.

Then?

The answer is ada 113 surah yang dimulakan dengan kalimah basmallah.

Eh?

Tak percaya?

Ok, cuba buka al-Quran, surah ke-9. Surah at-Taubah.
Cuba tengok, ada tak dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim?

Eh, takde. Kenapa ye?

Haa.. sebab surah ni diturunkan dalam keadaan Allah yang tersangat sangat murka. Murka kepada siapa? Kepada orang-orang Munafik! Surah ini tidak dimulakan dengan sifat Rahman dan Rahim Allah sebaliknya dituju keras kepada mereka-mereka ini tanda kemurkaanNya. Dan dalam surah ni diceritakan tentang Ka'ab bin Malik dan dua orang lagi ahli Badar yang mendapat kemurkaan Allah kerana tidak turut serta dalam perang pada masa itu, sehingga mereka dipulaukan sampailah taubat mereka diterima semula. Nak tahu lebih lanjut? Sila buat homework untuk tadabbur surah ini ye? =)


Owwhh.. OK!

Ok, last soalan.
Makanya ada 113 surah yang dimulakan
dengan kalimah basmallah kan?
Jadi sekarang ada berapa sebenarnya kalimah basmallah dalam al-Quran ni?

113 la!

Pasti?

Pasti la. Inshaallah

Teeettt.. Salah. Maaf. Mahu talian hayat?

Eh, salah lagi? Dah tu berapa?

Jawapannya.
dalam al-Quran tetap ada 114 kalimah basmallah.

Aik? Mana pergi lagi satu?

Haa.. Mana pergi lagi satu sekiranya surah at-Taubah tidak dimulakan dengan kalimah ini?

-Silence-

Ok, jawapannya akan di update pada bila-bila masa yang dirasakan perlu Inshaallah.

Selamat menyemak!
Jangan putus asa ye.

=)

-----------------------------------------------
UPDATE!

Tahniah!
Betul Betul Betul
(Upin and Ipin's style)

Satu lagi kalimah basmallah
yang terdapat dalam al-Quran
ada dalam surah an-Naml
surah ke 27
ayat 30
surat daripada Nabi Sulaiman untuk Balqis
yang dimulakan dengan
Bismillahirrahmanirrahim.

Silalah membaca surat itu ok?
;)

Dan usahlah segan silu
untuk memulakan setiap gerak laku
dalam setiap pekerjaan kita setiap hari
dengan Bismillahirrahminirrahim
moga dengan itu datangnya keberkatan dariNya
Inshaallah.

Salam Eid Mubarak people!


No comments: