Thursday, August 11, 2011

MASJID HOPPING

Ya itu dia, Mr. Blog dah menjeling-jeling berdehem-dehem seraya senyum sinis sambil kata, "Amboi, sibuk pon nak tulis blog ke?"
Dan cikgu pon tersengih-sengih dan berkata, "Kasi caaaannn la, syok ni nak share."
Mr. Blog lalu buat muka malas nak layan. Haha!

Ok, secara jujurnya tak pernah kenal apa itu masjid hopping sebelum ni. Dulu, bila orang sibuk-sibuk dari satu masjid ke satu masjid, saya angkat kening ala Ziana Zain, atau The Rock pon boleh lah. Dalam fikiran terpelik, kenapa la nak bazir duit minyak? Kan ada je kedai makan bawah tu? Ish ish ish.. kasihan sungguh ini anak.

Tapi alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah lepas dah kenal apa ertinya, lepas berjinak dan tahu apa iktikaf, ada satu perasaan best di hati. Mungkin bagi orang lain itu hal kecil, tapi bagi saya itu hal BESAR. baik punya Promotion dalam Ramadhan ni!

Semalam ada satu cerita best betapa sangat sangat sangat saya rasa Allah Maha Baik. Satu pengalaman sangat best Allah bagi saya lalui dengan teman berbulatan gembira. ;)

Pulang sekolah semalam tersangat lambat. Tiba ke hostel saat azan Asar sudah berkumandang. Huish, hampir-hampir nak meluntur semangat dek terlalu penat. Eh eh eh tak boleh! Kena semangat mengaut untung Ramadhan kan?

Destinasi kami kali ini adalah ke Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya (Masjid Besi). Jam 5 lebih terus keluar semula tanpa sempat nak rehat lama. Dan ...

Alhamdulillah! Jalan teramat lengang. Menakjubkan. Marvelous. Selalunya nak keluar daripada simpang hostel tu saja pon boleh makan masa setengah jam. Semalam, jalan kosong. Nak menari tengah jalan pon sempat. Terasa seronok menekan pedal minyak. (semoga incik kamera perangkap kelajuan tidak beroperasi semalam. huhu. Umi, ampunkan anak mu.)

Dalam pada mengejar masa nak sampai ke Putrajaya, baru perasan minyak dah nak habis! Tersangat dasyat punya sibuk sampai lupa nak isi minyak (sebenarnya sebab tiap kali nak pergi mesti jalan jam maka terbantutlah niat suci murni itu. hehe). Perjalanan berbaki lebih kurang 20 km, tapi minyak ada cukup dalam berbelas kilometer saja. Aduh, gimana ini om? Itu lebuhraya enggak punya stesen petrolnya. Gawat gawat. Dalam hati dah dup dap dup dap. Berdoa pada Allah biarlah sempat sampai sana dulu.

Dan terjadilah suatu yang pelik pada saya dan disifatkan sebagai keajaiban Tuhan! Ada dekat satu point (tempat) bacaan minyak steady 10km sampai ke Putrajaya (note: jaraknya sangat jauh lagi). Tak berubah langsung. Selalunya kalau macam tu dah berkedip-kedip merayu-rayu minta diisi. Kok gimana terjadinya begitu? Sempat lagi tu tersesat dalam berapa banyak Precint kat situ nak cari stesen minyak. Masih lagi bacaannya cukup untuk 10km. Eh, pelik? Rosak ke bacaan meter ni?

Sampai je sebelah petrol pam, betul-betul sebelah tu. Tiba-tiba terus saja lampu berkedip-kedip minyak habis! Allah Allah Allah Allah ... setinggi pujian hanya layak diberikan pada Pencipta yang betapa sangat memudahkan urusan perjalanan kami. Alhamdulillah.

Pengajaran : Sila pastikan minyak terisi/cukup sebelum memulakan perjalanan tidak kira betapa sibuk pon anda. Ingatlah keluarga tersayang di rumah yang menantikan kepulangan mu.

Itu cerita perjalanan. Cerita tentang pengalaman di sana, marilah melayan beberapa keping gambar.
Petang di Putrajaya sempat menikmati panaroma matahari terbenam.
Subhanaallah indah!
:) Kebahagiaan.

Bangunan apa entah ni. Termenarikkan pemandangan mata hamba ini.

Kubah. Besar. Indah. Tapi ... hmmm

Ruang untuk berbuka. Terbahagi kepada dua.
Sebelah untuk hanya muslimin. Sebelah untuk muslimat dan keluarga.
Terasa syok. Serta merta teringat lauk-pauk masakan umi. Aiyo!

Iftar disediakan/dihidangkan menggunakan khidmat caterer. Dasyat!
Tapi tak makan sangat, terkurang excited dengan makanan
sebab lagi excited dengan benda lain. jeng jeng jeng..

Mimbar indah. Bacaan indah. Suasana indah. Malam yang cukup indah!

Tetapi sedih, bangunan ibadah yang tersergam indah cukup indah, tetapi tidak ramai yang mengimarah.

Penutup perjalanan, alhamdulillah berpeluang bertemu dengan pejuang serikandi agama yang akan bertolak ke Palestine pada 20 Ramadhan ini. Kami kenal tika dalam berbulatan gembira. Ucapan dan doa selamat serta kata semangat diberikan sebelum meninggalkan dirinya yang entah belum tentu kan dapat ketemu sama lagi. Sangat kagum dengan hamasah (semangat) dirinya. Bukan calang-calang orang boleh ke sana. Moga Allah redha perjalanan kalian ke sana bertemu saudara seiman dan seaqidah. Takbir!

Menanti minggu hadapan pula~ Inshaallah. :)

1 comment:

fhmn111 said...

huhuhu..mau join...best kan masjid besi? sebab lawa..rasa tenang dan sejuk mata bila berada di dalam masjid tue..in fact, mana2 masjid pun kan..teringat zaman student, pi jalan2 ke masjid cari ketenangan..huhuuhu.niat yg baek, insyaAllah Allah permudahkan..dahle putrajaya susah nak cari pam minyak!!hehehe...