Tuesday, August 9, 2011

HENTI SEJENAK

Dalam kekalutan segala macam hal, terpandang satu berita dekat FB/News yang mengimbau balik diri sendiri punya kenangan ngeri tetapi indah di Bumi Kangaroo suatu tika dahulu.

A Malaysian student, Asyraf Haziq was attacked and robbed randomly in Barking, London. He was on his way to get some FOOD for IFTAR. He is now in Royal London Hospital with broken jaw, and broken tooth. He is undergoing operation soon.

Sungguh, bukan mudah sebenarnya berada di tempat orang. Kenangan ngeri tetapi indah saya mungkin hanya picisan sekecil zarah saja daripada kisah-kisah orang-orang lain yang lebih tragis. Tetapi itulah yang saya sifatkan sebagai "hadiah Allah" untuk diri sendiri. Kerana daripada situlah titik tolaknya perubahan perjalana seorang hamba bernama Rabiatul Adawiyah.

Doa saya moga saudara Asyraf tenang dan bersabar dengan dugaan yang melanda. Be strong! Semoga ia tidak meluntur semangat anak Malaysia berjuang di tanah orang. Semoga selamat pembedahannya jua. Juga semoga semua pelajar Malaysia di London dalam perlindungan Allah senantiasa. Pray hard people!

Tidak semua orang akan laluinya. Meski kita di tanah air pon sebenarnya ada saja cabarannya. Malangnya kadangkala pandangan kita terhijab dek terlalu selesa berada dalam comfort zone sendiri.

Orang akan kata, "tak kena kat batang hidung sendiri, senanglah cakap!" Hakikatnya, sebab dah kena lah boleh cakap. Dan jika tak kena pon boleh saja mengambil pengajarannya daripada kisah orang lain kan? Kerana kita bukan hidup hanya untuk diri sendiri dan bukan diri sendiri saja yang betul setiap masa.

Selalulah muhasabah akan kekuasaan dan kasih sayang Allah yang sangat luas. Terlalu luas bagi yang menyedari dan menghargainya. Pandang dengan mata hati dan renung dengan iman.

Pandangan kita mungkin berbeza.
Maafin di atas segala kekurangan saya. :)

No comments: