Monday, October 22, 2012

DOA BUAT UMI


Aku punya  dua orang Ibu.
Tapi hanya seorang yang kupanggil Umi.
Umi yang banyak jasanya
dalam membesar dan mendidik
seorang anak gadis ini menjadi
wanita yang boleh berdikari.

Kini Umi diuji
KANSER

Tersentap
Redha dengan ujian ini

Doa buat Umi
Moga Umi kuat menghadapinya
Moga Umi tahu Allah sayangkan dirinya
Moga Umi sabar dalam kesakitan yang dirasa

Aku ingin selalu berada di sisi Umi
meski aku tahu itu agak sukar saat ini

I may not be the best daughter
but you will always have my prayer
Inshaallah

Doakan buat Umi saya juga!
Moga Allah juga melindungi Mama
yang mendidik pendamping hati ku.

Sunday, October 21, 2012

PERMATA HATIKU (8)

Saya fikir bila melihat anak saya diangkat untuk dibersihkan dan procedure pemeriksaan yang lain, maka selesai sudah.

Tetapi …

Ada lagi procedure seterusnya iaitu tanggal uri dan jahit luka.

Saya masih ingat bagaimana nurse goyang-goyang perut untuk keluarkan uri. Dapat dirasakan uri saya tanggal dan turun sedikit demi sedikit. Dalam keadaan begitu, tiba – tiba nurse angkat sesuatu, “Aiyo alamak doktor, uri dia putus la, ada lekat siket lagi dalam.”

Saya sudah terlalu letih untuk mendengar yang seterusnya.

Yang mampu saya ingat, tidak tahu berapa banyak tangan menyeluk ke dalam saya untuk menanggalkan uri yang terlekat itu. Saya hanya mengulang bertakbir “Allahuakbar” sepanjang masa.

Kemudiannya saat menjahit luka pula. Tersangat lama, hampir ke 3 jam kerana saya luka dalam sangat panjang tapi luka luar siket sahaja.

Apa pon kesemuanya sudah berjaya dirintangi. Alhamdulillah :)

Sempat lagi bila selesai semuanya, saya kata pada nurse pelatih di sebelah saya, “Begini rupanya sakit nak bersalin. Macam mana lah kita ni menjaga adab dengan ibu yang telah berkorban nyawa melahirkan kita?” Mereka hanya mendengar.

Sesungguhnya sakit bersalin itu hanyalah 1 daripada 99 juzuk kesakitan menghadapi sakaratul maut. Renungkan.

Zuriat saya seberat 3.25kg dibawa kepada saya dan saya lupa segala sakit yang saya rasa tadi.

Katil saya diusung keluar daripada labour room. Dan kelihatan wajah Umi dan suami.

Allah. Lega. Indah. Syukur.

Zuriat kami dinamakan Nur Aishah Khawla.

Moga membesarnya dia menjadi hamba yang taat pada perintah Allah dan anak solehah serta serikandi Islam sesuai dengan makna namanya.

Moga dengan kehadirannya jua Allah izinkan buat saya dan suami untuk dapat duduk bersama. Inshaallah. Ameen.  Doakan ye ;)

PERMATA HATIKU (7)

Agaknya kesan ubat tahan sakit sudah habis. Saya request untuk suntikan kedua tapi tidak dibenarkan sebab belum cukup tempoh untuk dos seterusnya.

Allah. Allah. Allah.

Jam sudah 6 lebih dan rasa sakit sudah memuncak.

Nurse yang memeriksa saya maklumkan pada doktor bahawasanya kontraksi saya agak kuat.

Laluan bukaan diperiksa. Baru 7 cm. Belum boleh meneran.

Beberapa minit kemudian, sudah 8 cm. Sakit makin memuncak. Dan kemudian bukaan sudah 9 cm.

Saya diarahkan meneran. Saya clueless!

Teran yang bagaimana?

Tangan kiri pegang alat menyedut gas, tangan kanan pegang katil. Saya teran sekuat hati. Tiada hasil.

Doktor, staff nurse dan nurse pelatih yang ada semuanya bukan beragama Islam.

Saya terpaksa bergantung pada diri sendiri untuk ingatkan segala zikir yang ada. Saya baca doa Nabi Yunus berulang kali. Saya mengucap dan saya bertakbir! Hanya itu kekuatan yang saya ada masa itu.

Kemudian, daripada pandangan tepi tingkap saya dengar laungan azan Maghrib. Saya dengar “Allahuakbar Allahuakbar” dan seterusnya.

Saya rasa kuat, saya teran sekuatnya. Terbayang wajah suami menunaikan solat dan khusyuknya dia membacakan doa. Teringat kata sahabat “Selamat melahirkan khalifah Allah di muka bumi” dan seorang lagi “Selamat menikmati saat indah dimana semua dosa dihapuskan.”

Saya kena kuat!

Saya teran sehabis mungkin dalam keadaan tidak cukup rehat dan makan sebelumnya.

7.47 pm.

Tangisan bayi. Saya laung sekuatnya “Subhanaallah Alhamdulillah Allahuakbar!”

Zuriat saya diletakkan di atas dada saya.

Lega. Syukur. Hanya itu. Alhamdulillah.

PERMATA HATIKU (6)


Pertama kali doktor check laluan saya. Uish terkejut usah dikata. Tak ada salam tak ada pendahuluan, kena terjah sebegitu. Doktor lupa nak tanya saya anak ke berapa dan terangkan procedure. Mahu tak saya terkejut.

Kemudian ditolak perut saya kiri kanan. Specialist puas hati dan estimate bayi saya mungkin antara 3.2 – 3.6 kg saja. Mereka khuatir kiranya bayi jadi seberat 4 kg, maka dengan keadaan fizikal saya, bersalin normal itu adalah mustahil. Tapi selepas rundingan, mereka setuju saya boleh bersalin normal. Alhamdulillah.

Kejutan kedua.

Laluan saya sudah pon terbuka 4 cm. Begitu cepatkah? Saya diberikan baju hospital warna pink dan diterangkan procedure seterusnya untuk pecahkan air ketuban bagi mempercepatkan bukaan laluan.

Saya kedip mata dua tiga kali.

Saya kata pada doktor dan nurse, saya nak pergi ambil baju bayi dulu daripada Umi Abuya.

Saya pergi jumpa mereka dan ambil kesempatan minum air panas dan makan biskut 2 – 3 keping. Saya borak dulu dengan mereka dekat luar. Sengaja melewatkan masa.

Saya telefon suami yang baru sudah mengajar. Saya katakan yang sekejap lagi saya akan dimasukkan ke dalam labour room dan dipecahkan air ketuban. Suami tanya saya sakit tak. Saya ketawa. Suami ulang tanya soalan yang sama 2 – 3 kali. Saya ketawa lagi dan saya kata “Abang balik la sekarang ye.” Suami seakan tidak percaya. Tapi itulah saya. Saya hanya boleh ketawa dan tidak mahu dia risau. Saya mahu suami memandu dalam keadaan yang tenang dan selamat tiba di sisi saya.

Selepas dah diuruskan segala procedure, saya ditolak masuk ke dalam labour room.

Saya berseorangan hinggalah doktor datang bersama ‘batang chopstik’ panjang. Dup dap dup dap jantung ini. Mulut tak lepas dengan doa Nabi Yunus.

Nurse pelatih datang memeriksa saya. “Akak nampak relax je. Dah buka 4 cm, anak sulung pula. Tak sakit ke kak?” Saya tersenyum saja. Itu saja jawapan saya.

Procedure pecah air ketuban dilakukan. Macam air bah keluar air panas. Habis basah katil.

Selang tak lama kemudian, nurse pula datang beri suntikan ubat tahan sakit. Saya rasa lali.

Tapi masih lagi jelas kedengaran suara – suara di bilik – bilik bersebelahan yang merintih dan meraung kesakitan mahu bersalin.

Saya bisik dalam hati “Aku kena kuat, tak boleh jerit macam tu. Umi dah pesan masa sakit mesti mengucap kalimah syahadah.”

Saya teruskan minit dan jam berikutnya dengan mengulang doa Nabi Yunus.

Hinggalah jam 5 lebih saya tekan butang kecemasan.

[Bersambung … ]

PERMATA HATIKU (5)

Ada tompokan darah di tuala.

Tompok kecil. Ada lendir.

Tunggu sebentar dulu.

Tompok besar. Jadi bertompok – tompok sudah.

Saya pegang perut dan masuk ke bilik. Masih tidak tahu apa itu. Tapi teringat doktor ada bagitahu tanda – tanda untuk bersalin. Yang ni ke?

Saya berkira – kira dalam hati samada mahu mengejutkan Umi Abuya atau tidak.

Lebih kurang setengah jam, saya kejut Umi. Umi tenang sekali. “Ini dah tanda ni,” kata Umi.

Umi bangun dan atur semua beg yang dah saya sediakan. Abuya bangun dan tengok – tengok apa perlu. Abuya kemudian solat hajat di keheningan malam.
Malam tu sangat sunyi sepi. Tenang. Tiada bunyi apa pon.

Saya bangun. Saya duduk. Saya ulang baca doa Nabi Yunus. Kemudian saya baca doa yang suami tinggalkan. Saya minum air zamzam yang suami sediakan. Saya masih lagi dalam keadaan tenang saya kira.

Jam 4 pagi baru saya sms suami dan mohon didoakan dan mohon redhanya dalam perjuangan saya sebentar nanti.

Jam sudah 5 pagi.

Saya masih lagi belum boleh tidur. Saya doa padaNya izinkanlah saya tidur biar satu jam agar dapat saya kumpul tenaga jika ditakdirkan saya akan bersalin. Alhamdulillah memang Allah izin saya dapat tidur satu jam dan tiada rasa sakit apa – apa. Subhanaallah. Hebatkan Allah?

Masa ni saya decide untuk tidak ke hospital lagi.

Kata orang tua, saya kena kembar darah bilamana air ketuban tidak pecah tetapi darah turun dulu bersama lendir. Kebiasaannya akan ambil sedikit masa untuk buka laluan bersalin.

Pagi tu, kami terus ke hospital. Disebabkan tempat saya tiada hospital maka terpaksalah meredah perjalanan hampir satu jam. Hanya alunan ayatul Quran yang bermain untuk meredakan apa yang dirasa. Tiap kali kereta terhentak di atas jalan, saya genggam erat kerusi kereta. Ish susah lah nak cerita terperinci macam ni.

Apabila nampak sahaja signboard hospital, untuk lebih kurang 10 minit saya rasa sakit. Bila Abuya turunkan saya di hadapan pintu Dewan Bersalin, kaki saya rasa tidak cukup kuat untuk melangkah ditambah sakit dipinggang. Orang tengok saya jalan kiri kanan kiri kanan.

Masuk saja untuk pendaftaran, saya tidak rasa sakit langsung. Ajaib.

Saya hanya dibenarkan masuk berseorangan untuk pendaftaran. Umi Abuya terpaksa tunggu di luar.

Masa ni mulalah ada flashback segala kisah movie macam CSI, FBI dan etc yang ada scene dalam bilik bedah. Sempat lagi. Saya menikmati saat itu dengan perasaan yang indah.

Saya tengok ada kakak yang menangis diusung di atas katil masuk ke labour room. Saya tengok kakak yang santai sekali mukanya, rupanya ni anak ke-7 dah. Patutlah.

Saya senyum saja kepada mereka. Dalam hati ada juga rasa berdebar.

Hingga tibalah saat saya diperiksa oleh specialist disebabkan masalah kesihatan saya.

[Bersambung …]

PERMATA HATIKU (4)

Masa berlalu begitu pantas.

Rutin suami sekali dalam sebulan datang menziarah saya sudah menjadi begitu sebati dalam kehidupan kami.

Pada saya pula, setiap kali suami pulang dan akan kembali, setiap kali itulah saya akan buat count down dalam organizer. Setiap kali itulah saya belajar, semangat saya, kekuatan saya datangnya daripada Allah. Bab ni susah saya nak elaborate sebenarnya.

Cuma ada sesuatu yang menjadi pegangan saya. Sesukar mana sekali pon saya rasakan apa yang saya hadapi, saya pasti ada orang lain yang lebih teruk situasinya daripada saya. Itu sahaja.

Pejam celik pejam celik, sudah hampir 9 bulan kami lalui rintangan ini bersama. Wang ringgit, tenaga dan masa sudah tidak terhitung banyaknya.

Dan hinggalah pada medical check up saya pada minggu ke 38, Allah uji sekali lagi.

Doktor baru dapat mengesan saya ada GDM. Selepas dibuat BSP Alhamdulillah saya hanya perlu diet control dan tidak perlu diberi suntikan insulin. Komplikasi kepada GDM ni ada beberapa. Saya nak cerita dekat sini pon tak berapa pandai tapi salah satu komplikasi yang doktor khuatir terjadi kepada saya adalah bayi besar dan saya tidak boleh bersalin normal. Malah, saya mesti bersalin pada tarikh EDD yang dikira. Sekiranya tiada tanda bersalin, doktor akan induce dan paksa bersalin.

Perasaan?

Saya speechless. Saya berseorangan ketika itu. Saya ketawa dan bernada ceria ketika mengkhabarkan pada suami melalui telefon. Kerana saya tidak mahu dia risau. Dengan keluarga lagilah saya buat muka tidak risau langsung. Hakikatnya, Allah lah yang beri saya kekuatan. Saya benar – benar berpegang pada pertolongan Allah agar dipermudahkan segala urusan kerana Dia Maha Memudahkan segala sesuatu yang terjadi.

Pulang beraya, saya seperti biasa. Saya makan dan bergurau dengan sanak saudara. Ramai yang tegur perut saya yang kelihatan tersangat besar. Ada yang tanya kembar ke? Saya ketawa. Tak lahhhh saya jawab. Tanpa mereka tahu kisah sebenar.

Habis cuti raya, suami terpaksa pulang bekerja kembali. Saya tinggal dengan Umi Abuya. Buat cuti sendiri. Hehe. Yang ni malas nak cerita panjang.

Masa lepas cuti raya ni, ada lebih kurang seminggu sebelum tarikh EDD saya.

Sepanjang beberapa hari tu, saya perlu buat regular check up disebabkan masalah saya dan dipantau oleh doktor.

Hinggalah pada hari Selasa, saya rasa perut sangat memulas. Rasa tidak senang duduk dibuatnya kali ini. Ulang alik saya ke kamar kecil. Sangkaan saya mungkin sebab saya salah makan kuih raya atau apa – apa lauk. Mungkin. Tapi saya tidak bagitahu apa – apa pada Umi.

Keadaan ni berterusan sampai jam 2 pagi. Hingga pada visit terakhir ke kamar kecil dan lega melunaskan urusan, saya dikejutkan dengan sesuatu.

[Bersambung … ]