Sunday, October 21, 2012

PERMATA HATIKU (5)

Ada tompokan darah di tuala.

Tompok kecil. Ada lendir.

Tunggu sebentar dulu.

Tompok besar. Jadi bertompok – tompok sudah.

Saya pegang perut dan masuk ke bilik. Masih tidak tahu apa itu. Tapi teringat doktor ada bagitahu tanda – tanda untuk bersalin. Yang ni ke?

Saya berkira – kira dalam hati samada mahu mengejutkan Umi Abuya atau tidak.

Lebih kurang setengah jam, saya kejut Umi. Umi tenang sekali. “Ini dah tanda ni,” kata Umi.

Umi bangun dan atur semua beg yang dah saya sediakan. Abuya bangun dan tengok – tengok apa perlu. Abuya kemudian solat hajat di keheningan malam.
Malam tu sangat sunyi sepi. Tenang. Tiada bunyi apa pon.

Saya bangun. Saya duduk. Saya ulang baca doa Nabi Yunus. Kemudian saya baca doa yang suami tinggalkan. Saya minum air zamzam yang suami sediakan. Saya masih lagi dalam keadaan tenang saya kira.

Jam 4 pagi baru saya sms suami dan mohon didoakan dan mohon redhanya dalam perjuangan saya sebentar nanti.

Jam sudah 5 pagi.

Saya masih lagi belum boleh tidur. Saya doa padaNya izinkanlah saya tidur biar satu jam agar dapat saya kumpul tenaga jika ditakdirkan saya akan bersalin. Alhamdulillah memang Allah izin saya dapat tidur satu jam dan tiada rasa sakit apa – apa. Subhanaallah. Hebatkan Allah?

Masa ni saya decide untuk tidak ke hospital lagi.

Kata orang tua, saya kena kembar darah bilamana air ketuban tidak pecah tetapi darah turun dulu bersama lendir. Kebiasaannya akan ambil sedikit masa untuk buka laluan bersalin.

Pagi tu, kami terus ke hospital. Disebabkan tempat saya tiada hospital maka terpaksalah meredah perjalanan hampir satu jam. Hanya alunan ayatul Quran yang bermain untuk meredakan apa yang dirasa. Tiap kali kereta terhentak di atas jalan, saya genggam erat kerusi kereta. Ish susah lah nak cerita terperinci macam ni.

Apabila nampak sahaja signboard hospital, untuk lebih kurang 10 minit saya rasa sakit. Bila Abuya turunkan saya di hadapan pintu Dewan Bersalin, kaki saya rasa tidak cukup kuat untuk melangkah ditambah sakit dipinggang. Orang tengok saya jalan kiri kanan kiri kanan.

Masuk saja untuk pendaftaran, saya tidak rasa sakit langsung. Ajaib.

Saya hanya dibenarkan masuk berseorangan untuk pendaftaran. Umi Abuya terpaksa tunggu di luar.

Masa ni mulalah ada flashback segala kisah movie macam CSI, FBI dan etc yang ada scene dalam bilik bedah. Sempat lagi. Saya menikmati saat itu dengan perasaan yang indah.

Saya tengok ada kakak yang menangis diusung di atas katil masuk ke labour room. Saya tengok kakak yang santai sekali mukanya, rupanya ni anak ke-7 dah. Patutlah.

Saya senyum saja kepada mereka. Dalam hati ada juga rasa berdebar.

Hingga tibalah saat saya diperiksa oleh specialist disebabkan masalah kesihatan saya.

[Bersambung …]

No comments: