Apabila alahan loya dan muntah menjadi semakin teruk, saya jadi sedikit
lemah. Ingat lagi, masa tu kami di kampong suami saya. Malam tu kami pulang
dari bandar dan saya batuk teruk dan muntah di tepi longkang. Ayah mertua tanya
kepada suami dan akhirnya suami pon reveal keadaan saya. Keluarga begitu
gembira dan pesan supaya saya jaga kandungan sebaiknya. Malam tu juga saya
bagitahu pada keluarga saya. Semua seperti tak percaya tapi semuanya bersyukur
dan mendoakan yang terbaik buat kami.
Alahan saya pula semakin menjadi – jadi sampaikan lembik badan saya.
Ada waktunya saya termenangis kerana rasa tak terdaya yang amat sangat.
Teringat saat Umi sendiri mengandungkan kami adik – beradik. Lebih teruk
daripada keadaan saya rasanya hingga kena tahan wad. Saya belum lagi ke tahap
itu. Alhamdulillah ianya cukup menginsafkan.
Apa pon hidup diteruskan. Hidup berumahtangga saya telusuri bersama
suami yang cukup penyayang dan penyabar orangnya Alhamdulillah.
Pada masa ni, saya belum lagi dapat tahu keputusan posting ke sekolah
mana. Merasa lah juga menjadi suri rumah buat seketika.
Bangun Suboh, siapkan sarapan, kemas rumah,makan berjemaah, teman ke
masjid dan rutin harian yang lain. Boleh dikatakan tidak lah terlalu banyak
sangat kerja saya lakukan kerana keuzuran diri dengan alahan yang agak teruk.
Tapi perasaannya bahagia. Dapat menyediakan serba serbi apa yang termampu buat
suami sebelum beliau ke tempat kerja. Suka! :) Semoga suami suka juga.
Keadaan ni berlanjutan hampir sebulan sebelum akhirnya saya dapat
keputusan posting.
Petang tu lepas suami pulang daripada tempat kerja … beliau baru saja
mahu melabuhkan badan di tempat tidur apabila tiba – tiba saya nampak
notification rakan tentang keputusan posting. Pantas saya panggil suami dan
sama – sama kami semak.
Keputusannya?
[Bersambung …]
No comments:
Post a Comment