Saya fikir bila melihat anak saya diangkat untuk dibersihkan dan
procedure pemeriksaan yang lain, maka selesai sudah.
Tetapi …
Ada lagi procedure seterusnya iaitu tanggal uri dan jahit luka.
Saya masih ingat bagaimana nurse goyang-goyang perut untuk keluarkan
uri. Dapat dirasakan uri saya tanggal dan turun sedikit demi sedikit. Dalam
keadaan begitu, tiba – tiba nurse angkat sesuatu, “Aiyo alamak doktor, uri dia
putus la, ada lekat siket lagi dalam.”
Saya sudah terlalu letih untuk mendengar yang seterusnya.
Yang mampu saya ingat, tidak tahu berapa banyak tangan menyeluk ke
dalam saya untuk menanggalkan uri yang terlekat itu. Saya hanya mengulang bertakbir
“Allahuakbar” sepanjang masa.
Kemudiannya saat menjahit luka pula. Tersangat lama, hampir ke 3 jam
kerana saya luka dalam sangat panjang tapi luka luar siket sahaja.
Apa pon kesemuanya sudah berjaya dirintangi. Alhamdulillah :)
Sempat lagi bila selesai semuanya, saya kata pada nurse pelatih di
sebelah saya, “Begini rupanya sakit nak bersalin. Macam mana lah kita ni
menjaga adab dengan ibu yang telah berkorban nyawa melahirkan kita?” Mereka
hanya mendengar.
Sesungguhnya sakit bersalin itu hanyalah 1 daripada 99 juzuk kesakitan
menghadapi sakaratul maut. Renungkan.
Zuriat saya seberat 3.25kg dibawa kepada saya dan saya lupa segala
sakit yang saya rasa tadi.
Katil saya diusung keluar daripada labour room. Dan kelihatan wajah Umi
dan suami.
Allah. Lega. Indah. Syukur.
Zuriat kami dinamakan Nur Aishah Khawla.
Moga membesarnya dia menjadi hamba yang taat pada perintah Allah dan
anak solehah serta serikandi Islam sesuai dengan makna namanya.
Moga dengan kehadirannya jua Allah izinkan buat saya dan suami untuk
dapat duduk bersama. Inshaallah. Ameen. Doakan ye ;)
1 comment:
salam,,first of all tahniah biyat!!lame tggu biyat update blog sbb tau sure nnt biyat update psl experience bersalin...hahaha~ bile bace series of premata hatiku ni rase seram n rase mcm tak tertanggung sakit tu pun ad..haha~ ap pun,,seomga biyat n baby aishah sentiasa sihat dan dibawah rahmat allah selalu.... =)
Post a Comment