Masa berlalu begitu pantas.
Rutin suami sekali dalam sebulan datang menziarah saya sudah menjadi
begitu sebati dalam kehidupan kami.
Pada saya pula, setiap kali suami pulang dan akan kembali, setiap kali
itulah saya akan buat count down dalam organizer. Setiap kali itulah saya belajar,
semangat saya, kekuatan saya datangnya daripada Allah. Bab ni susah saya nak
elaborate sebenarnya.
Cuma ada sesuatu yang menjadi pegangan saya. Sesukar mana sekali pon
saya rasakan apa yang saya hadapi, saya pasti ada orang lain yang lebih teruk
situasinya daripada saya. Itu sahaja.
Pejam celik pejam celik, sudah hampir 9 bulan kami lalui rintangan ini
bersama. Wang ringgit, tenaga dan masa sudah tidak terhitung banyaknya.
Dan hinggalah pada medical check up saya pada minggu ke 38, Allah uji
sekali lagi.
Doktor baru dapat mengesan saya ada GDM. Selepas dibuat BSP
Alhamdulillah saya hanya perlu diet control dan tidak perlu diberi suntikan
insulin. Komplikasi kepada GDM ni ada beberapa. Saya nak cerita dekat sini pon
tak berapa pandai tapi salah satu komplikasi yang doktor khuatir terjadi kepada
saya adalah bayi besar dan saya tidak boleh bersalin normal. Malah, saya mesti
bersalin pada tarikh EDD yang dikira. Sekiranya tiada tanda bersalin, doktor
akan induce dan paksa bersalin.
Perasaan?
Saya speechless. Saya berseorangan ketika itu. Saya ketawa dan bernada
ceria ketika mengkhabarkan pada suami melalui telefon. Kerana saya tidak mahu
dia risau. Dengan keluarga lagilah saya buat muka tidak risau langsung.
Hakikatnya, Allah lah yang beri saya kekuatan. Saya benar – benar berpegang
pada pertolongan Allah agar dipermudahkan segala urusan kerana Dia Maha
Memudahkan segala sesuatu yang terjadi.
Pulang beraya, saya seperti biasa. Saya makan dan bergurau dengan sanak
saudara. Ramai yang tegur perut saya yang kelihatan tersangat besar. Ada yang
tanya kembar ke? Saya ketawa. Tak lahhhh saya jawab. Tanpa mereka tahu kisah
sebenar.
Habis cuti raya, suami terpaksa pulang bekerja kembali. Saya tinggal
dengan Umi Abuya. Buat cuti sendiri. Hehe. Yang ni malas nak cerita panjang.
Masa lepas cuti raya ni, ada lebih kurang seminggu sebelum tarikh EDD
saya.
Sepanjang beberapa hari tu, saya perlu buat regular check up disebabkan
masalah saya dan dipantau oleh doktor.
Hinggalah pada hari Selasa, saya rasa perut sangat memulas. Rasa tidak
senang duduk dibuatnya kali ini. Ulang alik saya ke kamar kecil. Sangkaan saya
mungkin sebab saya salah makan kuih raya atau apa – apa lauk. Mungkin. Tapi
saya tidak bagitahu apa – apa pada Umi.
Keadaan ni berterusan sampai jam 2 pagi. Hingga pada visit terakhir ke
kamar kecil dan lega melunaskan urusan, saya dikejutkan dengan sesuatu.
[Bersambung … ]
No comments:
Post a Comment