Sunday, October 21, 2012

PERMATA HATIKU (6)


Pertama kali doktor check laluan saya. Uish terkejut usah dikata. Tak ada salam tak ada pendahuluan, kena terjah sebegitu. Doktor lupa nak tanya saya anak ke berapa dan terangkan procedure. Mahu tak saya terkejut.

Kemudian ditolak perut saya kiri kanan. Specialist puas hati dan estimate bayi saya mungkin antara 3.2 – 3.6 kg saja. Mereka khuatir kiranya bayi jadi seberat 4 kg, maka dengan keadaan fizikal saya, bersalin normal itu adalah mustahil. Tapi selepas rundingan, mereka setuju saya boleh bersalin normal. Alhamdulillah.

Kejutan kedua.

Laluan saya sudah pon terbuka 4 cm. Begitu cepatkah? Saya diberikan baju hospital warna pink dan diterangkan procedure seterusnya untuk pecahkan air ketuban bagi mempercepatkan bukaan laluan.

Saya kedip mata dua tiga kali.

Saya kata pada doktor dan nurse, saya nak pergi ambil baju bayi dulu daripada Umi Abuya.

Saya pergi jumpa mereka dan ambil kesempatan minum air panas dan makan biskut 2 – 3 keping. Saya borak dulu dengan mereka dekat luar. Sengaja melewatkan masa.

Saya telefon suami yang baru sudah mengajar. Saya katakan yang sekejap lagi saya akan dimasukkan ke dalam labour room dan dipecahkan air ketuban. Suami tanya saya sakit tak. Saya ketawa. Suami ulang tanya soalan yang sama 2 – 3 kali. Saya ketawa lagi dan saya kata “Abang balik la sekarang ye.” Suami seakan tidak percaya. Tapi itulah saya. Saya hanya boleh ketawa dan tidak mahu dia risau. Saya mahu suami memandu dalam keadaan yang tenang dan selamat tiba di sisi saya.

Selepas dah diuruskan segala procedure, saya ditolak masuk ke dalam labour room.

Saya berseorangan hinggalah doktor datang bersama ‘batang chopstik’ panjang. Dup dap dup dap jantung ini. Mulut tak lepas dengan doa Nabi Yunus.

Nurse pelatih datang memeriksa saya. “Akak nampak relax je. Dah buka 4 cm, anak sulung pula. Tak sakit ke kak?” Saya tersenyum saja. Itu saja jawapan saya.

Procedure pecah air ketuban dilakukan. Macam air bah keluar air panas. Habis basah katil.

Selang tak lama kemudian, nurse pula datang beri suntikan ubat tahan sakit. Saya rasa lali.

Tapi masih lagi jelas kedengaran suara – suara di bilik – bilik bersebelahan yang merintih dan meraung kesakitan mahu bersalin.

Saya bisik dalam hati “Aku kena kuat, tak boleh jerit macam tu. Umi dah pesan masa sakit mesti mengucap kalimah syahadah.”

Saya teruskan minit dan jam berikutnya dengan mengulang doa Nabi Yunus.

Hinggalah jam 5 lebih saya tekan butang kecemasan.

[Bersambung … ]

No comments: