Monday, December 26, 2011

KU SYUKURI 24 HARI

Ingin ku coretkan sedikit di sini
Agar bisa tidak ku lupai
Pada perjalanan ini
Selama 24 hari

Alhamdulillah

Ku syukuri 24 hari yang berlalu
Tidak dapat ku ungkap puas hanya dengan kata
Ku syukuri pada nikmat yang telah Allah kurniakan
Banyak perlu ku pelajari dan ku telesuri bersamanya

Membumikan anganan dan impian bersama menjadi nyata
Inshaallah

Ku syukuri 24 hari yang berlalu
Dan menanti hari seterusnya yang akan tiba

Aku bahagia dan gembira
Aku berterima kasih dan bersyukur
pada Maha Memberi Maha Pengasih
dan dirimu kasihku.


p/s: Inshaallah proper entry akan diupdate apabila berkeizinan.

Friday, November 18, 2011

5.5 YEARS

Dua pasang kaki ini pertama kali bertemu di kelas persediaan
Dua pasang kaki ini kemudian duduk bersebelahan kerusi dan meja
Dua pasang kaki ini juga menjejakkan bayangannya di benua yang sama
Dua pasang kaki ini belajar dan bergurau bersama sepanjang kiraan zaman
Dua pasang kaki ini menjadi saksi pada sebuah perjalanan yang mendewasakan

Dua pasang kaki ini bertaut di atas jalan mencari redha Allah bersama
Dua pasang kaki ini berta'aruf bersama ... makan, tidur dan jaulah bersama
Dua pasang kaki ini tidur di dalam bilik yang sama dan masak di dapur yang sama
Dua pasang kaki ini pernah duduk bertepuk tampar dengan sushi dan aiskrim di tepi sungai
Dua pasang kaki ini menjadi peneman sambil curahat masalah yang dikandung hati
Dua pasang kaki ini berlumba bersama mengejar takatan ilmu duniawi dan ukhrawi
Dua pasang kaki ini saling mengingatkan untuk mencari sirotulmustaqim
Dua pasang kaki ini juga sudah membesar bersama

Sejak hingusan mengalir hingga kini

Dua pasang kaki ini sudah bergelar graduan Ijazah
Dua pasang kaki ini cukup tidak sedar betapa masa pantas berlalu
Dua pasang kaki ini jiwa selalu nak macho kuat tapi dah cair sekarang
Dua pasang kaki ini akan berpisah tidak lama lagi untuk satu jalan pilihan

Inshaallah wahai dua pasang kaki
Moga bertemu berpisah kita tidak gelisah
Moga aturan yang Allah catitkan buat kita
Diredhai dan dirahmati-Nya

Sayang kamu sepelukan bumi.
Terima kasih kerana setia bersama saya selama 5.5 tahun ini, sahabat!

Moga ianya akan berterusan
hingga saat kita kembali kepada-Nya.

Saturday, November 12, 2011

PINTU DORAEMON


Perak - KL - Perak - KL - Putrajaya - Seremban - KL

Dalam masa 6 hari. Huish, boleh masuk hari ini dalam sejarah. Serious, dalam kesibukan berulang-alik tak sempat nak fikir rehat melainkan nak selesai semua urusan. Alhamdulillah selesai da semuanya.

Dalam berulang-alik merata alam tu, sempat terfikir best juga ada pintu doraemon. Dalam sesaat boleh balik kampung. Dalam sesaat boleh jumpa orang tertentu. Dalam sesaat boleh tengok dimensi dunia yang berbeza.

Tak ke best macam tu kan?

Tapi kenapa kita tak ada pintu doraemon macam dalam cartoon tu ye?

Sebab tak adventure la! Tidak la dapat diaplikasikan "Jauh perjalanan, luas pemandangan." Setuju? Sila setuju. ;)

Dalam-dalam berfikir, Allah sebenarnya beri peluang tika mana masa perjalanan, itu masa yang boleh dicuri untuk muhasabbah diri sambil tadabbur alam Inshaallah.

Dapat kita melihat renung kembali kisah lampau terutamanya bila balik ke suatu tempat yang dulunya sangat sinonim dengan kita sebagai anak remaja. Atau pulang ke tempat yang mana disitulah kita mengenal kehidupan dan kasih sayang.

Semuanya membuatkan kita kembali merasa betapa bersyukurnya kita dikurniakan nikmat yang Allah beri di sepanjang perjalanan ini. Semuanya membuatkan kita berfikir sudah sejauh mana kita di atas dunia ini dan sedalam mana sudah kita memaknakan atau membumikan tujuan asal kita dihidupkan sebagai khalifah dan hambaNya.

Tak lupa juga, sepanjang kita berulang-alik bermusafir ni sambil melihat kerenah manusia di sekeliling, Allah sebenarnya sedang mendidik kita untuk lebih sabar dan banyak bersangka baik. Sabar untuk tunggu train misalnya atau tunggu orang lain yang tak kunjung tiba seperti dijanjikan. Bersangka baik melihat kenapa orang itu bersikap begini atau kenapa orang itu berpenampilan sebegitu. Bukan kita sebagai manusia nak hukum orang lain atas sesuatu, mesti ada sebab kenapa terjadinya begitu. Dan mesti ada sebab kenapa Allah pilih kita untuk berada dalam situasi itu kan?

Jadi nak berharap lagi ke pada pintu doraemon ni?

Tak perlulah. Kasihan generasi kecil, dari kecil dah banyak sangat dimokmokkan dengan kepercayaan pada kekuasaan super saiya, sailormoon dan macam-macam.

Sedangkan hakikatnya sedari kecillah mereka ini perlu ditunjangkan dengan kesejahteraan aqidah yang mantap dan yakin kebergantungan yang tinggi pada kekuasaan Ilahi. Tarbiyah Imaniyah. Mencorakkan kain putih perlu kena pada gayanya dan ini bermula dengan ibu bapa sendiri. Di mana kita? Fikir dan renungkan bersama Inshaallah.

Sekian lintas langsung ditemani simbahan terang bulan penuh.
:)

Saturday, October 22, 2011

DUNIA INI


"Dunia ini ibarat penjara bagi orang mukmin
dan syurga bagi orang kafir."

(HR Muslim)


Tersangat terkesan Allah mengingatkan diri dengan sepotong hadis ni masa tengok Madrasah Akhlak dekat ASTRO tadi. Tercengang juga macam mana yang dimaksudkan dengan sabdaan Nabi SAW dalam hadis ni.

Kata Ustaz,
Bila mana dunia ini menjadi penjara bagi orang mukmin,
Maka mereka tidak bebas untuk melakukan kesalahan dan dosa,
Maka mereka tidak bebas untuk berseronok ria di atas dunia fana,
Maka mereka tidak bebas untuk bergaul canda mesra dengan lain jantina,
Maka mereka tidak bebas untuk berkata perkara dan hal yang bawa sia-sia,
Maka mereka tidak bebas untuk fikirkan perkara kejahatan dan laksana kemaksiatan,
Maka mereka tidak bebas untuk terus hanyut tanpa ada arah tuju yang jitu dan jelas.

Kerana mereka tahu di mana kebebasan itu akan diperolehi ... di sana nanti. Dunia yang abadi, Inshaallah.

Bila direnungkan, benarlah sabdaan Nabi SAW itu. Dunia yang kian tenat membawa luka yang cukup mendalam pada hati yang baru hidup. Moga Allah pelihara. Inshaallah.

Tuesday, October 18, 2011

JALAN YANG DIPILIH


Jalan yang dipilih ini tidak indah
Perlukan banyak susah dan kurang keluh kesah
Akan ada selalu terluka dan tergundah
Tapi itu hanyalah pada permulaan

Pada pertengahannya
Ketenangan dan kemanisan itu mula dirasa
Namun terkadang tergugat kembali seketika
Pada corak perjalanan yang diperhamba

Yang pasti di pengakhiran
Matlamat yang jelas dan nyata
Menuntut segala kudrat dan kerahan tenaga
Memaksa kebijaksanaan mengawal akal dan nafsu
Supaya terpelihara kesuciaan sekeping hati

Untuk dipersembahkan di hadapan ILAHI
Inshaallah.


Ya Allah, aku tidak kuat. Sungguh aku hamba Mu yang lemah dan kerdil, penuh dengan palitan dosa dan hina lumpur. Terkadang aku kurang sabar, terkadang aku hilang arah, terkadang aku lemah di jalan ini, terkadang aku lumpuh semangat, terkadang aku pening sendiri. Pintaku padaMu Maha Pengasih, peganglah hati-hati kami ya Allah. Pandulah jiwa kami, jiwa ahli keluarga kami, guru dan anak didik kami, sekalian manusia alam ini di atas jalan yang Kau redhai. Ameen.

Iman yang berdarah lagi.
Perlu dirawati.
18102011

(3) HIJRAH SEORANG SAHABAT


Tarikh : 2011
Lokasi : Kuala Lumpur

Arakian, dipendek ringkaskan cerita, Allah mengaturkan pertemuan dua sahabat semula bersama sahabat-sahabat yang lain.

Allah Maha Hebat Maha Pengasih!

Teruja melihat rumahnya yang sederhana bersebelahan trek laluan ERL Ekspress dan LRT. Tergamam melihat kehidupannya yang sungguh zuhud, SUNGGUH!!. Tiada perabot mewah, tiada televisyen, tiada yang melebih-lebih. Terkagum melihat segalanya di sekeliling dirinya dan keperibadiannya yang terkini. Terkesima melihat zauj sahabat yang bersilat pulut di dapur menyediakan juadah untuk para tetamu. Mana nak cari lagi zaman sekarang suasana yang begini?

Kembali pada Allah dan sunnah Rasul SAW Inshaallah - jawapannya.


Lerek mata yang tersembunyi di bawah sehelai kain purdahnya cukup mencerminkan kebahagiaan dan ketenangan yang tak mampu dibeli dengan RM1 juta bersama zauj tercinta dan anak tersayang serta anak kedua yang sedang dikandung sekarang.

Namun yang masih kekal, keceriaan dan keremajaan 'gila-gila' sahabat-sahabat ini sejak dulu. Masih sama dan tidak pudar tetapi lebih matang.

Perjalanan malam itu di Kuala Lumpur cukup berharga buat kelompok sahabat ini, terutama buat kedua sahabat ini. Suatu pengajaran yang Allah atur dengan cukup cantik. Sengaja diperpanjangkan perjalanan tiga sahabat apabila jalan di Kuala Lumpur ditutup dek pembinaan dan pembaikan jalan raya pada jam 9 malam?!! (Agak tak logik sebab biasanya orang buat jalan tengah pagi). Ibrahnya sangat banyak.

Allah Maha Pengasih. Lindungilah sahabat ini, moga hijrah mereka kepadaMu diredhai. Kuatkan kami untuk meraih cintaMu.

Monday, October 17, 2011

(2) HIJRAH SEORANG SAHABAT


Tahun : 2007
Lokasi : Kuala Lumpur/Sarawak
Medium : Alam Maya


Inbox :

Assalamualaikum sahabat. Aku nak bagitahu hang. Inshaallah aku nak kahwin dah. Doakan aku na. =)

Reply :

Wslm wbkth sahabat. Ini kejutan amat ni hang! Tak da ribut tiba-tiba angin mai jauh dari Bumi Kenyalang ni. Huhu. Aku doakan hang bahagia. Kahwin dengan siapa?



Inbox :

Alhamdulillah, aku pon tak sangka dalam usia muda ni Allah bagi aku kahwin. Jalan yang aku pilih buat aku tenteram dan sangat tenang. Aku kahwin simple ja. Bakal zauj aku pon hang kenal, budak kita juga. Aku ta'aruf dengan dia dulu sebelum tunang dan kemudian baru nak akad bulan depan ni Inshaallah. Aku buat simple saja. Nanti Inshaallah ada izin, kita ketemu na.

Reply:

Inshaallah, nanti kita ketemu na. Seronok sangat nya dengaq berita baik hang ni. Darah manesh, take care na! Kirim salam kat semua.


Log out.


*Sahabat di Kuala Lumpur terdiam memikirkan penghijrahan sahabatnya yang sudah jauh ke hadapan. Istighfar dirinya dan mendoakan yang terbaik buat sahabat di sana.


bersambung...

(1) HIJRAH SEORANG SAHABAT


Tarikh : 2005/06
Lokasi : Tangga Blok P1 Matrikulasi
Waktu : Malam usainya Isya'


"Wey, aku rasa aku nak belajaq pakai tudung lagu hang la. Nak pakai bagi elok siket. Hang boleh ajaq aku tak?"

"Huish apa pasai yang tak boleh. Boleh aih. Tapi aku pon baru belajaq juga. Kita sama-sama la belajaq na."

"Hang rasa kan secara jujurnya, boleh ka aku nak berhijrah ni? Satni orang tu kata ni, orang tu kata lagu ni. Aku takot tak boleh nak tahan ja. Hang rasa macam mana?"

"Pasai apa yang tak boleh pula. Peduli orang nak kata apa. Kalau nak tunggu sampai tak da sapa kata kat kita, sampai bila kita nak bagi elok diri kita. Kita nak bagi Allah pandang kita ka, kita nak bagi manusia ja pandang? Mana lagi untung? Haa.. "

"Sungguh gak nooo. Wey, hang doa la kat aku na."

"Inshaallah, hang pon doa la sama kat aku. Kita sama-sama doa na."


*Dua sahabat tersenyum sambil saling merangkul bahu masing-masing.

bersambung..

Friday, October 14, 2011

ENVIRONMENT AWESOME!


"Teman ghase, teman senang senyum aje le ape hei (hal) pon. Teman yakin Allah susun cantik dah untuk teman. Kurangkan keluh kesah, kurangkan kontroversi. tingkatkan prestasssii~! Eh?" Gini le gayenye bunyi oghang Peghok pior belah Kuale atau Paghit berkate-kate. Aduh, sudah tergeliat lidah.

Alhamdulillah, memang sekarang tempoh fasa yang kritikal untuk membina dan menjaga hati. Moga ada bonus point untuk mendidik keimanan, kesabaran dan lapang dada. (Ok, abaikan jika tak faham, memang tak boleh nak faham kot) ;)

Alhamdulillah, bersama berbulatan gembira brainstorm tentang biah atau dalam erti kata lain environment yang soleh wa solehah. Kata kawan teman, biah soleh wa solehah ni ada bila ada kawan alim berjanggut sejemput atau bertudung litup sampai ke peha hidup di sisi kita 24 jam. Waduh, kok ada ya gitu?

Kata kawan teman lagi, biah soleh wa solehah itu biah itu perlu dibina dan dicari. Kata kawan teman lagi, biah soleh wa solehah itu bila sentiasa aman damai saja suasananya. Kata kawan teman lagi, biah soleh wa solehah itu terlalu nilai tingginya, anugerah Ilahi. Kata kawan teman lagi, biah soleh wa solehah ini pabila ada yang sentiasa mengingatkan tentang amalan wajib dan kecintaan kepadaNya serta menggalakkan perkembangan graf amalan-amalan sunat dalam memperbesarkan hati Inshaallah.

Secara ekstrem, kawan teman mengangkat tangan lalu bertanya, " Udoh tu, kok enggak adanya biah soleh wa solehah itu, apa nasibnya kita? Kita enggak dapat yang dikata anugerah Ilahi ya?"

Diam.

Kawan teman menambah, "Udoh tu, guane gayanya? Mung rasa guane?"

Muka berfikiran secara kritikal, "Maknanya di sini, ya biah soleh wa solehah itu perlu diusahakan, dibina tetapi apa yang lebih penting adalah kita! Kerana kita lah yang menghidupkan biah soleh wa solehah itu. Kerana kita lah yang perlu survive walau dalam biah yang macam mana sekali pon Allah campakkan."

Muka teruja pula menyambung, " Betui! Ibunda teman selalu kata, pi la tang mana pon, orang lagu mana pon, yang penting kena ada jati diri. Yang tu yang kena kuat."

Semua yang dalam berbulatan gembira mengangguk-anggukkan kepala bersetuju.

Kemudian teman berwajah tenang menambah, "Jadi, nampak tak sekarang bahawasanya kita memang perlu cari biah itu tapi diri sendiri kena sustain, maintain dan develop iman masing-masing dengan biah soleh wa solehah yang menyokong tumbesaran kita. Hatta sekali pon dalam memilih pasangan, semua pon nak pasangan yang soleh wa solehah, tapi cukup ke sampai situ saja? Sekalipon kita berpasangan dengan pak ustaz atau ustazah, jika tak dijaga biahnya, jika tak diindahkan biahnya dengan sifat mahmudah dan semangat kecintaan kepadaNya, tak berjalan juga. Boleh merudum juga.

Perlu juga ingat, tumbesaran kita dalam biah itu untuk apa? Apa matlamat kebersamaan dalam biah soleh wa solehah itu? Mahu mengejar mardhatillah atau kecintaanNya bukan? Maka, apa saja kita buat bukanlah hanya semata untuk menyenangkan orang-orang di dalam biah itu, tetapi untuk menyenangkan dan mencariNya.

Secara tuntasnya, Alhamdulillah bila mana kita sudah ada dalam biah yang Inshaallah memelihara kita daripada segala anasir-anasir kuman dan virus yang tidak menyihatkan. Tingkatkan dan permolekkan tazkiyatun nafs masing-masing. Moga dengannya Allah redha. Peliharalah ukhuwah yang terjalin dalam kebersamaan merebut kasihNya.

Arakian yang terakhirnya, teman berwajah tersenyum terkebil-kebil mata langsung berkongsi sebahagian nukilan Fatimah Syarha yang menusuk ke jantung hati limpa dan hempedu semua roh yang ada dalam berbulatan gembira pada hari itu. Dengarkan ya anak-anak sekalian.


Ya Allah
Kuatkan kami bermujahadah
Mendamba cintaMu yang terindah
Cinta manusia hanyalah wasilah
Menagih rahmat dan maghfirah

Ya Allah
Jangan biarkan ikatan kami dicemari
Dengan maksiat nan keji
Permudahkanlah urusan kami.

Bulatan gembira diakhiri dengan Doa Rabitah Hati.
Ameen.


Sekian nukilan untuk kali ini. Moga ada isinya di mana-mana. Mohon maaf sempena Bulan Bahasa ni, saya mengeksperimen segala macam loghat bahasa. Sambil mencari momentum menulis *dalam tercari-cari panjang pula berkongsinya*


Siap untuk ke HALAL Fest di PWTC. Jom kawan-kawan!

Tuesday, October 11, 2011

MENYUSUN DIRI

Beratur segala urusan yang perlu difikirin dan diselesaiin
Hati pula perlu dihantar masuk service dekat workshop pula
Kena wajib service tukar minyak hitam baru dan apa yang perlu
Inshaallah kemudian baru kembali menulis dan melunaskan hutang
yang ada dalam senarai bil-bil yang tertunggak
Dengan keizinanNya jua

Friday, October 7, 2011

PINJAMAN YANG SEMENTARA


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah ... hari ini Allah izin untuk belajar lagi betapa segala apa yang kita ada hanyalah pinjaman daripadaNya yang berbentuk sementara. Bila-bila saja pinjaman itu akan diambil semula. Termasuklah diri kita yang sebenarnya adalah mutlak milik Allah SWT!

Dan orang-orang yang kita kasihi - walau hanya seorang sahabat. Dia juga adalah pinjaman, dihadiahkan kehadirannya supaya kita belajar sesuatu dan membina diri bersamanya. Berukhuwah keranaNya.

Dulu cukup susah nak faham ukhwah fillah, Alhamdulillah dengan kelemahan yang ada, sekarang sudah belajar memahaminya.

Saya bersahabat dengan dirinya sudah lama - kiranya hampir 6 tahun sudah. Namun baru kira-kira 6 bulan yang lepas Allah hadirkan dirinya di rumah hadapan. Buka pintu boleh pergi kacau. Dulu duduk satu blok pon selalu turun rumah dia dekat tingkat 3 daripada rumah sendiri dekat tingkat 7. Hebat tak Dia pinjamkan saya dia?

Dia muda. Dia berjiwa besar. Jika nak dinyatakan satu persatu banyak. Dan saya tahu seandainya dia baca dan tahu, dia tak akan suka. I read your mind my dear! Jadi sampai sini sajalah Inshaallah.

Selama 6 bulan dipinjamkan Allah, didekatkan kami dengan begitu dekat jarak rumah dan semakin rapat hati. Hari ini dia pergi. Pulang ke sisi zauj yang disayangi kerana Allah - di bumi Serambi Mekah sana. Semoga selamat perjalanan kalian ke sana Inshaallah.

Semakin sedar status diri sebagai hamba yang langsung tak boleh tekan suis dalam hidup. Sekali ia perlu pergi, maka ia akan pergi. Kunfayakun!

Inshaallah, bertemu berpisah kerana Allah. Moga hati ini tidak gelisah. Moga Allah redha dengan kasih sayang ini Inshaallah. Saya bersyukur dan bahagia bersama awak.

Thursday, October 6, 2011

MEHNAH YANG GEMBIRA


Dalam setiap mehnah yang datang itu
disambut dengan rasa syukur
atas sebab itu tandanya
pandanganNya pada kita
yang hina penuh lumpur nista

Semalam dengar di ceruk corong radio
Mehnah atau ujian itu sebenarnya
satu bentuk RAHMAT Allah
untuk uji kita dan naikkan level
manusiawi dan iman kita inshaallah
Ameen.

Best kan dapat rahmat Allah?
Sebab itu gembira dan syukur na?
Moga kita usaha didik hati menjadi mukmin yang sebenarnya.

=)


Eh?
Teacher asyik tulis tentang ujian dan semangat lately
Ada cerita best bangat sebenar-benarnya
Nanti bila teacher dah free sedikit ye
Kita karang panjang lebar huhu

I Miss Them So Much!
Ya Allah letakkanlah mereka yang ku sayangi
dalam peliharaan dan perlindunganMu ya Allah.



Takde korje gamaknya tengah drive nangis.
Piappppp Toing Toing Ting Tong~!
Syukran padaMu kerana sentiasa menyentuh hatiku.

Monday, October 3, 2011

SEMANGAT YANG MENYOROK


Pernah tak dalam hidup
secara tiba-tiba semangat yang membara
sepertinya menyorok di balik Gunung Everest?

Puas dicari dan diselak
Puas dirayu dan dipujuk
Puas dikaji dan diselidik

Mengapa menyoroknya bara semangat itu?

Kemudian lari-lari anak golira masuk gua
Bak kata seorang teman setia berjenaka

Positif positif
Masih ramai yang ingin melihat kamu berwajah ceria
Dan melompat ke sini sana
Eh?

Perbetulkan kembali hubungan kamu dengan Allah!

Saturday, October 1, 2011

KHUTBAH NIKAH

Salam'alaik people~! :)

Sebenarnya dalam kepala tengah nak tulis tentang praktikum yang baru saja over semalam. Tapi terasa tak mampu dan malas nak jiwa-jiwa. Jadi marilah kita menulis tentang khutbah nikah pula. ;) Punyalah menyimpang dua topik yang berbeda bangat!

Alhamdulillah tadi attend majlis omak saudara eden, yang dipanggil Maksu Nurul - anak Toksu (should I actually elaborate such details? haha). Ok, diringkaskan cerita saya di sana sejak awal pagi sebelum majlis - khutbah nikah, akad nikah, walimah - jadi orang menyambut tetamu dan memberi door gifts. Fuhh~ ponat tapi syok dan best. Segala omak bapa saudara yang udah lama tak ketemu Alhamdulillah berjumpa tadi. Dan semuanya pon bising-bising update cerita masing-masing. Dan sebagai anak dara yang menghilangkan diri selama hampir 3 tahun - termenjadilah saya antara yang paling banyak ditanya dengan bertubi-tubi soalan. Dush~ Alhamdulillah Allah dah train untuk jawab soalan anak murid. Boleh kaitkan macam ni? Haha sekali lagi. Toing.

Tengok tu, tak masuk cerita lagi. Ok, jom terus masuk cerita tentang khutbah nikah.

Ketika khutbah nikah berlangsung, saya duduk jauh terceruk dekat tepi pintu. Tapi masih bisa didengari setiap bait kata dan pesanan jurunikah. Jurunikah yang mesra dan dekat di hati gaya penyampaiannya sampaikan boleh audience ketawa mendengarnya. Mungkin nak bagi hilang nervous pengantin kot? Tapi saya dekat hujung ceruk tu, rasa macam terhempap batu atas kepala pula. Eh, bukan saya yang pengantin ok? Cumanya mendengarkan khutbah tu buat saya tertampar - waduh, kok banyaknya tanggungjawab dan amanahnya antara seorang suami dan seorang isteri itu. Paling banyak kepada seorang suami - No wonder kenapa dalam al-Quran Allah sebut lelaki (rijal) sebagai qayum (pemimpin) kepada wanita. Perasaan ini tak sama antara kita membaca buku, mendengar ceramah dan akhirnya diri sendiri menggalas amanah itu dengan sebenar-benar kefahaman.

Untungnya pada jiwa-jiwa yang benar-benar faham. Saya mungkin tak faham sepenuhnya kerananya saya belum lagi di fasa itu. Allahualam ~ kapankan tiba masanya, hanya Allah Maha Mengetahui.

Masa tu juga tak tahu mana datang perasaan yang sepertinya syaitan tengah hembus hembus hentak hentak kaki tak nak bagi orang mendirikan masjid. Dan bila saja sah akad ijab kabulnya, bertempikkan berteriakkan menangislah segala syaitan yang ada - kerana kini antara pasangan itu telah menjadi halal semuanya. Syahdu bangat masa tu.

Ok lah, sudah mahu berhenti. Last but not least, welcome to the family, Paksu Arsyad! Uhuk coughing ~ silap, Uncle Su lah, as requested. Haha.


Perancangan sesebuah perkahwinan itu seharusnya bukan
sekadar dilihat kepada perjalanan hingga terlangsungnya
ijab dan qabul antara dua insan itu.
Sebaliknya wajar ia dilihat dan dirancang hingga
saat selepas mendirikan baitul muslim tersebut.

Perkahwinan adalah saham yang patut dimegah-megah
dan dibangga-banggakan di akhirat,
bukan untuk tayangan kemegahan
yang berbentuk nafsu di dunia.
Renungkan dan selamat beramal~!
;)

Wednesday, September 28, 2011

Tuesday, September 27, 2011

YOUNG AT HEART!

Duduk kalangan yang umurnya muda
Buat kita sentiasa terlebih bertenaga
Pasainya nak kena lawan kuasa Goku mereka
Otak kena lebih terlebih bergeliga
Hati dan jiwa mesti lebih berwaja!

Uish syoknya rasa
Syukur ditadahkan padaNya
Duduk kalangan yang umurnya muda
Tak mengapa nak melompat menyambut bola
Tapi tetap berjaga menjaga adab macho yang tua
Namun dalam hati tetap ada
Young At Heart sentiasa!

Hasil repekan di pagi Rabu selepas Selasa
sambil memandang bulatnya bola
di atas sebuah nantinya pusara.

Kesan membaca STOKIN PUTIH (siapa muda dia tekan ni) sambil ketawa
menyembunyikan dua batang gigi setia
menghiasi senyum si dara.

Ok, STOP!
Tata.

PERKONGSIAN HATI

NOTA daripada seorang rijal, zauj kepada sahabat baik ,dunia dan akhirat saya.
Moga bermanfaat pada hati-hati yang ingin membangun mencari redhaNya. Inshaallah.

Nota Tarbiyah : Menunduk Pandangan

Oleh : BroHamzah

Suatu hari, ada seorang anak murid bertemu dengan murabbinya. Dia ingin meluahkan sesuatu permasalahan kepada murabbi yang disegani dan dihormatinya itu.

Saat itu, hatinya benar-benar gersang, hambar dan kaku. Setiap ibadah yang dilaksanakannya seolah-olah kering dan tidak meninggalkan kesan kepada hatinya. Kenikmatan dan kemanisan beribadah dan bermunajat jua semakin hari semakin hilang daripada kehidupannya.

Dia runsing, bimbang dan resah. Adakah dia sudah kehilangan cinta dan kasih sayang daripada Allah SWT. Ya, dia sentiasa konsisten dan istiqamah menghadirkan diri dalam majlis-majlis ilmu, mendengar tazkirah mingguan dan pengisian-pengisian kerohanian.

Tetapi jauh di sudut hatinya, dia meronta-ronta.

“ Hati ini benar-benar kosong....”

“ Murabbi, hajat benar agar dapat membantu hamba ini,”Katanya lembut kepada Sang Murabbi yang dithiqahinya.

Air matanya mengalir. Sebak dan sayu. Dia merasakan seolah-olah sudah hilang segala keserian dan kehidupan yang membahagiakan. Matanya berkaca-kaca. Dia tertunduk di depan insan yang disayanginya.

“ Akhi, pernahkah anta merasai seperti saat ini, sebelum ini?,” Tanya Murabbinya.

“ Belum lagi ya Murabbi,” Jawabnya dengan nada perlahan.

“ Anta tahu, kadang-kadang jasad dan fizikal kita hadir ke dalam program-program pengisian ilmu dan tazkirah hati tetapi hati kita tidak dibawa bersama-sama. Hati tidak hadir ke dalam majlis ilmu, sedangkan sasar utama proses pensucian dan tarbiyah ini ialah hati. – Program berjalan tetapi proses tidak berlaku,” Kalam murabbi itu penuh tarbawi dan menusuk kalbu.

“ Jadi, sekarang ini apa yang perlu saya buat?,” Soalnya dengan penuh sinar pengharapan.

“ Tunduk pandangan dan peliharalah mata anta,” Kata murabbinya.

“ Hah! Kenapa pulak?,” Soalnya kepelikan.

Menunduk Pandangan

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan.”

( An- Nur : 30)

Di dalam buku Apa Ertinya saya menganut Islam, Dr Fathi Yakan telah menghuraikan berkaitan akhlak-akhlak yang perlu ada paa seorang muslim. Salah satunya ialah menundukan pandangan. Menundukan pandangan, bererti berusaha untuk mengalih pandangan, menutup dan dengan penuh sifat mujahadah dengan penuh keimanan, dan kerendahan hati daripada perkara-perkara yang diharamkan Allah, kerana pandangan itu akan menimbulkan syahwat dan mendorong seseorang terjatuh ke lembah kehinaan.

Dia akan bermujahadah daripada melihat perkara-perkara keji, kotor, jijik dan berbau dosa. Matanya dipelihara daripada perkara-perkara sebegitu. Kerana apa? – Pandangan mata akan memberikan kesan kepada hati. Setiap pandangan mata akan memberikan kredit kepada hati. Sama ada terbentuknya bintik-bintik hitam kerana dosa, atau menjernihkan hati dengan amalan kesolehan.

“ Dengan menundukan pandangan – anta akan dikurniakan oleh Allah suatu nikmat yang jarang-jarang diperolehi oleh manusia lain.” Kata Murabbi

“ Apa dia, wahai murabbi ?,” Katanya dengan penuh minat.

“ Allah SWT akan berikan nikmat dan kemanisan dalam beribadah. Anta akan merasai nikmat kekhusyukan di dalam solat!,” Katanya dengan lemah lembut.

Ya. Dengan menundukan pandangan, Allah akan berikan suatu nikmat yang sangat manis dan mahal. Kekhusyukan di dalam solat. Kerana, mata yang terpelihara dan terjaga – menjadi asbab hati, jiwa dan perasaan itu jernih, bersih, putih dan suci. Kesannya – ibadah solat akan terfokus, khusyuk dan membahagiakan.

Pratikal menunduk pandangan : Mustahil?

Boleh ke hendak menunduk pandangan. Rasa macam tidak logik. Hari ini, dimana-mana dan diserata tempat, terdapat banyak bentuk-bentuk kemaksiatan dan kemungkaran :

1)- Kota raya, - lihatlah bagaimana cara remaja-remaja berpakaian terutama perempuan. Sangat-sangat mengoncangkan iman dan mengiurkan perasaan. Pusing ke kanan, masyaAllah. Alih ke kiri juga, perkara yang sama. Di mana-mana tidak kira masa dan tempat. Setiap kali mata memandang, hati berdebar-debar rasanya.

2)- Kedai buku dan gerai majalah juga sama – lihatlah majalah-majalah picisan dan rendah moral yang berlambak dipasaran. Cover majalah yang mendedahkan segala-galanya. Sekali terpandang, tergugat hati dan seluruh jiwa raga. Macam-macam gaya yang diperlihatkan. Begitu juga dengan surat khabar yang ada sekarang. Iklan-iklan yang menggiurkan seringkali mencabar kelelakian dan keimanan yng bertahta di hati. Gambar-gambar yang didedahkan seolah-olah tiada unit tapisan dan diletak tanpa pemantauan undang-undang.

3)- Filem-filem dan drama-drama yang dihasilkan sama ada peringkat tempatan atau antarabangasa apatah lagi. Pastikan akan mendedahkan perilaku dan agenda-agenda membangkit syahwat, mengghairahkan nafsu dan merosakan keharmonian iman.

4)- Alam maya internet pun sama juga . Laman-laman website yang sentiasa mengganggu keharmonian ketika melayari internet sering muncul secara tiba-tiba, sangat-sangat mengejutkan iman! Ini tidak masuk lagi, yang gambar-gambar yang tidak soleh, separuh berpakaian dan aksi-aksi yang jijik dan kotor yang mudah dicapai di alam sesawang ini.

5)- Mesej-mesej berbau lucah dan video-video yang dihantar secara rambang ke handset kita selalu mengganggu ketenteram iman. Bisikan syaitan dan nafsu selalu – mengarahkan agar membukanya dan menikmatinya. Jadi bagaimana harus kita buat?

6) – Dan, banyak lagi. Semuanya ke arah kehancuran dan kemusnahan keimanan.

Jadi, bagaimana mahu memelihara mata? Sukar sekali.

“ Akhi, memelihara mata dan menunduk pandangan memerlukan sifat mujahadah nafsu yang sangat tinggi. Ia adalah bentuk jihad yang menuntut pengorbanan kejiwaan yang tinggi. Tetapi, yakinlah ganjarannya adalah sangat mahal dan tidak ternilai,” Murabbi meneruskan bicara kalamnya.

Menunduk pandangan bererti kita memelihara kehormatan dan kemuliaan diri. Keaiban-keaiban sebegini harus dijaga dan dicegah awal-awal lagi. Ingatlah sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

“ Hendaklah kamu menahan pandangan kamu dan menjaga kehormatan kamu atau Allah menelungkupkan muka kamu.”

( Hadis riwayat At-Tabarani)

Menunduk pandangan, bagaimana hendak dibumikan?

“ Akhi, takutkan Allah SWT, banyakan mengingati mati dan bayangkan suasana hari Akhirat,” Kata murabbi lagi.

Perkara ini tidak akan berlaku tanpa, kekuatan keimanan. Ya imanlah yang akan menjadi dinamo, penggerak dan nadi utama segala bentuk tindakan kita.

Setiap kali, mempunyai peluang untuk melakukan bentuk-bentuk dosa dan maksiat – bayangkanlah episode-episod ngeri dan gelombang kedahsyatan sakaratul maut. Bayangkan bentuk kematian yang agar menimbulkan keinsafan dan kesedaran.

Dan, ketika jiwa dan hati dirundum kelesuan dan kelemahan – banyakan juga mengingati azab dan ancaman-ancaman yang akan Allah SWT berikan di hari akhirat kelak. Suasana-suasana hari kebangkitan yang digambarkan di dalam Al-Quran dan dijelaskan di dalam Hadis, mampu mengetuk hati dan meleburkan keangkuhan kita terhadap Allah SWT.

Petang itu, anak muridnya itu menangis sepuas-puasnya. Dia sedar akan dosanya. Barulah dia sedar bahawa selama ini, dia tidak begitu halus dan peka dalam soal penjagaan dan pemeliharaan matanya. Selama ini, matanya telah menyebabkan hati dan jiwanya kosong dan hilang kemanisan di dalam beribadah.

“ Murabbi, terima kasih banyak-banyak. Saya sedar dan insaf. Bimbinglah saya, Murabbi. Pandulah aya murabbi. Saya tidak mahu kehilangan Allah SWT di dalam diri saya. Saya tidak mahu kembali seperti zaman kejahiliyah saya dahulu,” Katanya tersedu-sedu di hadapan pembimbingnya.

Kata-kata murabbinya masih basah.

Ia sangat berkesan di hati dan menyentuh perasaan keinsanannya.

“Dengan memelihara pandangan daripada perkara-perkara keji, jijik, mungkar dan berbau dosa - Allah SWT akan campak satu kenikmatan yang jarang-jarang manusia perolehi. Iaitu : Nikmat Kekhusyukan dalam solah!”

Ya Allah, bantulah diri ini dalam memelihara pandangan dan mata kurniaan-Mu ini.

Berikanlah aku kekuatan Ya Allah untuk mengharungi kehidupan yang dipenuhi gelombang maksiat yang dahsyat. Ingin aku harungi kehidupan ini dengan keimanan seharum semerbak kasturi.

Ameen.

Thursday, September 22, 2011

TERGAMAM KELU

Ok, teacher feels like nak pergi bukit dan jerit kuat.
Hoho, semalam punya lah upset petala lapan!
Hari ni secara terkejutannya amat,
Beraturlah mereka dalam bilik guru datang minta maaf.

Ok, serious teacher tergamam tak tahu nak cakap apa.
Kamu semua buat teacher rasa bersalah amat!

Teacher bukan saja-saja buat macam tu ok?
Semoga Allah jualah yang memelihara kamu sekalian daripada
segala kejahatan fitnah dunia anak didik yang teacher sayang.

Alhamdulillah
Thank you Allah for teaching me a valuable lesson.
Would not forget this for the rest of my life.

=)

Wednesday, September 21, 2011

LA TAHZAN!

found this and edited the picture from one of the links below :
(tak ingat yang mana satu) ;)


terjatuh suka sama links di atas. nice sharing.



I am totally upset today.
Alhamdulillah Allah heals my heart today.
La Tahzan Innalaha Ma'ana.
;)

Tuesday, September 20, 2011

KULIT SUNBURN!

Terjadinya perbualan tersebut di bawah antara dua sahabat.


A : Awak, nak pakai cream apa ni? Dah macam zebra kuda belang ni kulit saya. Tangan ni dah macam pakai glove. Beza sangat dah tona warna kulit. Muka dah macam samurai belang. Dah teruk benor sunburn kulit ni. Huhu. Ngeeee ~

B : Takpe la awak. Awak jaga la mana awak mampu. Memang penting jaga kulit ni tambah kita kan. Kerja kita memang banyak kena sunlight, dengan drive lagi.Tapi kan awak, nak tahu satu benda best saya nak share ni?

A : Apa?

B : Ni la bukti kita tutup aurat dengan sempurna depan Allah nanti macam yang agama ajar. Walaupon dah macam kudabelang. Peace No War! (.^_____^.)v

A : Erk~! Insaf. Terima kasih awak. (-____-)" Terharu. Terima kasih Allah ingatkan. Alhamdulillah.


--------------------------------------------------------------
Wanita solehah RELA stoking kakinya BASAH terkena air yang melimpah daripada
TERKENA PERCIKKAN API NERAKA.
Wanita solehah RELA berpanas memakai jubah
MENUTUP segala aurat yg DIJAGA daripada berendam
dalam LAUTAN NERAKA.
Wanita solehah RELA rambutnya disimpan RAPI terpelihara
dan TUDUNG labuh ke bawah dada daripada
DIGANTUNG rambutnya sehingga MENDIDIH OTAK derita.
Wanita dicipta bukan utk dikagumi banyak lelaki,
Tapi utk seorang lelaki bernama Suami.

KUBUR

Tarikh : 20 September 2011
Lokasi : Kolam Renang UM

Pada masa itu, si anak kecil separa terapung menghadap ke langit pekat hitam.
Dia nampak titisan halus hujan yang turun satu persatu lembut ke wajahnya.
Dia rasa damai dan tenang serta jauh sekali dari hiruk pikuk dunia palsu.

Terkadang tiba tika itu.
Dia memandang langit pekat seperti tanah
yang telah menembusi kerandanya.

Dia mendengar bunyi sembang orang sekeliling
dalam keadaan dirinya yang separa terapung itu
sepertinya orang-orang hidup yang telah tinggalkan pusaranya.

Dia terasa di bawahnya jauh lagi lantai kolam renang
umpamanya jauh lagi tanah yang terperosok ke dalam bumi
membenamkan jasadnya di situ buat selamanya hingga tiupan sangkakala.

Tenggelam dia seketika sepenuhnya ke dalam air,
INSAF.

Sekali lagi
Allah ingatkannya
akan kematian.

Alhamdulillah.
Dan terus si anak kecil
Istighfar
Meski tak dia tahu
Apa kah cukup nisbah istighfarnya
Dibanding dengan bilangan dosa hayatnya.

Monday, September 19, 2011

SUKA BANGAT

For the past two weeks until yesterday, life was a bit hectic. Tapi sebenarnya agak menenangkan sebabnya tak buat lesson plan for almost 2 weeks. ;) Ok, sekarang kena sibuk semula, rutin kembali menjelma dan ada lagi 8 hari!

Semalam ada Hari Persaraan Guru Besar, dan satu kata-katanya daripada ucapan persaraan yang tersangat saya suka bangat ...

GURU adalah dermawan ilmu di dunia,
jutawan pahala di akhirat.

SUPERB!
Setuju.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah memilih kami sebagai guru.
Kuatkan dan bantulah kami menjalankan tanggungjawab kami.
Hanya padaMu kami berharap.

Yang comel ni pon saya suka juga.
Jom sama usahakan untuk amalkannya
Inshaallah.

(.^___^.)

VANDALISM

Hutang 2 - Part 2

Tujuan : Rehearsal nyanyian untuk persaraan Guru Besar (Year 4 & 5)


T : S****, I****, A*****, come here please.

T : Is there any problem here? Why don't you sing properly as before?
S : No teacher ... It is because ... We don't like Year 4 la teacher.
T : Ok, why? Tell me.
S : Teacher, they write on the FB wall that we are cheap.
T : *Surprise* Owh, ok. Then?
S : That's why we don't like them. They even like to fight with us. They scold us teacher.
T : Ok, alright. Thank you for telling me this.

and the teacher continued talking in convincing these three students about life and friendship as well as to get them cooperate with the rehearsal well. Alhamdulillah, Allah really helped the teachers and the performance turned out to be so well. Sweet memory. =)

-------------------------------------------

Haish, dulu suatu masa cikgu pening dengan masalah vandalism anak murid tak puas hati conteng-conteng dalam tandas sampaikan tercetusnya pergaduhan antara kelas. Nampaknya sekarang ni cara gaduh dan vandalism lebih advance pula, menconteng dekat FB wall.

Dulu : Vandalism conteng dinding tandas
Kini : Vandalism conteng dinding FB

Moral : Banyak manfaatnya FB jika tahu guna dengan betul.

AZAN

Hutang 2 - Part 1
-cerita yang dah basi-

Tujuan : Kem Bestari Solat
Matlamat : Memantau perkembangan pelajar (spesifik - azan)
Tarikh : 12 - 15 September 2011
Pelajar : Lelaki Tahun 4 dan 5

SITUASI 1

S : Alaaa teacher susah la nak azan ni. Macam mana ni?
T : Kamu boleh. Macam ni ... [gara-gara ketandusan guru lelaki yang hanya ada 3 orang di sini, cikgu perempuan pula kena jaga students belajar melaungkan azan]
S : Teacher, nanti kahwin kena tahu ke azan ni teacher?
T : Owh mestilah, tambah lagi awak ni lelaki. Haa ~
S : Aiyoyoooo kahwin pon kena tahu azan. Susah la macam ni nak kahwin.

Dan T pon terus lagi men'psycho' S nya.

T : Haa .. nanti kamu kahwin, ada anak, nak kena laung azan dekat telinga anak juga tahu.
S : *terlopong dan ternganga*
T : [dalam hati - alamak, dah terlebih psycho la pula] dan terus sambung bercakap usaha untuk memotivasi.

-----------------------------------------------------------------

SITUASI 2

Ss sedang berlatih melaung azan sambil T memantau sekadar apa adanya. Dari kejauhan kedengaran seseorang berlatih melaungkan azan dengan syahdunya.

S : Allahuakbar Allahuakbarrrrrrrrrrr..... walillahilham!
T : (mata terbeliak seraya menepuk dahi)! Aduhai anak didikku.



Macam-macam benor kerenah anak didik ni. Kadang nak tergelak, kadang nak tersedih. Kepesatan pembangunan dalam kota metropolitan separa melumpuhkan mereka mengenal ad-deen. Banyak benor kerja seorang guru. Bukan setakat guru mata pelajaran, tetapi guru dunia dan akhirat. Renungkan.

Sunday, September 18, 2011

SAKARATUL MAUT

Ini adalah kisah seorang anak kecil
Yang baru 'dilahirkan semula'
Dalam nikmat terbesar
Islam dan Iman

Pada suatu hari
Dia terlalu gembira
Bergembira bersama rakan-rakan
Yang ditinggalkan setelah sekian lama
Atas tuntutan dirinya melaksanakan amanah yang lebih utama

Keterlaluannya bergembira berlarutan
Sehingga ke tengah malam
Dan dia lalai alpa leka
Pada keseronokan itu

Saat dirinya lena dibelai angin malam yang sejuk
Sebuah mimpi datang menyapa tanpa perlu dijemput
Mimpi yang sungguh menggerunkan namun tersangat menginsafkan

Mimpi akan SAKARATUL MAUT!!!!!!!!

Bergolek si anak kecil tadi ke kiri dan kanan
Di dalam mimpinya
Mengelak dan menepis dan menendang
Istighfar dan bertakbir di dalamnya

Seketika ...

Dia tersentak
Bangun terduduk
Mulutnya masih beristighfar
Seiring detak denyut jantung yang amat kencang

Ditoleh ke kiri
Dibaca lafaz doa tatkala mimpikan buruk

Ditoleh ke kanan
Dilihat jam meja berwarna oren
Menunjukkan angka 2 pagi

Allahuakbar~!!!

Terkedu tergamam terdiam seribu bahasa

Si anak kecil lekas bangun
Diambil wuduk dalam kedinginan aliran air sejuk

Didirikan solat
Berhamburan air mata
Keinsafan, Kegerunan, Ketakutan, Kesyukuran

Dalam sembab mata yang menangis
Dia akhirnya tertidur kembali dalam telekungan
Sambil tangannya kemas memeluk al-Quran kecil miliknya
Ditidurkan dalam alunan surah at-Taubah daripada laptop lamanya


"Sesungguhnya tidak gunalah kamu bergembira dan berseronok di atas dunia, andai nanti azab seksa yang menantimu saat kematian menjemput. Itu BUKANLAH KEBAHAGIAAN YANG SEBENARNYA!"

Ya Allah, Alhamdulillah
Terima Kasih ya Allah
menyedarkan lagi anak kecil yang selalu lalai
Peganglah anak kecil itu dalam dakapan kasihMu
hingga benar saatnya sakaratul maut menyapa
kembali padaMu.

Wednesday, September 7, 2011

Tuesday, September 6, 2011

HANYA KERANA NYAMUK


Hari ini hanya kerana seekor nyamuk
Terfikirkan sesuatu

Setelah sekian lama
Ya agak lama tak merasa digigit nyamuk

Hari ini Allah uji kena gigit hanya oleh seekor nyamuk!

Tapi kesannya terus on laptop dan
taip entry ketiga hari ni.
Ups, bila sesuatu terjadi macam ni la saya
menulis dan menulis sampai saya rasa puas.
;)

Saya sendiri pelik kenapa hari ni
Saya menjadi sasaran bertubi-tubi
Bukan roommates yang lain

Kata roommate,
"Darah Kak Long ada banyak zat kot,
takpon ada gula manis, garam masin.
Haa~!"

ERKK??!!

Tapi yang sebetulnya
Hanya kerana seekor nyamuk
Mengajar saya hari ini apa itu erti sabar.

Serious saya tak tahu macam mana nak tulis
Tapi itu apa yang saya rasa.

Pernah dengar peribahasa
'Kerana seekor nyamuk
seluruh kelambu dibakar'?

Maka strategi pon dipasang
dikibas-kibas nyamuk dengan sopan
dikipas-kipas nyamuk dengan bantal
supaya jauh pergi
agar tidak saya membunuhnya.
Terasa kejam kalau bunuh nyamuk seekor! Huhu

Hakikat realiti hidup kita
Akan ada saja gangguan kecil
Sebenarnya tak la besar mana
Dan Inshaallah dengan waras dan rasional akal
Kita mampu selesaikan
Dengan izinNya

Tapi terkadang perasaan dan nafsu yang terburu
Buat kita gagal menanganinya dengan baik
Dan bersangka baik dengan Allah SWT

Sedangkan setiap apa yang datang
Kecil atau besar
Semuanya untuk reflect pada
Bagaimana kita mengingati Allah
dalam gembira dan duka

Untuk hari ini
Terima kasih Ya Allah
Menghantarkan saya seekor nyamuk
Untuk saya belajar
tentang apa itu HIDUP.

=)

Saya bahagia~!
Love you Allah.

Owh ya, saya bukan manja sama nyamuk ya.
Hanya mencatit ringkas ibrah digigit nyamuk.
;)

ANALOGI BULAN


Percaya tak jika dikaitkan
yang diri kita ni umpama bulan?

Yang sinarnya menerangi pekat
segenap alam malam?

Tapi hakikatnya
bulan itu hodoh
penuh dengan kawah

Tapi tetapnya
kita nampak bulan itu cantik
bersinar berseri-seri
sehinggakan
pungguk pon mahu menantikan bulan!

Dah tu mana datangnya kita ni
macam bulan berkawah
tapi cantiknya sinar berseri tu?

Haa jeng jeng ~!

Percaya tak kita manusia
tiada apanya - kosong

umpama bulan yang berkawah
berlubang - lubang
dan langsung tidak sekata

tapi dek sinarnya cahaya
Islam dan Iman
ia mencantikkan kita
sebagai manusia!

Beruntunglah kita
lahir dan hidup
dalam nikmat Islam dan Iman!

Bersyukur
Alhamdulillah
dan terus memelihara ia.
terus menyinari
bulan - bulan lain juga.

Alam ini punya banyak bulan bukan?
Kongsikan indahnya cahaya itu
Supaya semua bulan nampak cantik.

Hanya Islam yang mencantikkan
Allah Maha Cantik
Alhamdulillah

=)

KATA SEORANG GURU


pada saya yang masih mentah
saya sentiasa percaya
kata-kata seorang guru itu
adalah DOA
untuk anak didiknya

wahai guru sekalian
jom usahakan
supaya lebih hikmah kata kita
lebih murni nasihat dan teguran kita
bukan lagi tengkingan dan herdikan
bukan lagi cacian dan cercaan
hentikan semua itu!

moga pengajaran untuk diri saya
dalam permulaan kepada pengakhiran
yang masih jauh
Inshaallah.

SATU SOALAN

saya ada satu soalan sekarang :

Ada cuti apa lagi dalam bulan ni selain cuti 16/9?
(o_0)

17 days more to go.

I love my job.
I love my kids.
I love the passion.
and
I love the profession.
I love that Allah makes me love this noble world.
Alhamdulillah.



Hanya beberapa perkara
yang diuji mahu menguji hati
moga kuat dan tidak terencat semangatnya!