Sunday, August 28, 2011
JOM SEMAK =)
Saturday, August 27, 2011
RANDOM THOUGHTS
Thursday, August 25, 2011
EPISOD CINTA SMS
Wednesday, August 24, 2011
ALHAMDULILLAH
Tuesday, August 23, 2011
INDAHNYA HADIAH ITU
NALURI IBU
Monday, August 22, 2011
JOM BERSIH HATI DARI DOSA
- Membersihkan hati dengan sholat malam atau Qiyamullail (Qumillaila illah qaliilaa). Rasulullah SAW bersabda dari Salim bin Abdullah bin Umar ,” Sebaik-baik seorang laki-laki hamba Alloh adalah sekiranya ia melaksanakan sholat malam”. Berkata Salim, ‘ Maka Abdullah bin Umar sesudah itu tidak tidur di malam hari, kecuali sedikit.” (HR. Bukhori No. 4528). Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, “Sholat yang paling utama setelah sholat fardhu adalah Qiyamullail”. (HR. Muslim)
- Membersihkan hati dengan membaca Al Qur’an (Wa rattilil qur’aana tartiila).Al Qur’an bila dibaca dengan syahdu, teliti baik makhroj hurufnya, tajwidnya maupun maknanya maka akan menjadi penawar hati untuk membersihkan segala penyakit hati. Alloh Berfirman, “Dan Kami turunkan dari Al Qur’an (sesuatu) sebagai penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim hanya akan menambah kerugian.”(QS. Al Isra’ : 82)
- Membersihkan hati dengan dzikir (Wadzkurisma robbika). Zikir yang berarti mengingat Alloh SWT dalam keadaan apapun sebagaimana yang tercantum dalam surah Ali Imran ayat 191.
- Mensucikan hati dengan tabattal (Wa tabattal ilaihi tabtiilaa). Dalam tafsir Ibnu Katsir, makna tabattal adalah mengkhususkan diri semata untuk beribadah kepada Alloh saja dan Al-Qurthubi menambahkan dengan :”…dan jangan engkau menyekutukan dengan selain-Nya.”
- Mensucikan diri dengan bertawakkal hanya kepada Alloh SWT (Fattakhidzu wakiilaa). Tawakal artinya beserah diri kepada Alloh. Allah berfirman, “ Dan barangsiapa bertawakkal kepada Alloh, niscaya Alloh akan mencukupkan keperluan-Nya. Dan akan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”(At Thalaq : 2-3)
- Mensucikan dengan bersabar terhadap perkataan orang (Washbir ‘alaa maa yaquulun). Kesabaran disini diartikan seperti kesabaran dalam menghadapi fitnah, intimidasi dan terhadap kaum yang tidak menyukai Islam. Alloh SWT berfirman, “Dan bersabarlah (Muhammad) dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Alloh dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan jangan (pula) bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan”.(QS. An Nahl : 127)
- Mensucikan diri dengan hijrah secara baik (Wahjurhum hajran jamiilaa). Rasullah SAW bersabda, “Orang yang berhijrah, ialah orang yang berhijrah (meninggalkan) kejahatan. Dan orang yang berjihad ialah orang yang berjuang melawan hawa nafsunya”. (HR. Ibnu Majah dan An-Nasaa’i)
Tuesday, August 16, 2011
-
Sunday, August 14, 2011
HAMPIR KE JUBLI PERAK
Thursday, August 11, 2011
MASJID HOPPING
Tuesday, August 9, 2011
HENTI SEJENAK
TRUE =P
Monday, August 8, 2011
ADORABLE LITTLE DOLL! =)
SENYUM SIMPUL ;)
SHARING IS CARING =)
MAKSUD PERGAULAN
Maksud pergaulan di sini ialah bergaul atau bercampur antara lelaki dan wanita ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat dalam bentuk pandang memandang, perbualan atau sebarang bentuk interaksi yang lain.
HUKUM ASAL PERGAULAN
Hukum asal pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (yang sah kahwin) adalah haram tetapi ianya tidak bersandarkan nas yang jelas (sorih) secara langsung. Hukum asal haram ini diasaskan kepada hukum lain yang dikhususkan kepada kaum wanita kerana di dalamnya terdapat unsur-unsur pergaulan di antara lelaki dan wanita ajnabi (sah kahwin). Batasan pergaulan antara lelaki dan wanita yang diharuskan tetapi masih terikat dengan peraturan syariat ialah:
1. Kerana darurat
Pergaulan antara lelaki dan wanita tidak dibenarkan kecuali dalam keadaan darurat. Contoh: Seorang perempuan bersendirian dalam perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang lelaki ajnabi bersamanya dengan sekadar untuk membantu dan melindunginya daripada bahaya tanpa ada tujuan lain.
2. Kerana Keperluan / kemaslahatan
Pergaulan antara lelaki dan wanita kerana hajat atau keperluan syarie dibolehkan. Antaranya pergaulan bertujuan mengurus muamalah maliyah (urusan harta ) seperti jual beli, pergaulan kerana bekerja, pergaulan kerana menjadi saksi dan juga pergaulan kerana berada dalam satu kenderaan awam bertujuan syarie, bukan untuk melakukan maksiat seperti keluar untuk ke tempat kerja, ziarah keluarga dan sebagainya serta kerana belajar. Tetapi pengasingan tempat belajar adalah lebih baik berdasarkan kaedah sadd al-zari’ah (menutup pintu-pintu fitnah).
3. Kerana mengikut adat dan kebiasaan dalam majlis-majlis.
Pergaulan antara lelaki dan wanita dalam majlis seperti kenduri dan sebagainya. Tetapi lebih baik jika dapat diasingkan antara lelaki dan wanita ketika makan dan lain-lainnya supaya menutup pintu-pintu fitnah (sadd al-zari’ah)
Tiga sebab keharusan berlaku pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi tersebut tidak secara mutlak tetapi terikat dengan peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak bagi mengelak berlakunya fitnah yang besar.
Antara peraturan syariah yang mesti diikuti bagi mengharuskan pergaulan dalam keadaan-keadaan tertentu yang dinyatakan di atas ialah:
1. Menundukkan PandanganFirman Allah SWT di dalam surah an- Nur, ayat 30 dan 31. Maksudnya:
“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.”
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka”.
2. Menutup Aurat;
Firman Allah SWT di dalam surah an-Nur, ayat 31. Maksudnya:
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.
Maksud “kecuali yang zahir daripadanya” ialah sesuatu yang pada adat atau kebiasaannya dapat dilihat dan sukar untuk disembunyikan termasuk baju luar, muka, dua tapak tangan dan perhiasan seperti cincin dan gelang tangan. Perhiasan di rambut dan di kepala adalah haram dan termasuk dalam kategori aurat wanita.
3. Tidak berdua-duaan Antara Lelaki Dan Perempuan
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi orang ketiganya.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
4. Tidak Melunakkan Ucapan
Wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya.
Firman ALLAH SWT di dalam surah al-Ahzab, ayat 32, maksudnya:
Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu semua bukanlah seperti mana perempuan-perempuan yang lain jika kamu tetap bertaqwa. Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).)
Imam Ibnu Kathir mantafsirkan ayat di atas dengan menyatakan bahawa ianya adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh Allah kepada para isteri Rasulullah SAW dan juga kepada para wanita mukminah iaitu hendaklah berbicara dengan orang lain (lelaki) tanpa suara merdu iaitu janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.
5. Tidak Bersentuhan Antara Lelaki dan Wanita Ajnabi (Sah Kahwin)
Dalam pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi (sah kahwin), tidak dibenarkan berlaku sentuh menyentuh, pegang memegang, cuit mencuit dan seumpamanya walaupun dalam keadaan bergurau dan hubungan yang rapat termasuk bertunang.
Dari Maqil bin Yasar r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.”
(Hadis Riwayat Baihaqi) .
Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: Sesungguhnya Allah menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu faraj yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
Seperti yang kita dapat lihat sekarang, dunia hari ini seperti taksub pada FACEBOOK. Ada yang sampai bergaduh, melafazkan kata-kata yang tak sepatutnya, mendedahkan aurat, mengata orang, melewatkan solat dan ada yang memanfaatkan FACEBOOK dengan sebaiknya bagi meneruskan tugas dakwah dari Rasullah SAW.
Di bawah ni ambil dari blog saudara lutfi. Harap semua dapat berubah dan memanfaatkan FACEBOOK dengan sebaiknya. Gunakanlah FACEBOOK ke arah yang baik agar kita mendapat ganjaran pahala dari Allah, bukannya tempat kita TOPUP dosa kita.
PERGAULAN DI FACEBOOK
Facebook akan jadi nikmat kalau kita pandai guna dan jadi gawat kalau tak reti guna.
Ada orang boleh gaduh caci maki cerai berai pasal facebook. Kenapa? Sebab, facebook dah jadi satu medium “curang” dengan pasangan masing masing. Dah punya isteri dan anak pinak, tapi masih gatal nak bermesra dan bermanja dengan anak dara orang. Bermesej di facebook secara senyap siapa pon tak tahu. Dalam mesej tulis macam macam ayat dengan sang kekasih hati padahal isteri kat rumah sibuk jaga anak.
Facebook juga boleh mengundang musibat jika tak pandai mengawal had pergaulan baik lelaki mahupun perempuan. Kalau dah jenis perangai tu gatal, orang tak cari dia tak kenal dia, dia akan add untuk jadi kawan. Pantang nampak profile awek cantik nak je tambah jadi kawan. Lagi lagi awek tu solo. Laju jer.
Satu hal lagi je jenis perempuan melayan. Apa je orang tegur orang tambah dalam facebook layankan jer. Niat dalam hati nak “berkawan”. Berkawan biar beribu bercinta biar satu (plus scandal dot dot dot). Tak ke dah jadi kes dan mengundang masalah?
Tak salah nak gunakan facebook. Janji tahu kawal dan gunaka dengan cara yang baik. Aku tak kesahla nak buat apa pon dengan facebook tu tapi tahu diri tu macam mana. Jaga batas pergaulan.
Kalau diri tu solo, tulis terang terang solo. Kalau dah berpunya, letak situ dah berpunya dan kalau dah berkahwin tulis jelas jelas dah berkahwin.
Percaya ke tidak, banyak kes penceraian di Malaysia dan juga melibatkan Melayu Islam adalah penglibatan orang ketiga dalam hubungan dan puncanya ialah FACEBOOK!
LAST Sekali aku tak nak kata apa la. Nak guna Facebook, gunalah. Janji jangan melampau dan ingat semua. Dah kata kawan tu kawanla elok elok. Jangan depan orang ramai kata kawan, dalam Facebook dok berabang sayang. Jangan duduk depan orang ramai saya – awak tapi dalam private mesej tulis baby – sayang. Jangan dekat telefon hanya berbual guna abang – saya tapi kat Facebook guna panggilan melampau lampau!
Kesimpulan
Pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi adalah dilarang di dalam Islam. Larangan ini lebih kepada menjaga maslahah atau kepentingan manusia itu sendiri. Walau bagaimanapun, kelonggaran diberikan dalam keadaan-keadaan tertentu disebabkan darurat, keperluan dan kemaslahatan serta kebiasaan adat setempat tetapi masih tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan oleh syariat sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.